Tuesday, February 9, 2016

Kisah Seram Ketuk Pintu

Malam itu, aku tekun melukis. Jam menunjukkan hampir pukul dua pagi. Cuaca sejuk benar-benar menggoda aku untuk capai selimut kesayangan ku dan tidur. Namun, tak boleh! Ada kerja harus aku siapkan. Sesekali tirai ditiup angin dan menampakkan warna gelap langit luar. Kadang aku terbayang, bagaimana jika ketika tirai bertiup, ternampak wajah hantu? "Pfft.." Aku ketawa kecil. Sungguh berani berimaginasi seram sedangkan aku keseorangan berjaga di malam ini. Keluarga ku yang lain semua sudah lena diulit mimpi.


Playlist lagu memainkan lagu-lagu koleksi aku. Cukuplah lagu yang menjadi peneman aku di malam sunyi ini. Lagu-lagu Malaysia, Indonesia, mahupun barat, tak tentu. Semuanya bergilir-gilir dimainkan. Dalam banyak-banyak lagu, lagu biduanita Saloma antara yang menjadi kegemaran aku. Suaranya tiada tandingan. Tapi, terdetik juga di hati ini, walaupun suaranya merdu, namun jika didengar malam-malam, seram sejuk juga. Mengapa ya?

Sedang aku tekun menyiapkan kerja, tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu. Aku tersentak seketika. Ketukan ini, bukan manusia yang ketuk. Bunyinya lain, lebih kuat, seolah-olah satu pintu itu bergegar. "Ahh.. dia buat hal lagi.." Keluh hatiku.





'Dia' seolah-olah tahu bahawa dalam rumah ini hanya aku yang belum tidur. 'Dia' mesti kacau aku, bukannya keluarga ku yang lain. Ini bukan kali pertama aku dikacau oleh 'dia'. Sebab itulah aku tidak lagi terkejut. Mula-mula aku abaikan saja bunyi itu. Tapi, seperti biasa, semakin aku abaikan, semakin kuat bunyi gegaran pintu itu. Ahh.. 'dia' tahu-tahu saja aku belum tidur. Nak tak nak, terpaksalah aku melayan kerenah 'dia'.


Aku pun menuju ke pintu. Aku buka pintu dan merenung ke wajah makhluk itu. "Nak apa Tommy?" Tanya ku kepada kucing betina ku, Tommy Tompok. Ya, si Tommy Tompok ini pandai ketuk pintu. Sebenarnya bukan ketuk, tapi gegarkan pintu. Dia hulurkan tangannya di bawah pintu dan gegarkan pintu. Dia tahu aku akan terpaksa melayan dia juga jika dia buat begini. Dia tahu jika dia hanya mengiau, aku akan buat-buat pekak.



Dia nak keluar rumah, tapi tiada siapa nak tolong bukakan pintu. Jadi dia datang cari aku di bilik aku. Aku pernah ceritakan sebelum ini dia ialah seekor kucing yang bijak bukan? Susah bela kucing bijak ni.

Lagi kisah Tommy Tompok:
Tommy Tompok
Sabar
Susahnya memiliki kucing bijak

12 comments:

  1. Kucing sentiasa menghiburkan! Hahah! alahai~

    ReplyDelete
  2. Haahahahaa.. saspender jer... cit

    ReplyDelete
  3. Hahaaha .. ingatkan 'benda tu' aissshhh buat saspen ><

    ReplyDelete
  4. Ehehehehe..dah agak dah sebab kat rumah, kucing Lee pun macam tu jugak.. *sigh.* Haisshhh.. Kalau dia dok dalam bilik, pahtu nak terberak tapi pintu kunci lagila teruk dihonggahnya pintu..tapi nak juga malam2 masuk tidor dengan orang..apelaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu.. daripada dia melepas je dalam rumah. haha...

      Delete
  5. Hahahaha...
    Half awal cerita dah rasa seram dah, the other half dah agak dah mesti si kuicng bijak tu...hehehe

    Kucing aku bila malam kena duduk luar sbab hal macam ni laa, semua malas nak bukak pintu bila dia memerlukan. Hehehe
    Tapi dekat luar ada tempat dia nak mengelak kesejukan. So okay je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lain duduk luar juga. Yang sekor ni je. Sebab bijak.

      Delete