Tuesday, September 16, 2014

Abah

Aku akhirnya diberi kebenaran untuk memandu sendiri ke tempat kerja. Maklumlah hari ni kan cuti hari Malaysia. Aku pula perlu ke tempat kerja atas sedikit urusan. 


Abah yang memberi kebenaran untuk aku memandu melihat saja aku pergi...


....sambil berdoa.


Hehe.. bapa mana tak risau pada anaknya. Ye tak? Alhamdulillah, sudah selamat sampai.

Friday, September 12, 2014

Memaafkan

Adikku, Tona, kini sudah pulang ke Canada. Ini adalah kisah sebelum dia pulang. Semasa dia masih di Malaysia, sudah menjadi tanggungjawab dia menghantar aku pergi office. Setiap pagi, kami akan bersarapan bersama sama. Upah untuk dia sebab tolong hantarkan lah.

Pada suatu pagi, di sebuah restoran mamak tidak jauh dari office aku, kami menantikan roti telur dan Teh O ais kami sampai. (menu yang sama hari-hari) Lepas tu, mamak tu tak sengaja tertumpahkan kuah dal pula. Dia cepat-cepat mengelapnya.








Aku terkena semula dengan ayat sendiri.



*Sibuk yang teramat sekarang. Maaf jarang update. Maaf lukisan juga semakin buruk.

Tuesday, September 9, 2014

2 September 2014

Tarikh 2 September tiba lagi. Bertambahlah umur aku tua setahun. Umur hanyalah angka, itu pendapat aku dulu-dulu. Tapi untuk umur 24 ini, terasa ia bukan sekadar angka. Ianya lebih dari itu. Antara umur 23 dan 24 dalam hayat aku, pelbagai peristiwa terjadi. Dalam tempoh hanya setahun itu, macam-macam aku pelajari yang membuatkan aku berubah sepenuhnya dari segi emosi atau pemikiran. Namun, kisah perjalanan 23-24 itu aku pilih untuk tidak cerita. Kerana ia mungkin hanya bermakna untuk diri aku. Bukan untuk orang lain.
Tahun ini juga, entah kenapa terasa lebih disayangi. Dapat banyak kek. Dapat kek dari rakan baik, dapat kek buatan adik sendiri, Tona. Juga dapat kek dari rakan-rakan usrah yang aku sayang. Kuantiti kek bukanlah bermakna kuantiti kasih sayang. Cuma terasa bahagia menerima kek sempena ulang tahun kelahiran.
 Kata orang, makin kita dewasa, kawan kita akan semakin berkurangan. Benar. Itu apa yang aku rasa sekarang. Tapi, kawan-kawan yang masih kekal di sisi terasa lebih mahal. Biar sikit kawan, Asal kawan yang sedikit itu adalah kawan sejati. Kalau boleh kawan sehingga Syurga.
Banyak lagi ingin aku tulis. Tapi kebelakangan ini aku diburu kesibukkan. Itulah sebabnya jarang update blog. Terima kasih kepada yang masih mengunjung walau aku jarang update. Aku cuba apdate lebih kerap lagi. InsyaAllah. Sehingga berjumpa lagi...