Monday, May 27, 2013

Tonah

Ni cerita lama, tapi baru nak cerita. Almaklumlah... laptop rosak. Begini ceritanya. Adikku Tonah, datang menumpang rumahku (rumah sewa, bukan rumah betul) sepanjang program internship dia. Bahagia rasa. Ada juga yang menemaniku di sini...




Nak cerita ni, Tonah ni kan,  suka hati dia je. Datang bilik orang, buat macam bilik sendiri. Haih... Berani dia halau geng aku.



Lepas tu, ajak geng dia memenuhi ruang bilik ku. Grrr...


Banyak lagi cerita pasal Tonah ni taw. Nanti aku ceritakan lagi.  Tapi, tak boleh nak kutuk dia sangat. Sebab aku update blog ni, pinjam laptop dia. Hehe...




Thursday, May 16, 2013

Sayang sayang sayang...

Masalah di tempat kerja ku sudah selesai.
Bagus company ni.
Selesaikan dengan cara yang bijak.
Tiada siapa terluka.

Aku?
Aku bahagia... Aku suka kerja ini.
Nampak gayanya, supervisor aku pun suka kerja aku.
Jadi, masalah tentang kerja selesai.

Cuma aku terfikir juga.
Sayang benar aku dengan pekerjaan ini.
Tapi sampai bila?
Apa lagi yang aku kejarkan dalam hidup aku?
Sampai bila aku mahu setia pada company ini?

Hidup aku seolah-olah cuma mengenai kerja sahaja.
Hanya kerja yang membuatkan aku gembira.
Cinta juga pada kerja. Mana ada boyfriend.
Ha? Aku jenis orang yang begini ke?
Suka kerja melebihi segala galanya?
Aku harap tak....

Sayang... sangat sangat menyayangi mu wahai kerja ku.









Sunday, May 12, 2013

Apabila Allah SWT menghantar seorang penyelamat...

Akhirnya.... sesuatu berlaku.

Sesuatu yang aku tak dapat cerita secara terperinci di sini kerana ianya masalah dalaman company tempat aku bekerja sekarang.

Nak dijadikan cerita, masalah ini boleh dikatakan melibatkan agama juga. Aku serba salah. Bak kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapa. Ke kiri luka, ke kanan berdarah. Mana-mana jalan penyelesaian pun, pasti akan ada sesiapa yang terluka. Jika bukan aku terluka, orang lain akan terluka.

Tapi bila benda ini menyentuh kemusykilan agama, aku jadi ragu-ragu. Maka, aku menanti jawapan yang pasti sebelum aku mengambil mana-mana tindakan.

Tak lama pun aku dalam masalah memikirkan perkara sebegini, tiba-tiba seseorang menegurku di facebook. Dia adalah rakan kepada kakak ku yang aku pasti benar dia lebih arif dalam ilmu agama. Maka aku pasti, sememangnya Allah SWT menghantar seorang penyelamat kepadaku. Jadi, tanpa ragu-ragu, aku pilih untuk ceritakan kepadanya.

Alhamdulillah, jawapannya semua bernas dan boleh pakai. Tapi, apa-apa pun, dia berjanji untuk bertanya kepada ustaz dulu untuk kepastian. Jadi, aku tak mahu buat keputusan terburu-buru pada saat ini. Seeloknya aku tunggu jawapan yang pasti dahulu. Namun, terasa syukur sekali. Allah SWT hantar seorang penyelamat ketika aku benar-benar memerlukan.




Sunday, May 5, 2013

Apa ada dalam beg anda?

Dalam keadaan laptop rosak, sempat curi-curi online sekejap guna laptop mak masa balik rumah hujung minggu, sempat lagi aku join segmen Tangan Punya Kerja ni. Sesiapa nak join, marilah ramai-ramai. Best segmen ni.

Aku ni, seorang yang sweet simple macam tu je. Eh? Macam puji diri sendiri. Ahaha... Bukanlah, maksud aku, lebih kurang begini je apabila aku ke kerja. Aku suka berbaju putih. Lepas tu, handbag kegemaranku, adalah handbag kuning ini. Apa dalam handbag ku?

Biasa-biasa je. Seperti mana-mana perempuan lain... Adalah sedikit alat solek, dompet yang dah pakai semenjak sekolah menengah, tak pernah terbuka pintu hati nak beli dompet baru. Dan pendrive yang disangkut teddybear kecil.


Tapi, ada beberapa barang yang buat semak beg aku je, tapi terpaksa juga letak sebab ianya barang keperluan. Kad lrt, kad apartment ku, kad hospital la pulak. Tambahan pulak tag office tu, dan lain-lain lagi. Ini memang buat semak beg. Tapi terpaksa jugak letak. Ahaha... At least, tak adalah berus jamban macam si Lanun Ranggi tu cakap di entri dia. Haha..

Ok, berjaya sertai dalam keadaan tanpa laptop pun. Ahaha.. Anda semua dijemput sertai...





Saturday, May 4, 2013

Dah lama tak update blog. Laptop rosak


Rindunya kat blog aku ni. Tak boleh nak update sebab laptop rosak. Minta maaf ye blog? Minta maaf pembaca-pembaca. Satu hari nanti aku akan pulang juga ke blog ini. Insya Allah... Tunggu ye.