Selepas aku buat
post yang aku tiru gaya Shin Chan hari tu, adik aku tiba-tiba bagi gambar Shin Chan kepada ku. Dia tanya, apa persamaan Shin Chan dengan aku. Kemudian, aku tersedar.
Warna pakaian kami sama! Hehe Shin Chan, aku tak ada niat nak tiru kau pun. Warna pakaian doodle aku begini sebab aku suka warna kuning. Merah pula warna yang aku suka selepas kuning.
*****
Baiklah, nak cerita topik lain pula. Hari tu, selepas menonton filem animasi Aladdin (Disney), aku tergerak untuk menghasilkan doodle ini:
Aku menaiki permaidani ajaib bersama Guli
Sejak kecil lagi aku dah menonton animasi tersebut. Bahagian yang paling aku suka dalam cerita itu adalah bahagian menaiki permaidani ajaib dan terbang. Lagu '
Whole new world' yang mengiringi babak tersebut juga merupakan antara lagu kegemaranku.
Aku tertanya-tanya juga pada diri sendiri, mengapa aku suka sangat babak ni sejak kecil? Mungkin bagi aku, indah sekali jika dapat pergi jauh seketika. Hanya seketika saja. Jauh dari kebisingan dunia ini. Pergi melihat tempat yang aku belum pernah lihat. Indah bukan?
Satu hari nanti, aku nak buat kartun sendiri, dan beri kanak-kanak lain pula berangan. Tak salah berangan. Dari angan-angan lah kanak-kanak pasang impian dan cita-cita.