Saturday, December 22, 2012

Perkara yang aku teringin lakukan apabila stress

Setiap orang pernah mengalami stress. Aku juga begitu. Ada kalanya, aku stress kerana masalah di tempat kerja ku. Bila stress begini muncul, otak aku juga muncul beberapa idea aneh.



Berikut adalah dua perkara yang aku teringin nak lakukan apabila stress:



1. Gigit komputer di depan ku

Alangkah puasnya hati ni kalau aku dapat gigit benda teknologi depan aku tu 
menjadi serpihan-serpihan kecil.
Umpama seekor jerung membaham mangsa.
Oh, memang aku selalu sangat terasa nak buat begini.



2. Beri Kamehameha


Apabila stress aku lebih teruk berbanding biasa,
aku tak terfikir dah nak gigit komputer tu.
Aku nak tukar segala geram ku menjadi kuasa Kamehameha,
lalu lepaskan ke arah komputer tak berotak itu.
Pancaran sinar dari Kamehameha ku bukan sahaja merosakkan komputer,
malah memusnahkan seluruh ofis tempat aku bekerja.
Seterusnya, semua pekerja kena pulang ke rumah masing-masing kerana ofis sudah musnah.
Puas hati aku.

*Siapa tak tahu apa tu Kamehameha? Google laa..




Namun, apabila masalah selesai dan kerjaku menjadi seperti apa yang aku inginkan, satu perasaan luar biasa timbul di hati ini. Perasaan itu indah sangat. Terasa seperti nak menari saat itu juga di atas meja yang sama. Moral dari cerita ini ialah: "Kejayaan selepas kegagalan amat menggembirakan..."




FAKTA: TIDAK ADA LANGSUNG PERKARA SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS, BENAR-BENAR DILAKUKAN AKU. INI KERANA BIMBANG AKAN DIBUANG KERJA AKIBAT DISALAH ANGGAP SEBAGAI ORANG GILA.





Anda pula bagaimana? Tidak ada ke perkara yang anda teringin lakukan apabila stress?



Monday, December 17, 2012

Skype dengan budak berdua

Dua orang adikku kini jauh diperantauan. Sorang di US, sorang di Canada. Tapi, baru-baru ini, yang berada di Canada tu, melawat yang berada di US tu. Aku berkesempatan ber skype dengan mereka berdua. Ada timbul rasa lega juga melihat mereka berjumpa satu sama lain. Yelah, mereka dua-dua jauh dari famili. Sekurang-kurangnya, diorang jumpa berdua je, aku tahu yang mereka saling menjaga satu sama lain. Alhamdulillah...

Aku rasa bertuah sungguh lahir di zaman yang memiliki skype. Senang je nak tanya khabar. Tidaklah kena tunggu surat yang berbunyi:

"Kehadapan kekandaku si Gadis Misteri.. Dinda Tonah telah selamat berjumpa kanda Dibah yang kini ternyata lebih gemuk berbanding dulu..."

Tak perlu surat-surat begitu. Skype sangat mudah. Adikku boleh sembang dengan ku sambil menjamah makanan tanpa hulur sedikit pun kepada ku. Cis.. aku lapar. 


Lepas tu, nak high five pun boleh. Baru sebentar tadi aku high five dengan adik aku melalui skype, tetapi seketika kemudian, aku tersedar sesuatu. "Eh, aku bukan tepuk tangan dia.. aku tepuk laptop kesayangan ku sendiri!" Itulah... Ini semua gara-gara adik aku lah yang tiba-tiba kata: "Amna, sep!!! (high five)".


Itulah kisah aku ber skype dengan dua orang adikku. Amat merindui mereka memandangkan kami memang rapat sejak kecil, membesar bersama-sama, berkongsi segala cerita, bergaduh hari-hari... Terima kasih Ya Allah kerana memberiku adik beradik. Semoga mereka selamat dunia akhirat...