Wednesday, April 23, 2014

Gadis Misteri 4 Tahun

Blog aku sudah cecah empat tahun? Apa patut aku ceritakan sempena ulang tahun ini? 

Tak ada apa nak diceritakan pun. Cuma, kebelakangan ini, aku sedang berusaha membuat komik. Ini ada sebahagian dari komik aku yang boleh aku tunjuk buat masa ini:


Bagaimana? Ok kah?

Seterusnya, kisah kerja aku sebagai seorang storyboard artist pula.Teringat lagi kata kata seseorang yang mula-mula membawa aku masuk ke dunia storyboard: "Jadi seorang storyboard artist, kena pandai tukar-tukar style lukisan. You boleh tak?" Dalam keadaan teragak-agak, aku mengangguk. Tapi, kini aku sudah dapat jawapannya. Ya, aku boleh. Alhamdulillah.


Di atas ini adalah dua jenis kartun berbeza yang pernah aku buat sepanjang bergelar storyboard artist. Rasanya, aku boleh ikut pada perubahan style.

Itu saja cerita buat masa ini. Sebenarnya, ulang tahun blog aku adalah pada awal bulan April. Tapi kerana tak tahu nak tulis apa, pada penghujung April baru terhasilnya satu post.

Terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti blog aku sepanjang empat tahun ini. Mana-mana yang salah dan silap, tolong maaf kan ya? Aku akan teruskan menulis walaupun tiada siapa membaca. Sebab ia masih bermakna untuk aku. Tapi, teruskanlah membaca, aku hargainya. Terima kasih..


Monday, April 14, 2014

Jangan Usik Kelemahan Orang Lain

Ada lah kisah.. Si Kucing dan Si Monyet. Pada suatu hari, Si Monyet mendapat tahu satu kelemahan Si Kucing.


Bagi memastikan kebenaran fakta yang diketahuinya itu, dia mencuba satu eksperimen.




Sehinggalah semua haiwan disekeliling mengetahui kelemahan Si Kucing.



Oh.. Tadi tu sekadar kisah dengeng. Tiada kaitan dengan aku. Betul, tiada kaitan dengan aku. Sungguh ni! Cuma ada persamaan sikit saja lah. Sebab seseorang itu, habis semua orang tahu 'benda' yang aku takut. Apa 'benda' tu? itu rahsia aku. Takkan diberitahu di sini. Tapi sekarang, aku tak tenang. Rasa perlu bersedia sepanjang masa. Sebab, manalah tahu jika ramai lagi 'Si Monyet' disekeliling ku. Kena berjaga-jaga. Itu saja.



Pengajaran di sini, jangan suka-suka usik kelemahan orang lain. Diri kita sendiri tu belum tentu tak ada kelemahan kan? Tunggu saja balasan dari Tuhan yang maha adil.


Tuesday, April 8, 2014

Amna di Sabah

Baru-baru ini, aku berpeluang menyertai Program Garisan Landasan Sabah. Tidak pernah lagi kaki ku ini menjejak bumi Sabah. Maka dengan gembira dan terujanya aku pergi ke sana. Abah, Umi dan adikku Najaa juga pergi bersama. 

Hari pertama di Sabah, kami pergi ke Tip of Borneo. Subhanallah... Cantik yang teramat tempat ini. Seketika, terdetik di hati aku: "Alangkah bahagianya jika aku boleh hidup sepanjang hayat di sini." Namun aku terus lupakan hajat itu sebaik sahaja teringat aku ada kehidupan sendiri di bandar Shah Alam.








Pada hari kedua aku di Sabah, barulah aku check in sebagai peserta Garisan Landasan Sabah. Lihat!! Dapat tag peserta!


Hari seterusnya, barulah program melukis di atas keretapi bermula. Sejujurnya, aku tak boleh melukis. Aku mahu menghabiskan masa aku dengan menikmati pemandangan di negeri ini. Mana ada masa untuk melukis.



Menikmati pemandangan? Tidaklah juga. Aku tertidur. Hehe.. Sampai di Beaufort, ada sekumpulan anak muda memakai pakaian traditional Sabah menyambut ketibaan kami. Cantik-cantik lah perempuan Sabah. Jadi aku buat keputusan untuk melukis perempuan Sabah seorang.


Aku dan keluarga jalan-jalan di Beaufort sekejap, mencari kedai makan.


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan. Kali ini, naik keretapi tua. Sudahlah panas, sesak dan terhuyung hayang pula tu. Nasib baik pemandangan indah sekali. Berbaloi jadinya.




Subhanallah.. Cantik...


Lebih kurang tiga jam kemudian (kalau tak silap), kami selamat tiba di Tenom...



Malam itu, karya aku dipamerkan bersama karya pelukis-pelukis lain.



Tak banyak pun hasil kerja ku. Ada lah tiga keping saja. Atas ini salah satunya. Pagi berikutnya, kami sempat melawat Balai Seni Lukis Sabah sebelum pulang ke semenanjung.


Tamatlah percutian ku. Gembira sekali. Selepas itu, aku mendapat tahu akhbar menyiarkan artikel mengenai program ini. Lihat! Itu muka aku!!!

Baiklah, sampai di sini dulu cerita dari aku.


*Hidup ini indah...