Thursday, September 8, 2011

Kenali Impressionist


Lebih kurang setahun yang lepas, aku pernah mencari info mengenai 'Impressionst'. Bukan kerana tugasan apa-apa pun, sekadar nak tahu je. Aku cari buku di perpustakaan, aku tanya senior-senior, dan akhirnya, aku berhenti apabila aku mula sibuk dengan tugasan lain.

Beberapa hari lepas, aku baca buku ini: 'Linnea in Monet's Garden'. Buku yang menjawab semua persoalan aku selama ni. Jadi, aku nak buat sedikit ulasan untuk buku ni. Ulasan? hehe.. Konon profesional yang nak buat ulasan buku laa..

Buku ini adalah bahan bacaan kanak-kanak. Tapi, aku rasa, ia sesuai je untuk sesiapa yang baru nak mengenali Impressionist. Malah, untuk orang yang luar bidang seni juga sesuai baca ni. Ia benar-benar memperkenalkan Imprssionist dari definisi, sejarah, gaya lukisan dan pelukisnya. Sesiapa yang tak ada pengetahuan asas seni pun boleh memahaminya.

Oleh kerana ini buku kanak-kanak, ia disampaikan dengan cara menunjukkan cerita mengenai seorang kanak-kanak perempuan bernama Linnea, yang melawat tempat-tempat yang berkaitan dan melihat karya-karya agung tersebut.

Lihat tajuk pun dah tahu, artist yang dikenalkan dalam buku ini tentulah Monet. Agak menarik, terdapat juga cerita mengenai personaliti Monet, dan keluarganya.

Malah, buku ini turut memberitahu tempat-tempat di Paris yang boleh dilawati untuk mengenali artist ini. Apa nak buat? Sekarang aku teringin nak lawat rumah Monet beserta tamannya itu!!

Kalau berminat, anda semua bolehlah cuba cari buku ni. Kalau tak jumpa, cari je lah apa-apa buku pasal Impressionist. Ok, sekian.. nak berangan duduk dalam taman Monet sekejap.

1 comment: