Tuesday, July 22, 2014

Jangan Buat Dia Marah

Selalunya, pada petang Jumaat, adikku Tonah akan mengambil aku dari tempat kerja untuk bawa ku pulang ke rumah. Maklumlah, Tonah ni driver aku. Err.. sebenarnya, aku yang tidak memiliki kereta. Miliki lesen tapi belum pandai lagi memandu. Kenalah Tonah ambil aku agar dapat aku pulang ke rumah Ayahanda dan Bonda. Hehe..

Sepanjang dalam perjalanan, terpaksalah dengar cerita-ceritanya. Cerita di tempat kerjanya, ini, itu, macam-macam lah.


Kadang-kadang, aku ni nakal sikit. Kadang-kadang saja lah. Selalunya aku baik. Percaya tak? Bila aku dah nakal, aku usik Tonah. Aku perli cara dia bercakap dengan guna nada yang dia selalu guna.


Bila Tonah dah marah pada aku. Satu ayat ni saja yang mesti dia guna: "Keluar sekarang!"


Maka, tinggallah aku seorang diri di tepi highway...


Hehe.. Gurau sajalah. Yang panel terakhir tu, tak betul pun. Mana mungkin Tonah akan tinggalkan aku di tepi highway walaupun sudah beberapa kali dia kata 'keluar sekarang'. Nanti, siapa lagi nak belanja dia makan kan? hehe..


*Ramadhan sudah hampir berakhir. Sekejapnya masa berlalu...


Saturday, July 19, 2014

apa ada dalam sketchbook 2

Sudah lama tidak update blog. Sibuk agaknya. Kali ni, aku sekadar nak tunjuk apa ada dalam sketchbook aku saja. Lukisan dalam sketchbook aku, tidak banyak lukisan serius. Kebanyakannya sekadar contengan tentang apa yang ada dalam fikiran aku. Ini adalah beberapa diantaranya.

Ini dilukis pada suatu malam, sebelum tidur. 
Berangan nak naik awan terbang lah tu. 

Ini pula dilukis beberapa hari selepas menonton cerita Maleficient.
Hehe.. Tapi guna muka sendiri. 

Yang ini pula semasa menanti abah aku untuk pulang ke Malaysia.
Teringat zaman kanak-kanak dulu juga, aku teruja menanti kepulangan abah.
Sampai panjat pagar menyambut kepulangan Abah. Aku sendiri sudah lupa. Umi yang selalu ceritakan kepadaku.

Ini pula dilukis sebab geram dengan segelintir orang.
Segelintir orang masih ungkit kisah silam aku, sedangkan ianya sudah lama berlalu.

Ini dilukis berdasarkan mimpi.
Mimpi aku mengejar seseorang yang sudah berada jauh di depan.
Seketika kemudian, orang itu berhenti di bawah pokok menantikan aku.
Bagai mendalam pula maksud ini. Haha.. yakah?

Aku lukis ini pula kerana terkenang watak kartun yang aku perlu lukis di tempat kerja lama aku dulu.
Ini adalah aku dan watak itu. 


Yang ini lukis main-main sebab teringat pada Encik Mimpi.
Encik Mimpi, penyanyi bertopeng itu.

Ini pula lukis sebelum Ramadhan tiba.
Menanti Ramadhan lah tu..

Itu saja buat masa ini. Terima kasih sudi mengunjung blog ini. Assalamualaikum...

*Sketchbook lama aku bole dilihat di sini dan sini.