Wednesday, June 19, 2013

Tonah 4

Pada suatu malam yang biasa-biasa, aku menjalani hari biasa-biasa ku. Seperti biasa, malam hari kebiasaannya aku melukis ikut kehendak sendiri. Sebab siang hari aku dah kerja, kena melukis ikut skrip, jadi, malam hari aku nak la merasai lukis yang bebas, tidak ikut skrip. Seperti biasa, sambil melukis, aku menikmati minuman kegemaranku. Teh O panas buatan sendiri. Campur setitik Ribena dalam tu. Sedap...

Seperti biasa juga, aku akan tanya Tonah: "Nak Teh tak?" Kalau dia nak, aku akan buatkan dua cawan teh. Tapi, pada malam itu, dia kata tak nak. "Tak nak lah minum Teh. Nanti rasa panas..." Maka, secawan Teh sajalah untuk ku.




Seprti biasa juga, aku selalu terlelap sambil melukis. Dalam keadaan peralatan melukis masih belum kemas, aku terlena di situ. Kononnya nak bangun semula, tapi biasanya tertidur terus sampai esok.





Tapi, nak dijadikan cerita, pada malam itu, aku ada terjaga sebentar. Dalam keadaan separa sedar, separa mimpi, aku ternampak Tonah minum Teh yang aku buat untuk diriku. Tadi kata tak nak teh, tapi ini minum teh aku?!!!! Aku pun, dalam keadaan mamai, tegur dia. "Teh....." Aku tak ingat sangat apa aku cakap kerana mamai. Yang aku ingat, dia ketawa. Ketawa ya Tonah?




Keesokan harinya, aku tanya dia: "Kenapa ketawa semalam?" Lalu dia jawab : "Amna dah tidur, tapi masih pikir pasal teh."



3 comments:

  1. hihi.. kdg2 deno pun jadi mcm tu... :)

    p/s:amna sakit apa? share nanti ya... :) kita sama, adik beradik 5 orang dan semua gugurl :)

    ReplyDelete
  2. kalau sy jadi Tonah rasa nak tergelak jugak kot. hihihi

    ReplyDelete
  3. Deno: InsyaAllah, satu hari nnt...

    ReplyDelete