Tuesday, February 24, 2015

Sabar

Aku ni, seorang yang penyabar. Bukan saja-saja nak puji diri sendiri. Banyak bukti menunjukkan aku ni seorang yang penyabar.


Buktinya, ini: 



Jika aku ni tak penyabar, dah lama aku sedekah kucing ni kepada orang lain. Tommy Tompok dan aku. Perang yang tiada kesudahan.


Monday, February 16, 2015

Kening tebal


Sekarang ni memang trend solek kening tebal-tebal ya? Perempuan kening tebal, memanglah cantik. Tapi kalau solek bagi kening tak tebal tu jadi tebal, agak pelik lah kelihatan. Entahlah. Mungkin aku sudah jadi nenek tua yang rasa trend anak muda zaman sekarang makin pelik.

Sunday, February 8, 2015

Bos dan aku

Bagi yang tahu apa pekerjaan aku sekarang, sekarang ni aku kerja sendiri. Jadi kuli aku, jadi bos pun aku. Umpama sebaris lirik lagu P Ramlee dalam filem Ahmad Albab: "pion ana, kerani pun ana. Manager kuli ana sapu semua..." Begitulah..

Nak jadi kisah, Bos aku ni, suka betul memerintah aku. 




...dan, aku pula suka mempengaruhi bos aku. Huhu...


Thursday, February 5, 2015

Lat Tali Tamplong

Hari Ahad yang lalu, aku berkumpul dengan geng sekepala aku dari kolej. Ini kerana kami mahu pergi majlis perkahwinan salah seorang rakan kami. Kami berkumpul dan tidur di rumah salah seorang dari kami. Bila satu geng dah berkumpul begini, memang buat terasa seperti zaman kolej lah. Zaman duduk tidur sebilik bersama dengan pelbagai kerenah masing-masing. 

Sewaktu kerja kumpulan ketika zaman kolej dulu, pernah terjadi peristiwa di mana satu bahan habis, tetapi kerja belum siap sedangkan deadline nya esok. Apa kami buat, kami Lat Tali Tamplong untuk menentukan siapa patut keluar beli barang, dan yang lain harus teruskan kerja.

Kini, tak sangka perangai Lat Tali Tamplong masih berada dalam diri kami yang semakin meningkat dewasa ini. Apabila bermalam sekali, sudah tentu akan berkongsi saterika yang sama untuk gosok baju, dan bilik air yang sama. Maka, jadilah peristiwa begini...








Begitulah kisahnya. Kepada sahabat-sahabat ku yang berkenaaan, anda dibenarkan ketawa sekarang, tapi ingat! Selepas ini, Amna tak mungkin kalah lagi. Muahahahahahaha.... (Aduhai. Perangai budak-budak dah datang kembali)

Sekian... Selamat berbahagia semua.. Hidup ini indah...