Saturday, November 15, 2014

Gadis Misteri di Sarawak (Bahagian 3: Melawat Sibu)


Yay... berpeluang jalan-jalan ke Sibu. Perjalanan dalam dua jam dari Mukah akhirnya sampai. Aku ke Sibu sebab menemani kakak mengambil abang ipar aku. Tapi sambil menyelam minum air la. Jalan-jalan jom... Maaf lah ya, banyak gambar aku saja dalam post kali ni. Sebab apa? Sebab kakak aku tukang ambil gambar je. Hehe.. 


Tokong sebelum sampai ke Sibu.


Sibu Lake Garden






Simbol Sibu adalah Swan. Boleh didapati banyak swan di sini.

Tak banyak nak diceritakan mengenai Sibu, sebab aku di sana satu hari sahaja. Errr... tak sampai satu hari pun. Itu saja cerita buat masa ini. Terima kasih singgah...



Tuesday, November 11, 2014

Gadis Misteri di Sarawak (Bahagian 2: Mukah yang indah)

Sudah hampir tiga minggu aku berada di Mukah. Sudah tentu aku mulai rindu kampung halaman ku. Namun, buat masa ini, aku hanya mahu menikmati saat saat di Mukah. Mukah adalah sebuah tempat yang indah. Langit sentiasa cantik, malam sentiasa dingin, jauh dari kebisingan kota. Jika aku mampu, hari tua aku nanti aku rela habiskan di sini. Kalau boleh la.

Mula-mula aku turun bas ketika sampai Mukah, aku terlihat bangunan ini:


Kemudian kakak aku memberitahu bahawa kebanyakan bangunan di sini memiliki bentuk kon seperti itu di atasnya. Ia melambangkan topi nelayan kerana Mukah adalah tempat yang kaya dengan  hasil laut. Oh begitu. Ya, aku mula nampak bangunan-bangunan lain yang turut memiliki 'topi nelayan' itu.



Gambar di atas ini pula adalah masjid Mukah dari dalam. Masuk ke masjid ini, akan terpukau dengan keindahan silingnya. Corak terperinci yang agaknya semua dilukis dengan tangan.


Tersengih di tepi jeti.


Ada satu hari tu, kakak aku membawa aku jalan-jalan sekitar kampung berdekatan. Rumah kampung di sini semuanya bagaikan pemandangan lukisan. Kebiasaannya mereka ada laluan titi ke rumah mereka.


Mukah ada pantai. Lihat, langit cantik bukan? Ya, sini langit amat cantik.





Matahari terbenam.


Pelangi petang.


Jalan menuju kebahagiaan mungkin?


Pekan Sabtu Oya.


Di sebelah Pekan tadi.


Cerombong asap dari kilang sagu Mukah dari abad ke20

Begitulah sedikit gambar untuk menunjukkan keindahan Mukah. Masih banyak lagi aku mahu bercerita. Harap aku mampu sambung lagi post mengenai kisahku di Sarawak. Terima kasih singgah...


Wednesday, November 5, 2014

Gadis Misteri di Sarawak (Bahagian 1: Sarawak! Aku datang!)


"Guli, aku mahu pergi ke Sarawak ni." kata ku kepada Guli, kucing hitam ku. Guli hanya membalas dengan wajah tak berminat. Bagi anda semua yang pernah melihat Guli dari Instagram ku (amnashark), ya, Guli sememangnya kucing yang berwajah sombong sikit. Disebabkan Guli tidak berminat, maka aku tinggalkan lah dia. Sebenarnya aku tak pernah ada niat nak bawak Guli pun. Hahaha.. padan muka, sombong lagi dengan aku. Kan dah kena tinggal.


Tanggal 20 Oktober 2014, iaitu sebelas hari yang lalu jika ikut sewaktu post ini ditaip, aku berangkat ke Sarawak. Tiba di lapangan terbang Sibu, seorang sepupuku yang ku panggil Kak Nini, mengambil ku bawa pulang ke rumahnya. Alhamdulillah.. Tidaklah sendirian di negeri orang. Ada saudara yang bekerja di sana. Selepas itu aku bermalam di Sibu selama satu malam.

Sketchbook aku, semasa malam pertama aku di Sibu.


Kak Nini bawa aku makan di sini. Halal.  


Tengah hari esoknya, aku pergi ke Mukah menaiki bas. Dua jam lebih perjalanan jika tak silap. Hampir mabuk, aku gagahkan diri juga. Pemandangan sepanjang perjalanan, cantik. Sekali sekala terlihat rumah panjang. Kalaulah aku dapat melawat rumah panjang. Hampir sampai ke Mukah, akan nampak pemandangan laut. Akhirnya, Alhamdulillah, sampai juga aku ke Mukah.

Lain kali aku cerita pasal Mukah pula. Huhu.. haraplah aku rajin. Post ini saja dah lama taip tapi tak siapkan. Bukan sebab malas. Kurang rajin je. Hehe... Apa apapun, Sarawak best! Nanti akan sambung cerita lagi. InsyaAllah.