Thursday, July 30, 2015

Aku, kucing tua dan Pendar Ratna

Aku memiliki seekor kucing tua, Keini namanya. Keini sudah berusia 10 tahun. Dah memegang pangkat nenek dah, dah ada cucu. Keini ni cukup garang. Dia marah je mana-mana kucing yang berani melintas depan dia. Anak dia, cucu dia, semua kena marah. Kucing-kucing jantan yang merupakan samseng kawasan sini, juga takut dengan Keini. Bagai permaisuri lagaknya.


Jarang Keini masuk dalam bilik aku. Tapi semalam entah bagaimana dia boleh berada dalam bilik aku. Aku biarkan lah. Aku nak solat. Semasa aku sujud, tiba-tiba Keini gesel-gesel di kepala aku bagai nak bermanja. Mestilah aku tak layan. Sedang solat !!!


Tapi tahu tak apa jadi andai kau tak ikut kehendak permaisuri???


Nah!!! Sekali kena cakar!! Sipi lagi nak kena mata. Dicakar sewaktu baru nak bangun dari sujud. Sedang pedih-pedih menahan sakit kena cakar, minda sedang berbelah bahagi nak teruskan solat atau kena berhenti solat. Tak boleh teruskan lah begini. Sekali lagi sujud, mungkin akan kena cakar lagi. Ok... dah nampak tak khusyuk di situ kan... Berhenti solat!


Keini diletakkan di luar rumah. Pengajaran yang aku dapat, tak boleh ada kucing dalam bilik ketika solat! Eh, bukan lah, pengajarannya, Keini tak boleh langsung duduk bilik aku selepas ini!!! (kucing lain tak apa) 

Aku pun menceritakan apa yang berlaku kepada kedua ibu bapaku. Sambil tunjuk parut di muka, hadiah dari Keini. Tahu apa abah aku jawab? "Dah macam Pendar Ratna dah..." 


Apa pulak macam Pendar Ratna? Macam Roronoa Zoro lah.... Bisik hati ku...


Apakah isi utama kisah ini? Keini? Pendar Ratna? Roronoa Zoro? Haa.... sebenarnya nak beritahu, Pendar Ratna episod 2, sudah boleh dibaca di sini. Lepas tu, andai suka dan rasa nak baca lagi sambungannya, kenalah undi di sini. Itu saja. Bye...



p/s: Nanti beritahu pendapat anda mengenai Pendar Ratna episod 2 ya? Perlukan feedback untuk rujukan masa akan datang. Terima kasih...

Friday, July 24, 2015

Kapal tanpa destinasi


Beberapa minggu lepas (agaknyalah).. Aku pernah mendapat satu mimpi. Aku bermimpi aku menaiki sebuah kapal. Bersama ku ada beberapa orang yang lain. Aku tak kenal mereka.

Setelah seketika kapal tersebut berlayar, kapal tersebut berhenti di pelabuhan. Beberapa orang turun dari kapal. Kapal tersebut sambung berlayar, dan kemudian berhenti di pelabuhan lain pula. Beberapa orang lagi, turun dari kapal. Tiba-tiba aku pun nak turun dari kapal juga.

Namun, aku tak mampu untuk turun dari kapal itu. Seolah olah ada dinding invisible yang menghalang aku. Seseorang yang melihat kejadian itu berkata, "Kena ada keinginan nak turun kapal yang kuat, baru boleh turun dari kapal ini." Aku pun menjawab, "Ya, aku ada keinginan yang kuat.." Tapi, sambil aku jawab, sambil aku berfikir: "Mungkin keinginan aku tak cukup kuat?" Jadi, akhirnya aku tak turun dari kapal dan teruskan berlayar.

*****
Begitulah mimpi aku. Apabila aku terjaga dari tidur, aku terdiam sejenak. Terasa amat mendalam maksud mimpi ini.

Mungkin agak kena dengan aku. Ketika ini, aku belum ada destinasi (pelabuhan). Aku sekadar menikmati kehidupan bebas berlayar.

Benar, mimpi hanyalah mainan tidur. Cuma aku pun tak faham mengapa mimpi aku perlu memerli aku. 

Ini antara post lama aku, yang seakan akan begini juga:



Tuesday, July 7, 2015

Pendar Ratna episod 1 sudah boleh dibaca !






Hai semua.. Aku nak beritahu, betapa aku terharu dengan pembaca-pembaca Pendar Ratna yang sentiasa bertanya bilakah boleh baca lagi Pendar Ratna. Kini, episod 1 Pendar Ratna dah boleh baca di sini

Jika anda suka komik tersebut, sila undi di sini.

Undian anda penting bagi memastikan Pendar Ratna boleh diteruskan. Tolong ya semua.. Terima kasih.

Sudah baca episod 1 Pendar Ratna? apa pandangan anda? Tinggalkan komen anda. Lagi sekali, terima kasih semua...


  

Thursday, July 2, 2015

Seharum Kopi



(Pelik tak? Tiba-tiba lukis style lain? Saja.. konon cover novel. Haha..)


Aku dan kopi bukanlah satu kombinasi yang baik. Semua rakan-rakan terdekat ku tahu bahawa aku tidak minum kopi. Jika disuruh buatkan air kopi untuk orang pun, aku tak reti. Yalah, jika diri sendiri tak minum kopi, bagaimana mahu reti buat kopi? (Harap bakal mak mertua tak baca ini.) Pernah satu ketika aku menjalani latihan praktikal, aku disuruh bancuh kopi satu jug kepada pekerja-pekerja di situ. Terkial-kial aku dibuatnya. Nasib baik ada sorang akak tolong.

Namun, disebalik kisah aku yang tak minum kopi ini, sebenarnya tersembunyi satu kisah menyentuh perasaan yang tiada siapa tahu. Cewah... ayat agak poyo di situ. Begini kisahnya...

...................................flashback..............................

Entah berapa tahun yang lalu, aku merupakan seorang kanak-kanak yang comel. Yelah, yelah, bukan aku puji diri sendiri. Sekadar nak buat ayat sedap je. Jangan marah. Dengan mini skirt dan rambut ala-ala Dora the explorer, begitulah sedikit gambaran diri kanak-kanakku. Minuman kegemaran aku ketika itu adalah, kopi. Ya, kopi.

Tapi, aku mempunyai Umi yang cukup jaga pemakanan anak-anaknya. (Beliau patut dapat award 'the best mother') Umi cukup jaga makanan yang diambil anak-anaknya. Dari kecil lagi aku dah didedahkan dengan perkataan protein, carbohydrate, calcium, vitamin dan sebagainya. Kenapa kena makan nasi? Sebab carbohydrate.. Kenapa kena makan ikan? Sebab protein.. Susu untuk calcium, buah untuk vitamin... Hebat tak Umi aku? Mempunyai Umi begini, memang tak bolehlah untuk seorang kanak-kanak minum air kopi.

Sekali-sekala, Mok (gelaran untuk arwah nenek aku) akan datang bertandang ke rumah kami. Mok selalu buat air kopi. Menyibuk kami empat beradik nak minum kopi yang Mok buat. Mok bagi saja kopi kepada kami. Kopi Mok buat adalah kopi yang paling sedap di atas muka bumi ini. Tapi ada satu persoalan yang aku belum dapat selesaikan. Adakah kopi Mok memang benar-benar sedap? Atau aku rasa sedap kerana aku dilarang minum kopi? Biasalah manusia, benda yang dilarang itu yang akan jadi sedap.

Ketika aku berusia 8 atau 9 tahun, Mok pergi menghadap Ilahi. Selepas itu, aku tak minum kopi untuk tempoh yang agak lama juga. Pada suatu hari, entah di mana.. Agaknya di rumah kawan kepada ibu bapaku. Tuan rumah hidang air kopi. Haruman kopi tersebut benar-benar membuatkan kenangan lama kembali. Aku terkenang Mok. Namun, sebaik sahaja aku menghirup air kopi tersebut... puii... tak sedap!!!

Sejak tu, aku mula sedar yang sesiapa menghidang kopi pun, takkan mendapat rasa kopi yang sedap. Hanya bau sahaja yang harum seharum kopi Mok. Tapi rasa, memang tiada yang menandingi kopi Mok. Maka, sehingga kini aku hidup di atas muka Bumi tanpa minum kopi kerana kopi yang sedap sudah tiada. Misteri kekal misteri.... Mengapa hanya kopi Mok yang sedap?

Tamat.

(Diharap penggemar kopi tidak marah aku kerana cerita ini. Ini hanyalah pendapat peribadi, tiada niat mahu kutuk mana-mana jenama kopi. Sekian...)