Thursday, June 30, 2016

Anak pokok


Terdapat beberapa anak pokok. Dari benih yang sama. Ditanam menggunakan pasu yang sama saiz, tanah yang sama jenis, baja yang sama banyak, dan diletakkan di bawah cahaya matahari dalam tempoh yang sama. Pendek kata, cara penjagaan terhadap kesemua pokok ini sama.

Selepas satu tempoh, anak pokok tersebut membesar menjadi pokok. Persoalannya, mengapa satu daripada pokok tersebut berbeza?

Soalan ini bukan untuk sesiapa jawab. Sekadar minda ku berfikir sejenak. Mungkin ada di antara anda yang faham maksud tersirat di sini. Jika tak faham, abaikan. Percayalah, perkara ini tak penting untuk anda.

Tuesday, June 14, 2016

Mekar Melati dan Cari Ganti

Untuk Rumble Mei di Sucomi, aku menyertai dengan menghantar dua karya. Walaupun aku telah memiliki karya yang disirikan di situ, iaitu Pendar Ratna, aku tetap pilih untuk menyertai juga. Kebetulan aku dapat idea yang bersesuaian dengan tema kali ini, lagi pula ini masanya untuk aku cabar diri aku adakah aku berkebolehan menulis cerita?



Kisah disebalik 'Mekar Melati'.

***
Satu ketika dahulu, aku pernah baca 'Hatred' karya Rahimi AF. Karya tersebut benar-benar menyentuh hatiku. Sejak itu, aku pasang niat, satu hari nanti, aku nak tulis karya mengenai dendam. Dendam, ramai anggap dendam tu perkara biasa. Orang buat jahat kepada kita, kita berdendam lah. Sebenarnya, dendam itu petanda hati tak bersih. 
***
Kisah lain pula. Dahulu, ketika sekolah menengah, aku merupakan pelajar aliran sains, yang kemudiannya mohon untuk tukar ke aliran sastera. Pertukaran tu, mendapat tentangan hebat dari segelintir manusia yang berfikiran cetek. Manusia yang fikir aliran sains lebih baik dari sastera. Sehingga pengetua pun, perli aku semasa di tapak perhimpunan. Sejak itu, aku pasang niat nak hasilkan komik yang menunjukkan tak salah berada dalam aliran sastera.
***
Pada suatu hari, sedang sembang-sembang dalam group Aretis United, seseorang bertanya begini: "Kalau couple, macam mana Allah kira dosa tu? Adakah sebaik sahaja pasangan tu declare couple, terus kira dosa?" Hmmm.. satu soalan yang aku tak boleh jawab. Bagi aku, walaupun couple tu haram dalam Islam, tapi kita tak berhak judge dosa mereka. Mungkin esok lusa mereka insaf dan berubah lebih baik dari kita?
***
Mekar Melati, sebuah komik yang bakal mengupas isu dendam, niat, aliran sastera, couple, baik, jahat dan sebagainya. Shahappy selaku pelukis, membantu untuk menjayakan cerita ini.


Baca Mekar Melati di sini.


*Ps: Ni bukan kisah aku lah. Aku tak pernah couple time sekolah. Couple dengan lelaki bersongkok pun tak pernah. Hahaha....




Cerita di sebalik komik 'Cari Ganti'.

Seringkali aku terdengar perempuan sekelilingku yang tak bersyukur dengan rupa sendiri. "Aku gemuk.." Katanya sedangkan dia tak gemuk. "Kau putih, untunglaa..." Sedangkan dia tak tahu aku kagumi kulit hitam manisnya. "Lawa giler Lisa Surihani" dia tak sedar bahawa dirinya lebih lawa dari Lisa Surihani. "Lelaki, pandang rupa cantik je..." Betul, tapi kecantikan itu berbeza beza di mata setiap orang.

Satu hari aku terdetik. Aku nak hasilkan komik mengenai rupa cantik. Adakah kau sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan kecantikan?

Sambil-sambil fikirkan idea cerita, aku terdengar lagu nenek si bongkok tiga dari filem Musang Berjanggut arahan P Ramlee, idola ku. Ting!!! Mentol menyala!

'Cari Ganti', sebuah komik terbaru dari Amna Shark, penulis Pendar Ratna. Bersama Oz Ishak selaku pelukis bagi menjayakan komik ini. Cari Ganti boleh dibaca di sini.

Thursday, June 9, 2016

Amna Shark di Visual Art Expo 2016

Pada 4 dan 5 Jun baru-baru ini, aku berpeluang hadir di Visual Art Exhibition 2016 sebagai exhibitor, di booth Imaginaire Art. Post kali ini tak ada apa hendak diceritakan. Hanya gambar sebagai rekod peribadi ku.


Booth Imaginaire Art

Aku bersama Buasir Otak: The Komik yang aku bawa.

Kak Nabilah Abd Nasir di Special Interest Panel: comic as medium for shaping good society.
Hebatlah kak Nabilah. Tahniah!

Ini pula koleksi sketches yang aku dapat dari rakan-rakan pelukis yang aku temui pada hari tersebut:

Dari Ploless, pelukis Sirna Gerhana.

Dari rakan yang aku baru berkenalan pada hari tersebut, Daniel Yuno.

Dari Nikey Ze.

Dari Vien. Salah seorang editor Sucomi.

Dari Kak Nabilah.

Dari SK Said.

Dari Abam Apam.

Antara rakan-rakan yang aku berkesempatan bergambar bersama.

Sekian sahaja. Terima kasih banyak-banyak bagi yang sudi hadir bertemu ku di sana. Jutaan terima kasih juga kepada semua yang membeli Buasir Otak: The Komik. Semoga kita berjumpa lagi.