Namun, persahabatan mereka menjadi rosak setelah Sang Beruang menyatakan isi hatinya kepada Sang Burung. Meski Sang Burung mengaku amat menyayangi Sang Beruang, tapi hidup Sang Burung bebas, tak bersedia untuk menerima isi hati Sang Beruang. Lalu, Sang Beruang berlalu pergi dari hidup Sang Burung. Sang Burung rasa bersalah yang amat sangat. Tapi dia tak dapat berbuat apa-apa kerana soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang dapat dipaksa.
Dalam rimba yang sama, terdapat Sang Singa. Sudah sekian lama Sang Burung menyukai Sang Singa. Sang Singa merupakan seekor pelukis komik yang agak dikenali dalam rimba tersebut. Sang Burung adalah salah seekor dari ramai-ramai peminat Sang Singa.
Pada suatu hari, Sang Burung mendapat tahu bahawa Sang Singa kini rapat dengan Sang Arnab.
Perasaan sedih dan perasaan bersalah hilang. Hanya tinggal perasaan lega. Sang Burung terbang pergi untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.
TAMAT
Apa pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini? Bertenang sahaja dalam hidup. Banyak perkara terjadi di luar kawalan kita. Kita tak berniat nak sakitkan hati orang, tapi kita tersakitkan juga hati orang. Kemudian, tersuka kepada orang yang tak suka kita, bertenang juga. Ada hikmahnya tu. Supaya kita memahami perasaan orang lain yang suka kepada kita.
Ada yang nak tanya adakah ini kisah benar hidup ku? Ya, kisah ini berdasarkan kisah sebenar. Tapi tak perlu tahu secara terperinci siapa watak di sebalik setiap haiwan ini. Ambillah pengajaran sahaja.
Akhir kata, tak perlu kasihankan kepada Sang Burung. Dia sudah menerima semuanya dengan lega. Dia nampak hikmah di sebalik setiap kejadian.