Friday, June 28, 2013

Cebisan Kenangan




Aku ada satu memori yang samar-samar. Ia berlaku ketika aku masih terlalu kecil. Mungkin belum masuk tadika lagi ketika itu. Di depan rumah Tok aku, aku menaiki basikal yang di bawa oleh seseorang. Jalan yang kami lalui adalah, dari depan rumah Tok sehingga ke masjid berdekatan, kemudian patah baik ke rumah Tok. Aku langsung tak ingat siapa orang itu. Sebelum menaiki basikal dengan orang itu, kakak ku kata, "Amna janganlah naik. Nanti jatuh." Tapi aku berkeras juga nak naik basikal. Akhirnya, bukan aku yang jatuh, tetapi selipar ku.

Ini apa yang aku lukis di tempat kerja tadi sambil-sambil mencari idea untuk kerja ku. Sila abaikan kesalahan proportion, figure, dan teknik warna dalam lukisan ini. Ini sekadar conteng-conteng sambil mengimbau memori lama.


Monday, June 24, 2013

Anak Abby lahir

Kucing di rumah aku, ada tiga ekor kesemuanya. Apa yang uniknya, tiga ekor ini adalah tiga generasi. Keini si nenek, Abby anak kepada Keini, dan Miki adalah anak kepada Abby.





Keini si nenek yang dah berusia 8 tahun itu, sangat laju. Pantang pintu rumah dibuka, meluru dia masuk. Oh, biarkan dia, aku bukan mahu cerita pasal Keini hari ini..




Hari ini aku nak cerita mengenai Abby, yang selamat melahirkan tiga ekor anak siang tadi. Jadi kini kami ada enam ekor kucing kesemuanya.


Dari kiri, Miki, Keini dan Abby



Anak-anak Abby yang baru lahir tadi.
Belum mempunyai nama.


Aku dan Scoliosis



Aku dan Scoliosis. Sudah lama aku ingin menulis mengenai ini di blog ku. Tapi asyik tangguh-tangguh saja. Tak tahu lah kenapa. Mengumpul keberanian agaknya. 

Apa itu Scoliosis? Aku tulis apa yang aku tahu sajalah. Ia adalah masalah tulang belakang yang bengkok atau senget. Kebiasaannya terjadi kepada kaum perempuan. Puncanya, tiada. Boleh terjadi kepada sesiapa saja. Sebenarnya, ya, aku ada Scoliosis. Aku terbaca blog seseorang yang juga mempunyai Scoliosis. Dari blog dia, aku belajar banyak perkara mengenai Scoliosis, malah, dia beri aku kekuatan untuk hadapinya. Lihat blog dia di sini





Sejarah Scoliosis aku

2006-Aku berusia 16 tahun, tingkatan 4. Abah mula menyedari tulang belakang aku timbul sebelah. Sangkaan Abah, aku duduk dengan posture salah. Jadi, aku cuba untuk duduk setegak yang mungkin. Sebenarnya, ada jenis Scoliosis yang mula terjadi apabila seorang budak mencecah remaja. Aku berada dalam katogeri itu. Sebab tu Scoliosis ku muncul pada usia 16. Tapi, ketika itu, aku masih belum mengenali Scoliosis.

2007- Hujung tahun 2007, aku menamatkan SPM. Aku terpilih untuk menyertai PLKN di Sarawak. Sebelum ke PLKN, haruslah menjalani medical check-up dahulu. Itulah pertama kali aku buat X-ray. Melihat saja kepada X-ray ku, doktor melarang aku pergi ke PLKN.

2008- Aku menyambung pelajaran di UiTM Melaka. Aku mula rasa kesan Scoliosis kepada aku. Masa terus berlalu, tulang semakin bengkok, kesan semakin terasa. Sekali setiap 6 bulan, akan berjumpa doktor. Kadang-kadang, setahun sekali saja.

2013- Akhirnya, aku berhenti jumpa doktor yang kebiasaannya aku jumpa sekali setiap 6 bulan. Aku berjumpa pula dengan doktor yang dicadangkan oleh seorang sepupu aku yang memiliki scoliosis juga, dan dia telah selamat menjalani pembedahan. Langkah seterusnya, InsyaAllah akan diberitahu kemudian.




Scoliosis dan kehidupan seharian



Lihat gambar kerusi di atas. Cerita mengenai kerusi itu boleh baca di sini. Inilah kehidupanku zaman UiTM dulu. Aku perlukan kerusi yang ada span pada penyandarnya. Jika tidak, aku akan sakit belakang. Kalau duduk pada bangku yang tiada penyandar, boleh, tapi tak lama kemuadian akan berasa lenguh. Untuk pengetahuan semua, kerusi di atas adalah kerusi yang dicuri dari auditorium berdekatan studio ku dulu. Walaupun sudah beberapa kali dimarah kerana mengambil kerusi ini bawa ke studio, aku tetap mengambilnya lagi.Tak tahan lah guna kerusi lain.

Nasib baik aku student art, banyak menghabiskan masa di studio. Di studio, duduk bebas. Taklah sakit. Tetapi, seminggu sekali, aku akan masuk kelas liberal studies. Kelas yang perlu duduk ber jam jam lamanya untuk mendengar kuliah. Kerusi dalam kelas liberal pula adalah kerusi dengan penyandar yang keras. Tuhan sajalah yang tahu betapa aku menahan sakit dalam kelas tersebut. Tapi aku suka matapelajan tu. Kini aku sudah menjalani kehidupan kerja. Nasib baik kerusi di office aku dengan penyandar yang lembut.

Lenguh-lenguh dan sakit belakang, itu normal bagi kami yang scoliosis. Tak larat berjalan lama, tak larat berdiri lama... Mengangkat barang yang berat juga tak mampu. Barang yang tidak berat bagi orang lain, adakalanya berat untuk aku.


Scoliosis dan keyakinan diri

Mempunyai tulang belakang yang bengkok boleh membuatkan seseorang hilang keyakinan diri. Rasa malu nak tampil depan orang ramai, (Contohnya buat presentation di depan kelas) takut orang nampak badan yang senget ini. Satu ketika dulu, aku sanggup berdiri menggunakan sebelah kaki lama-lama setiap kali perlu berdiri di tempat orang ramai. Sebab bila berdiri sebelah kaki, bengkok di badan aku tidak kelihatan. Sampai sakit sebelah kaki aku, aku tak kisah. Asal aku kelihatan tegak seperti orang lain. Tapi kini, aku pun tak pasti dari mana aku dapat semula keyakinan aku. Aku dah tak kisah orang nampak aku senget. Malah aku jujur je pada kawan-kawan aku, aku mempunyai scoliosis. Lagipun, Abah aku selalu puji aku cantik. Jadi, aku tak perlukan lagi dah pujian cantik dari oarang lain. Bagi aku, senget tidak menjejaskkan kecantikan. Kalau ada yang rasa senget itu buruk, tu terpulanglah pada mereka. Aku tak kisah.

Nasihat aku kepada adik-adik di luar sana yang sama-sama memiliki scoliosis, tak perlu malu! Tuhan jadikan tulang kita begini, kenapa perlu malu? Kira ok lah memiliki tulang belakang daripada langsung tiada tulang belakang. Betul tak?

Bila kawan-kawan tahu bahawa aku ada scoliosis, ada dua reaksi yang aku biasa terima.

Reaksi 1:
 "Oh, yakah? Tak apa Amna.. Bukan nampak pun. Kalau Amna tak beritahu, tak ada siapa perasan Amna senget."

Reaksi 2: 
"Oh.. patutlah... Memang selama ni dah nampak Amna jalan macam lain sikit" (Sambil tunjuk contoh dengan sengetkan bahu dia)

Dua reaksi ni lah yang biasa aku terima. Aku tak kisah. Apa orang nak cakap, cakaplah.. 



Scoliosis dan emosi

Aku tahu ramai yang ada scoliosis di luar sana. Aku tahu kami semua memiliki masalah yang sama, sakit belakang dan lenguh. Tapi aku tak tahu bagaimana dengan perasaan mereka. Sama kah dengan apa yang aku rasa?

Scoliosis, adakalanya, buat aku sedih. Bukan sedih kerana memiliki scoliosis, tapi sedih dengan apa yang aku tak mampu buat. Contohnya, mana-mana ibu di luar sana yang memiliki anak berusia 20 lebih, pasti senang hati, boleh jalan-jalan sambil anaknya tolong angkat barang. Tapi kisah Umi aku lain. Umi yang kena tolong angkat barang aku, bukan aku yang tolong angkat barang Umi. Aku tahu Umi tak kisah, tapi sebagai anak, aku ada juga rasa malu tak mampu tolong ibu sendiri. Kawan aku nasihatkan aku, mungkin aku boleh tolong Umi dengan cara lain, bukan dengan cara angkat barang. Ya, mungkin betul. Aku akan cuba tolong dengan cara lain. InsyaAllah.

Contoh yang kedua. Apabila keluar dengan kawan-kawan. Bila aku letih berjalan, aku ajak duduk. Memanglah diorang tak kisah, diorang boleh je teman aku duduk. Cuma aku ada juga rasa sedih, sebab aku,   semua kawan-kawan ikut duduk, berhenti sekejap daripada jalan-jalan.


Scoliosis dan masyarakat

Masyarakat atau orang sekeliling, ramai saja yang sudi bantu aku, terutamanya dari segi angkat barang-barang yang berat. Tetapi, siapa yang benar-benar fahami apa yang kami scoliosis ni alami? Hanya scoliosis yang memahami scoliosis.

Ada satu kisah.. Satu hari, aku terlena di rumah Mak Cik aku. Aku terlena di atas karpet. Dalam keadaan mamai, aku terdengar suara sepupu aku. "Eh, suruh Amna tidur atas tilam. Dia tu ada scoliosis." Sepupu aku tu yang ada scoliosis juga tu. Ketika itu, aku gembira sangat. Buat pertama kalinya, aku berjumpa dengan orang yang benar-benar memahami situasi scoliosis.

Menyedari bahawa hanya scoliosis memahami scoliosis, aku menyertai group scoliosis di facebook. Menyertai mereka benar-benar bagi satu semangat baru pada aku. Akhirnya, ada tempat mengadu yang orang akan faham. Malah, boleh dengar pelbagai kisah scoliosis orang lain. Lagipun, mengetahui bahawa ramai lagi yang memiliki scoliosis dalam Malaysia ni, buat aku kurang rasa takut. Kalau orang lain boleh tempuhi pembedahan, tentu aku pun boleh.

Aku ada terdengar, ada adik di luar sana yang memiliki scoliosis, tapi tak berani ambil langkah seterusnya. Tak berani jumpa doktor, tak berani X-ray. Aku dengar kisah ini dari adikku, kawannya memiliki scoliosis. Jadi, selain dia, entah-entah ramai lagi di luar sana yang begitu. Kepada sesiapa yang memiliki masalah yang sama, sila jangan takut. Aku sudi jika mahu dengar cerita anda, beri nasihat, sokongan dan beri pendapat. Jika nasihat aku tak boleh pakai, masih ramai lagi yang ada scoliosis yang turut sudi bantu anda. Percayalah.


*****
Itu saja buat masa ini. Terima kasih bagi yang penat-penat saja baca panjang-panjang. Bagi yang memiliki scoliosis, semoga gembira selalu. Bagi yang bakal menjalani pembedahan, semoga Tuhan permudahkan. 


Aku tak kisah ada scoliosis.
Hidup aku sudah pun sempurna serba serbi.
Anda?



Thursday, June 20, 2013

23 Hari Lagi...


Tinggal lagi 23 hari sahaja untuk aku bekerja di company ini. Animasia Studio. Sejujurnya, aku suka kerja di sini. Tiada masalah langsung. Ada rakan sekerja yang sentisa beri tunjuk ajar, ada supervisor yang mengajar aku yang memang asalnya kosong ilmu mengenai storyboard, kerja yang membahagiakan, pendek kata, mustahillah aku nak berhenti dari pekerjaan ini. 

Tapi, atas satu sebab yang aku tak mahu ceritakan di sini, aku terpaksa berhenti kerja ini. Dengan berat hati, aku menyampaikan hasratku untuk berhenti kepada supervisor ku. Supervisor ku, adalah seorang yang terlalu baik bagi aku. Ajar aku satu persatu. Malah, kesudian dia menerima aku bekerja di sini, sudah cukup membuatkan aku terhutang budi padanya. Yalah, aku memang meminati bidang animasi sejak kecil. Tapi, sangkaanku, impian tersebut hanya tinggal angan-angan. Sebab aku langsung tiada ilmu pengetahuan mengenai animasi.  Apabila dia menerima ku di sini, dia telah kabulkan impian masa kecil ku. Sebab itulah aku terlalu terhutang budi padanya.


Effect bunga-bunga tu exaggeration je. Nak tunjuk dia baik. 


Apabila dia tahu aku mahu berhenti, dan tahu apa alasanku untuk berhenti, dia, sedikit pun tidak menghalang.  Dia sangat memahami. Malah dia kata: "Pergilah... you muda lagi, boleh cuba macam-macam lagi.."  Aku pun, bila dah dapat kebenaran untuk pergi dari dia sendiri, barulah boleh pergi dengan lega. Kalau tidak, berat hati. Sebenarnya, kalaulah dia kata pada aku :"Amna, tolonglah jangan pergi.." kemungkinan besar aku akan tak jadi pergi. Sebab aku terhutang budi pada dia. Kalau permintaan dia, pasti aku tak sampai hati nak tolak. Tapi, memandangkan dia beri kebenaran untuk aku pergi, maka aku akan pergilah. 




Bukan apa.. Aku ibarat Sang Burung yang baru pandai terbang. Jadi aku tak nak singgah pada satu dahan lama-lama. Aku mahu terokai dahan yang lain pula. Bukankah begitu?

Tinggal 23 hari saja lagi untuk aku bekerja di sini. Oh... berat  hati juga rasa...


Wednesday, June 19, 2013

Sebab ia PINK !

Setiap hari, aku akan membawa sweater ke tempat kerja. Ini kerana tempat kerja ku sejuk macam peti sejuk. Memang kena pakai sweater la. (Tapi, rakan-rakan sekerja yang lain kata tak sejuk pun) 

Pada suatu hari, aku runsing kerana sweater ku masih belum kering kerana baru malam semalam aku basuh. Terpaksa hidup satu hari tanpa sweater la nampak gayanya.




Adikku Tonah, cuba membantu. Dia beri aku pinjam sweaternya.... Tapi....







Err... ya, aku tak suka pink.



Tonah 4

Pada suatu malam yang biasa-biasa, aku menjalani hari biasa-biasa ku. Seperti biasa, malam hari kebiasaannya aku melukis ikut kehendak sendiri. Sebab siang hari aku dah kerja, kena melukis ikut skrip, jadi, malam hari aku nak la merasai lukis yang bebas, tidak ikut skrip. Seperti biasa, sambil melukis, aku menikmati minuman kegemaranku. Teh O panas buatan sendiri. Campur setitik Ribena dalam tu. Sedap...

Seperti biasa juga, aku akan tanya Tonah: "Nak Teh tak?" Kalau dia nak, aku akan buatkan dua cawan teh. Tapi, pada malam itu, dia kata tak nak. "Tak nak lah minum Teh. Nanti rasa panas..." Maka, secawan Teh sajalah untuk ku.




Seprti biasa juga, aku selalu terlelap sambil melukis. Dalam keadaan peralatan melukis masih belum kemas, aku terlena di situ. Kononnya nak bangun semula, tapi biasanya tertidur terus sampai esok.





Tapi, nak dijadikan cerita, pada malam itu, aku ada terjaga sebentar. Dalam keadaan separa sedar, separa mimpi, aku ternampak Tonah minum Teh yang aku buat untuk diriku. Tadi kata tak nak teh, tapi ini minum teh aku?!!!! Aku pun, dalam keadaan mamai, tegur dia. "Teh....." Aku tak ingat sangat apa aku cakap kerana mamai. Yang aku ingat, dia ketawa. Ketawa ya Tonah?




Keesokan harinya, aku tanya dia: "Kenapa ketawa semalam?" Lalu dia jawab : "Amna dah tidur, tapi masih pikir pasal teh."



Tuesday, June 11, 2013

Penulis yang serabut otak

Sudah beberapa post aku taip, tapi aku tidak menghabiskannya, lalu tersimpan saja sebagai draft. Terlalu banyak perkara hendak diceritakan, tak tahu nak tulis yang bagaimana. Yang meluahkan perasaan? Yang Mengutarakan pendapat sendiri? Yang menceritakan kisah hidup hari-hari? Yang bercakap tentang pemikiran sendiri?

Oh, aku seorang penulis yang begini rupanya. Penulis yang serabut otak. Entah cerita bagaimana harus ku taip.

Hei, baru-baru ini, aku kenal seseorang yang pendiam dan kacak. Oh, tak perlu la beritahu dia kacak. Cukuplah pendiam. Sebenarnya, bukan baru kenal. Dah lama kenal. Tapi baru saja aku menyedari kewujudannya kerana dia begitu pendiam. Apa yang aku nak cerita di sini, secara tak sengaja, aku terjumpa blog dia. Selepas  mengikuti segala penulisan di blognya, aku jatuh cinta pada blog itu. Wah, seorang yang pendiam, rupanya ada pemikiran yang luar biasa. Blognya terlalu bagus untuk aku. Seolah olah blog untuk tahap pemikiran yang tinggi. Aku merenung blog milikku sendiri. Blog yang menunjukkan pemikiranku yang kanak-kanak! Kemudian aku mengeluh sendirian.

Aku tak tahulah kenapa. Sebenarnya hidup aku baik-baik saja. Perjalanan karier ku semakin menuju ke arah masa depan cerah. Alhamdulillah. Tapi, dalam masa yang sama, ada satu perkara yang aku asyik gagal saja. Kegagalan begini buat aku benci diri sendiri. Mana ada orang lain yang gagal sebanyak aku. Rasa nak menangis setiap kali fikir. Tapi, untuk sedapkan hatiku, aku berfikir, takkanlah Tuhan nak beri kesenangan saja pada ku. Tentu akan ada kesusahan. Memandangkan Tuhan sudah permudahkan perjalanan karier ku, tentu ada perkara lain yang aku harus hadapi kesukaran. Bukankah begitu? (Taip sambil menahan sebak)

Aku rindu kucing aku. Tak sabar nak balik rumah, jumpa mereka.

Apa post ni? Cerita yang tak ada apa diketengahkan. Semuanya nak cerita di sini. Nampak tak? Aku memang sedang serabut otak...

Jumpa lagi pada post akan datang....


Sunday, June 2, 2013

Tonah 3





Haih... Tonah....






Tonah 2









Tonah ni, perangai dia memang macam-macam sikit. Yelah... Dulu dia adalah anak bongsu dalam adik beradik kami. Tapi, ketika dia berusia 8 tahun, dia dapat seorang adik. Jadi, dia bukan bongsu lagi dah. Sampai sekarang kitorang adik beradik panggil dia: "Bongsu-tak-jadi"

Silalah lawat blog Tonah. Lawat blog je! Siapa pandai-pandai nak berkenalan, ni haa... Kakak dia tunjuk penumbuk. Nampak? Hohoho....