Friday, April 27, 2012

Apa dalam fikiranku



Tidak mahu bercakap banyak. Cukuplah satu gambar menerangkan segala-galanya. Faham atau tidak, tak penting pun.

Friday, April 20, 2012

Berjumpa Aman Wan

Setiap kali ternampak fliers atas ni yang tertampal di rata-rata bangunan AD, aku berbelah bahagi. Nak pergi ke tak nak? Ada perkataan komik di situ. Aku minat. Tapi Video Blog tu apa? Lagi pun, siapa yang bagi talk tu? Aku tak kenal.

Akhirnya aku pergi. Lagipun, kawan aku yang merupakan sebahagian dari krew yang menjayakan majlis tersebut telah sms minta aku datang. Datang je lah. Tak rugi pun. Walaupun aku tak kenal nama yang beri talk tu, tapi, ilmu boleh datang dari mana-mana je.

Aku pernah berjumpa kartunis Gayour,( baca di sini) dan aku pernah berjumpa kartunis Aie.(baca di sini) Hari ni aku berjumpa Aman Wan. Rasa bersalah pula tulis aku tak kenal nama dia di atas tadi. Sebab banyak aku pelajari dari dia. Daripada minat, cabaran, rakan seperjuangan, semua dia sebut. Aku tersedar sesuatu, ya, apa dia sebut tu semua betul. Aku sedang lalui semua masalah-masalah tersebut sebagai seorang pelukis komik yang masih belum mempunyai nama. Jadi, aku nak ikut nasihat-nasihat dia.

En Aman Wan kata, dia nak kami rasa yang kami boleh buat lebih baik dari dia. Sebab dia dalam generasi yang sama dengan kami. Dia masih baru, baru step pertama katanya. Betul juga tu. Dia baru 24 tahun. Setakat dua tahun lebih tua dari aku je. Jadi, aku patut pasang matlamat supaya ketika aku berumur 24 nanti, aku juga dah capai step pertama. InsyaAllah. Sekarang ni pun dalam proses nak melangkah.

Seperti sebelum-sebelum ini, (Sewaktu jumpa Gayour dan Aie) selepas tamat majlis, aku nak jumpa secara sendiri. Lagi banyak ilmu dapat dengan cara itu. Aku tunjuk work aku pada En Aman Wan. Seperti sebelum ini juga, tangan aku menggigil semasa hulurkan karya aku. Tapi aku dah rasa semakin ok dari dulu. Menggigil sekejap je. Selepas tu tak rasa apa. Aku dah semakin berani ke? Abaikan. Aku pun tak faham kenapa mesti menggigil. Aku seorang pelajar Fine Art, kalau melukis potret depan orang ramai pun pernah.Tak menggigil pulak. Itulah, aku dapat rasakan melukis komik lebih menakutkan dari melukis untuk Fine Art sebelum ni.

Banyak benda aku pelajari hari ini. Aku juga kenal seseorang yang sama seperti aku, sedang berusaha untuk menghasilkan komik. Tak sangka pula aku. Aku ada junior Fine Art, juga dalam major painting, yang sedang berusaha dalam komik. Malah, komik dia cantik. Aku baru tahu ketika dia tampil menunjukkan hasil dia kepada En Aman Wan. Tercabar? Ya, aku ada rasa sedikit tercabar. Tapi bak kata Aman Wan, persaingan tu perlu. Terima kasih sudi datang UiTM, En Aman Wan.

Aku tak sangka aku kini serius dalam bidang komik. Banyak sangat benda bermain dalam kepala sekarang ni. Painting, thesis, minor.. Tapi aku sibukkan diri dengan komik. Itulah Amna.


*semua gambar-gambar yang di ambil dari fb Aman Wan.

Wednesday, April 18, 2012

Antara minat dan tanggungjawab


Aku minat melukis dan tanggungjawb aku adalah belajar. Memandangkan aku berada dalam kos Seni Lukis dan Seni reka, aku beranggapan bahawa aku sedang buat benda dua dalam satu. Aku buat minat aku, dan aku jalankan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar, juga sebagai anak kepada kedua orang tua ku. Ya, aku sedang buat benda yang aku minat sambil jalankan tanggungjawab. Itu yang aku fikir sebelum ini.

Tapi, baru-baru ini, aku mula rasa yang 'tanggungjawab' dan 'minat' itu tak boleh dibuat serentak. Lecturer ku suruh aku buat painting yang ada 'intelligence' nya. Painting yang ada maksud, tetapi secara berkias, begitulah lebih kurang apa dia cakap. Tapi aku tak setuju. Pada pendapat aku, aku nak lukis apa yang aku minat. Tak perlulah maksud-maksud mendalam semua tu. Barulah lebih puas apabila melukis.

Itulah dia percanggahan antara minat dan tanggungjawab. Sebagai pelajar, tanggungjawab ku adalah belajar. Kalau nak belajar, ikut lah apa lecturer kata. Memang betul pun kata lecturer tu. Tapi kalau berdasarkan minat, aku nak lukis juga apa yang aku nak lukis!

Aku sedar, umur aku pun dah agak tua. 20 lebih dah. (Walaupun baru 21) Semakin kita besar, kita kena sedar yang tanggungjawab tu kena diutamakan. Ya, aku sedar. Tapi kata hati aku masih ada kata bahawa aku kena buat benda yang aku minat.

Akhirnya, minat kalah kepada tanggungjawab. Aku sedar sangat yang apa lecturer cakap tu betul. Beberapa hari selepas ini, aku nak jauhkan diri dari kawan-kawan sekelas painting. Aku nak pergi membawa diri, mencari idea-idea baru agar bertepatan dengan kehendak lecturer. (Bunyi macam merajuk tak?) Sebenarnya, lepas ni cuti sekejap, sebab tu lah akan berjauhan dengan rakan-rakan sekelas. Ayat saja nak drama je.


* Baca di sini: Ilusi Dunia. Entri yang bermanfaat untuk semua blogger...

Saturday, April 14, 2012

Perkenalkan Pasu dan Potto

Anak-anak Abby, kucing ku, kini sudah diberi nama. Memandangkan mereka lahir dalam pasu, nama mereka ialah Pasu dan Potto (pasu dalam bahasa Jepun). Ini adalah nama atas persetujuan adik beradik kami. Untuk mendapakan nama 'Potto' tu, kami dah google translate hampir semua bahasa yang ada.

Abby bersama Pasu dan Potto


Ini Pasu.
Geram tengok muka dia.
Macam pelik sikit, tapi comel.


Ini pula Potto.


Seterusnya, kita tengok gambar kucing ini:
Bubu, (Abang Pasu dan Potto) buat muka comel nak masuk rumah.

Saja letak gambar mereka di sini, sebab adikku Adibah, masih belum lihat mereka lagi. Adibah, tengok laa..

Saturday, April 7, 2012

Tangan Punya Kerja


Tangan Punya Kerja adalah salah satu blog yang dah lama aku ikuti. Bagi yang belum kenal blog ini, biar aku perkenalkan. Blog ini, apa yang aku lihat, secara keseluruhannya ia mengenai kehidupan harian si pemilik blog, Faten Osman. Apa yang menariknya, kehidupannya digambarkan dalam bentuk lukisan dan kartun. Malah, cerita-ceritanya adakalanya dilebih-lebihkan dengan ekspresi muka watak yang berlebihan. Ini menimbulkan rasa geli hati. Cerita-ceritanya kebanyakannya tak berat pun. Santai saja bila membacanya. Namun, semua ini hanya pendapat peribadiku. Anda bolehlah lihat sendiri bagaimana blog tersebut dan menilainya sendiri.

Baru-baru ini, Tangan Punya Kerja menganjurkan satu giveaway. Akibat jatuh cinta pada hadiah yang ditawarkan, aku pun menyertailah. (Alamak, terjujur sangat pulak) Lagipun, sebab aku memang suka blog ni, apa salahnya sokong aktiviti yang dianjurkannya kan?

Jadi, bagi memenuhi tuntutan giveaway tersebut, aku akan menjawab soalan-soalan yang ditanya.

Soalan 1: Ceritakan bagaimana korang jumpa blog ini dan entry yang korang rasa paling best.


Oh.. aku jumpa blog ni dalam mimpi. Pada satu malam, aku bermimpi ada seorang lelaki tua berpakaian serba putih, datang kepadaku dan memesan agar aku follow blog Tangan Punya Kerja. Bila terjaga dari tidur, aku menerpa ke arah laptop ku dan follow blog tersebut. Haha, yelah.. aku tipu je. Mana ada mimpi macam ni. Aku tak ingat aku jumpa di mana, tapi yang pasti, aku terbaca dekat satu blog lain yang bercakap pasal blog ni. Kalau mengenai entry yang paling aku suka, aku tak tahulah. Selagi ada lukisan, selagi tu aku suka.


Soalan 2: Nyatakan apa yang korang suka dan tak suka tentang blog ini.

Semestinya, aku suka sebab lukisan-lukisan dan cara penceritaan. Lagi satu, aku memang suka latar kosong tak ada apa-apa tu. Nampak kemas. Kalau nak kata tak suka pula, tak adalah sangat. Bukan cakap macam ni sebab nak bodek taw. Cuma tak ada apa yang tak kena. Mungkin satu kekurangannya ialah, jarang update. (Atau aku je yang rasa dia jarang update?)


Soalan 3: Cadangkan apa-apa perubahan yang patut aku lakukan untuk tambah baik blog ini.

Aku cadangkan agar Faten Osman tidak mendengar cadangan orang lain. Hehe.. maaf, agak kasar ke bunyinya? Maksud aku, jadi je diri sendiri. Tak perlu ikut kata orang lain, buat apa yang sendiri suka di blog. Barulah blog akan nampak ciri-ciri diri sendiri. Betul tak?


Ok, itu saja dari ku. Anda semua yang nak sertai giveaway ini boleh klik sini. Harap aku dah menjawab persoalan-persoalan Faten Osman. Tekasar bahasa atau terkecilkan hati sesiapa, harap dimaafkan. Tiada niat. Apa lagi? Mari lah ramai-ramai sertai!


Friday, April 6, 2012

Kucing dan Hujan


Aku termenung di depan studio. Melihat hujan. Aku paling suka cuaca hujan. Sejuk, bau udara segar, rintik hujan menimpa bumbung kedenaran seperti muzik, percikan hujan ke atas simen menghasilkan corak... Ya, aku suka semua tentang hujan.



Jauh di sudut sana, aku ternampak seekor kucing putih. Dia jalan sikit di bawah hujan, kemudian patah balik ke bawah teduhan. Termenung, kerana hujan, dia terkandas di bangunan itu.


Seketika kemudian, dengan pantas dia lari meredah hujan, lari ke tempat teduhan lain.
Comelnya! Macam manusia pula. Suka! Suka! Suka! Terhibur aku tengok.

Baby baru ku

Aku memiliki tiga baby. Baby yang pertama aku panggilnya Sayang. Yang lain aku panggil baby je.


Hari ini, aku menerima satu lagi baby baru. Bertambah baby ku. Rasa macam mimpi je. Sebab memang aku ternanti-nanti kedatangan baby keempat ni.



Bagi yang belum kenal, biar aku perkenalkan. Baby pertama ialah phone Nokia ku yang ku terima semasa umur 15. Kini dah 6 tahun dia setia dengan aku. Baby kedua Kamera coolpix aku. Dah rosak. Sedih sekali semasa pemergian dia. Baby ketiga laptop Acer ku. Baby terbaruku ialah kamera Sony. Hehe.. Alhamdulillah. Aku benar-benar memerlukan Baby baru ni.