Thursday, May 29, 2014

Perwira




Watak rekaan yang direka spontan siang tadi. Seorang perwira yang juga merupakan seorang doktor orthopedic.  Dia mengembara ke serata dunia bagi membantu mereka yang mempunyai masalah tulang. Dia mempunyai dua pembantu. Si Tengkorak kecil yang petah berkata-kata dan cik jururawat yang pendiam dan comel. Cool nya kalau betul-betul ada doktor macam ni.. Hehe.. fantasi saja ni. Bukan nak betul-betul pun. Sekadar idea komik. Itupun kalau aku pandai sangat boleh buat komik mengenai perubatan.

Watak ini dapat inspirasi dari doktor yang aku selalu jumpa setiap enam bulan dahulu selama beberapa tahun. Seorang doktor yang boleh dikatakan kacak lah jugak.

Itu sahaja cerita hari ini. Semoga semua doktor terus kacak. Eh silap... Semoga semua doktor diredhai Allah kerana menolong pesakit-pesakit.



Tuesday, May 27, 2014

Tonah lagi...

Pada suatu malam, Tonah datang berbual-bual di bilik aku. Macam-macam lah dia bercerita. Mengenai internship dia lah, dan sebagainya. Sebagai kakak yang baik, aku mendengar saja cerita-ceritanya walau cuma 0.09 % saja yang aku ingat mengenai ceritanya. Selebihnya dah lupa.


Akhirnya, tahu pun dia untuk pulang ke bilik sendiri untuk tidur.



Tiba-tiba, aku tersedar sesuatu...


Punyalah lama berbual tadi. Baru aku sedar akhirnya?


Haih.... Tonah.... (sila sambung ayat sendiri)

Begitulah kisah kalau ada adik-adik. Anda semua yang di luar sana, mesti ada pelbagai kisah lagi dengan adik kan?



Thursday, May 22, 2014

Demam Frozen

Bagi yang selalu ikuti blog aku, sudah tentu anda kenal dengan watak Tonah kan? Tonah adikku. Dah lama tak ada cerita mengenai dia kerana dia pergi belajar di luar negara. Baru-baru ini, kedua-dua adikku, Diba dan Tonah telah pulang ke rumah. 

Aku menyedari semenjak Tonah pulang ke tanah air, dia menghidap demam Frozen. Tahu tak demam Frozen itu bagaimana? Beginilah...






Baik, itu saja buat masa ini. Yang belum menonton Frozen, tak kan faham apa yg terjadi di atas ini. Sila tonton sekarang.

Sehingga berjumpa lagi...

Hidup ini indah.....



Wednesday, May 7, 2014

Pendekar Bujang Lapok



Lukisan yang dilukis saja-saja sebelum tidur semalam. Ini kerana terkenang pemergian Aziz Satar. Aku faham bahawa setiap yang hidup pasti kembali ke Tuhan juga suatu hari nanti. Namun, tetap terasa sebak. Sedih sangat. Tak ada siapa dapat menggantikan beliau...