Friday, February 22, 2013

Anak kesayangan aku

Alamak tajuk...  aku belum ada anak lagi. Haha.. tidaklah.. aku maksudkan, anak sepupu aku. Aku ada ramai anak-anak sepupu. Comel-comel, cantik manis semuanya. Tapi ada satu yang berjaya raih perhatian aku. Namanya Alman.


Alman ni, kalau jumpa aku, memang tak sah kalau dia tak usik aku. Ada saja benda tentang aku untuk dia usik. Tapi, bila aku nak pulang meninggalkan dia, tahu pula dia datang peluk aku. Hehe.. Budak kecil ni. Kata-kata dia tak tunjuk yang dia sayang aku. Perbuatan dia yang tunjuk. Comel je...

Kelmarin, Aimi (kakak kepada Alman) menegurku di fb. Dia memanggil aku dengan gelaran "Mak Amna", kerana mereka adalah anak kepada sepupu aku. Jadi memang aku ni berpangkat 'emak' bagi mereka. Perbualan aku dan Aimi berbunyi seperti ini:


Aimi: Hai Mak Amna, Alman cakap, dia sangat rindu kat Mak Amna.
Aku: Hehe.. Mak Amna pun sangat rindu kat Alman.
Aimi: Lepas dia cakap dia rindu dekat Mak Amna, dia cakap dia benci kat Mak Amna.
Aku: Haha... Tapi, Mak Amna tetap rindu dia.
Aimi: Oooo.. ok, dia gelak-gelak macam orang giler.
Aku: Haha...
Aimi: Dia cakap Mak Amna busuk.
Aku: Tak apa, Mak Amna pakai bedak banyak-banyak.
Aimi: Hahahahahahahahahahahahahahaha.....

Lihat!!!! Daripada perbualan tersebut, aku dapat bayangkan Alman yang mungkin sedang ketawa di sebelah kakaknya. Aku tahu, dia rindu aku. Haha..



Sunday, February 17, 2013

Kenangan

Kenangan...


Makin lama kita hidup di atas muka Bumi ini, makin banyak kenangan-kenangan yang disimpan dalam memori kita. Hebat benar Allah SWT menciptakan manusia. Bagaimana otak kita boleh menyimpan begitu banyak memori? Malah, memori ketika aku berusia empat tahun juga masih ada dalam ingatan ini.


Hari terus berlalu. Umur semakin meningkat. Kenangan yang disimpan dalam diri ini juga bertambah. Setiap hari, tercipta kenangan-kenangan baru untuk hari esok. Jika kenangan itu boleh dikira, berapakan jumlah kenangan yang berada dalam diri aku?

Orang yang sudah tiada di sisi aku, dia akan terus berada dalam kenangan aku. Tertanya-tanya juga, adakah diri aku berada dalam kenangan dia, seperti dia berada di dalam kenangan aku?


Sebagai seorang yang beragama Islam, aku faham benar bahawa dunia ini bersifat sementara. Malah segala-galanya dalam dunia ini juga tak akan kekal. Tapi, bagaimana dengan kenanagan? Adakah kenangan juga merupakan sesuatu yang tidak kekal? Adakah satu hari nanti kenangan-kenangan ini akan terhapus? 

Jika kenangan ini masih terus berada dalam ingatan, ke manakan kenangan ini semua akan di bawa? Mungkinkah akan di bawa masuk kubur? Apakah kenangan itu penting sangat untuk terus disimpan? Tapi jika ingin membuang kenangan? Ada kah caranya?


Mungkin... hanya mungkin ya, bukan fakta. Mungkin kenangan ini tujuannya untuk kita mengingati bahawa kita sudah semakin tua. Makin kita tua, makin banyak kenangan ada bersama kita.

Mungkin juga, kenangan ini tujuannya supaya kita berubah ke arah yang legih baik. Ini kerana kita mempunyai kenangan mengenai hari semalam. Jadi, kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik untuk hari ini. Kenangan itu adalah untuk mengelakkan kita mengulangi kesalahan semalam.


Ajaibnya mengenai kenangan, walaupun sesuatu perkara itu telah lama berlalu, tetapi apabila kita mengenang kembali perkara tersebut, ianya masih sama. Walaupun ketika kita mengenangnya itu diri kita sudah tua, namun dalam kenangan, kita masih muda. Seperti dulu.


Apabila kita terkenangkan sesuatu perkara, adakah kita menyesali dengan sesuatu yang telah berlaku? Adakah kita berharap agar masa boleh diundur agar kita boleh membaiki semula perkara tersebut? Ataupun, kita terima saja apa yang telah terjadi dan percaya bahawa semua yang terjadi, ada hikmahnya?


Jika aku boleh melihat bagaimana keadaan dalam otak aku, mungkin aku terkejut kerana mendapati terlalu banyak kenangan, bersepah-sepah berada dalam otak aku. Atau, mungkin juga aku terkejut kerana masih ada banyak ruang untuk aku terus mengumpul dan menyimpan kenangan dalam otak ini. Munginkah begitu?

Aku bukan nak mempersoalkan mengenai adakah kenangan itu perlu disimpan atau tidak, atau apakah fungsi kenangan kepada kita... Aku sekadar, terkenang dan berterima kasih kepada Pencipta. Terima kasih juga kepada orang yang kekal dalam kenangan aku. Aku berharap agar aku juga berada dalam kenangan orang itu.


...kenangan akan terus bertambah. Tapi kenangan lama akan tetap kekal dalam ingatan...


Thursday, February 14, 2013

Dapat Ang Pow


Gong Xi Fa Cai...  Tamatnya tahun baru Cina, rutin harian ku kembali sepertia biasa. Pergi kerja. Tapi syukur Alhamdulillah. Dapat sedikit rezeki sempena Tahun Baru Cina ni. Ya, aku dapat Ang Pow. Haha.. mungkin bagi orang lain, ianya perkara biasa. Tapi bagi aku, inilah pertama kali seumur hidup aku menerima Ang Pow. Betul, tak tipu. Pertama kali!!!!! Sebab tu lah aku gembira. Nak simpan sampul ang pow ni lah.

(Alamak, gambar nampak macam batak sangat la pulak)

Jadi, aku ingin berkongsi sedikit cerita. Tahukah anda... pada Hari Raya Aidilfitri, tradisi duit raya yang diberi dalam sampul hijau, sebenarnya adalah berdasarkan tradisi Cina yang memberi ang pow. Betulkan? Jika aku salah, sila betulkan. Namun, oleh kerana tradisi seperti ini adalah satu perbuatan yang mulia, ia ibarat memberi sedekah. Maka tradisi tersebut diteruskan sehingga ke hari ini.

Itu saja. Gong Xi Fa Cai, Hong Bao na lai...

Monday, February 11, 2013

Liga Prajurit

Siapa suka baca komik? Siapa suka lukis komik?

Hari ni, aku nak memperkenalkan satu komik yang aku rasa, memang layak untuk diperkenalkan. Tajuknya, "Liga Prajurit". Komik ini, buat masa ini, boleh didapati di blog pelukisnya. Pelukisnya adalah junior aku. Seorang pelajar Fine Art seperti aku. Aku kagum pada karyanya. Tema komik yang menarik dan lukisan yang bagus. Apa yang buat aku bertambah kagum adalah kerana aku rasa, komiknya menunjukkan ciri-ciri tempatan yang tak mungkin kita boleh lihat pada mana-mana komik luar.

Kerana terlalu kagum, aku menunjukkan blog dia kepada kenalan-kenalan aku yang lebih arif tentang komik. Lebih memeranjatkan aku, mereka-mereka yang lebih arif ini pun berasa kagum pada komik ini.

Jadi, tak perlu aku ulas panjang-panjang lagi. Anda semua yang berminat untuk melihat komik yang aku sebutkan ini, bolehlah pergi ke sini: Liga Prajurit