Saturday, March 31, 2012

Kucing dah beranak

Gembiranya aku, kucing aku, Abby, dah beranak.
Dia beranak dalam pasu. Dapat dua ekor anak.



Sebab mood aku baik,
aku nak berkongsi kegembiraaan aku dengan semua.
Jadi, aku berkongsi gambar anak-anak kucing baru ni di sini.

Suka Abby, tunjuk anak-anak dia pada aku.

Anak Abby, belum ada nama lagi.


Wednesday, March 28, 2012

Terima kasih pembaca blog Gadis Misteri


Pada suatu hari, di kedai makan bersama kawan-kawan aku...




Terharu bila dah dengar ramai orang yang rapat dengan aku kata, mereka suka baca blog aku. Seperti yang anda semua baca, blog aku hanya kisah perjalanan hidup aku. Tak ada apa yang menarik. Tapi, aku memang mengalu-alukan sesiapa saja yang nak baca. Tak larang pun.

Terima kasih semua pembaca setakat ini, tak kisahlah yang follow atau tidak, yang meninggalkan comment atau tidak, semua aku hargai. Teruskan baca ya?


Monday, March 26, 2012

Perjalanan ku dalam dunia seni


Ini adalah semester akhir ku dalam Fine Art. Sukar nak percaya aku sudah pelajar semester akhir, kerana sejujurnya, aku rasa ilmu aku masih terlalu sikit.

Aku masih teringat soalan-soalan yang biasanya ditanya oleh orang yang luar bidang seni:

"Tak mahal ke bajet nak hasilkan painting?"
"Siapa nak beli painting mahal-mahal?"
"Fine Art nanti kerja buat lukisan lepas tu jual je lah kan?"
"Fine Art melukis je lah kan?"

Oh.. soalan-soalan begitu.. Bagaimana aku nak jawab ya? Sebab Fine Art bukan seperti yang mereka bayangkan. Ia lebih dari semua itu. Ia lebih dari sekadar melukis. Tapi, bukan salah mereka yang bertanya. Kerana, sebelum aku masuk Fine Art, aku juga berfikir seperti mereka. Aku ingat Fine Art ni sekadar buat painting dan jual painting. Sudah tentulah, itu dulu. Sekarang aku mula memahami dunia Fine Art ini luas sedikit.

Semalam pergi dengar art talk. Mengenai art auction. Pertama kali tahu pasal selok belok art auction. Barulah aku nampak perjalanan sesebuah painting dalam dunia ni. Teringat apa yang Giorgio Vasari kata: "Artwork ada jangka hayat. Lahir, hidup, mati.." Ooo.. baru aku nampak kaitannya kata-kata Vasari tu dengan dunia sebenar.

Hari ni, dalam kelas Liberal, aku belajar mengenai percanggahan pendapat oleh Art Critic dan Art Historian. Barulah minda aku terbuka sedikit. Wah, rupanya, walaupun sama-sama dalam bidang seni, tapi ada pendapat yang berbeza ya? Rumit betul. Tak faham aku.

Dulu, seseorang pernah kata, aku ni sesuai jadi Art Critic. Aku gelak je.. Aku fikir, mustahillah! Aku nak jadi artist. Bukan Art Critics. Tapi lama kelamaan, aku mula melihat dunia seni dari sudut art critic, art historian dan art curators. Malah, aku kagum sangat dengan mereka kerana mereka adalah golongan bijak pandai. Aku rasa mereka golongan yang lebih pandai dari artist. (Minta maaf kalau salah, ini hanya pendapat peribadi aku)

Seronoknya minor liberal. Aku dapat semua ilmu ni. Tak menyesal ambil liberal. Teringat lagi ketika aku berbelah bagi nak pilih minor dulu. Selain liberal, aku teringin nak ambil grafik atau photography. Tapi sekarang, aku sedar... Liberal Studies adalah pilihan terbaik untuk aku.

Semua yang aku belajar ni, baru sedikit. Masih banyak yang boleh aku terokai. Aku masih tak tahu mana hala tuju aku selepas degree ni. Untuk sedapkan hati, aku fikir, aku akan buat saja lah apa yang mungkin muncul dalam hidup aku. Asalkan ia tak salah, dan aku gembira membuatnya.

Kepada junior-junior Fine Art yang bakal memilih major, (Jika korang ada terbaca ini) sila pilih Liberal Studies. Tak rugi.
Gambar semalam masa pergi Public Art Programmes
di White Box, MAP Publika

Friday, March 23, 2012

Di mana kan ku cari ganti




P Ramlee, siapa tak kenal kan?
Entah kenapa..
Makin hari, aku makin minat P Ramlee.
Sampai satu tahap,
aku dah minat sangat-sangat!
Ternanti-nanti filem P Ramlee dimainkan di TV,
minat lagu-lagu P Ramlee.

Tapi aku,
hanya seorang anak muda
yang tak sempat
hidup dalam zaman P Ramlee.
Sayangnya..

Suka P Ramlee!
Suka! Suka! Suka!!!!



Tuesday, March 13, 2012

Tak sihat



Aku tak sihat. Inilah kali pertama seumur hidup aku, aku kena masuk air. Sakit yang amat ketika nurse tu nak cucuk jarum.



Ini juga kali pertama seumur hidup aku, aku dikehendaki telan ubat menggunakan air milo. Untuk pengetahuan semua, aku sangat-sangat tak suka air milo. Boleh pula nurse hidang milo untuk aku telan ubat?



Nasib baik lah aku ni bijak. Aku tukar air milo dengan air yang nak dimasukkan ke dalam badan aku tu, seperti rajah di bawah:



Yelah, aku gurau je! Siapa percaya, aku tak bertanggungjawab. Doakan aku cepat sembuh ya semua..

***
Kasih sayang seorang ibu tiada tandingan. Siapa yang hantar dan teman aku ke klinik? yang carikan aku bubur? yang call tanya khabar? Aku rasa nak menangis terharu je. Hargai ibu anda, ya semua..


Friday, March 9, 2012

Masuk semester akhir


Sudahkah aku beritahu semua?
Aku kini pelajar semester akhir!
Hei, part 6 tu!!!


Astaghfirullahalazim.. siapa ajar rasa riak ni?
Tak mau.. Tak mau..




Ok lah, nak cerita, aku kini dah seminggu menjalani kehidupan part 6. Tak ada belajar apa lagi dalam seminggu ni. Tapi kan, bila fikir-fikir.. Aku sayang nak tamatkan kehidupan di UiTM ni. Aku ada kawan-kawan yang aku sayang. Aku juga sayang suasana buat paintng di studio painting dengan kawan-kawan sekelas. Lagipun, aku belum ada perancangan nak buat apa selepas tamat Degree ni.


Hai.. Memikirkan semua tu, membuatkan aku rasa berat hati nak lalui part 6..


Thursday, March 1, 2012

Day 7- Favorite anime couple


Ini 30 Days Anime Challenge dari Lily's Dukedom

Jadi hari ni Favorite Anime Couple ya? Hanya ada satu pasangan yang aku berkenan. Mereka adalah Ranma dan Akane dari anime Ranma 1/2.




Ranma adalah seorang lelaki yang boleh bertukar menjadi perempuan apabila terkena air sejuk. Air panas yang dapat menukarkan Ranma kembali ke lelaki. Akane pula adalah seorang perempuan yang kuat, lebih kuat dari mana-mana lelaki di sekolahnya.

Ranma dan Akane ditunangkan oleh kedua bapa mereka. Ranma terlalu ego dan yakin pada diri sendiri. Dia tak pernah mengaku dia suka Akane. Pasangan ni sangat sweet. Selalu bergaduh, banyak halangan dan cabaran dalam hubungan mereka. Anime ni memang sangat kelakar lah.