Thursday, September 29, 2011

Baby ku sayang

Langit di luar semakin cerah. Aku tak tidur sejak semalam... Sedang buat drawing untuk kelas painting yang akan bermula lagi satu jam dari sekarang. Agak-agak dah penat buat drawing tu, aku pun bergambar guna webcam di laptop ku. Saja.. Letih memandang drawing, main-main la sekejap.



Tiba-tiba, aku terkenang pada Baby ku. Baby ku, tak lain tak bukan, mestilah kamera digital ku! Aku pun mengambil kamera ku. Cadang nak ambil gambar drawing yang dihasilkan ku sejak malam semalam. Betapa sedih, kecewa dan pilunya hatiku apabila aku lihat Baby ku tak sihat seperti biasa. Bila aku tangkap gambar, jadi bergaris-garis seperti di bawah ni:

Tak tahu la nak buat apa.. Mungkin betul kata Abah, kamera digital tak tahan lama. Tapi aku sayang sangat pada Baby..

Sekarang dah tak ada mood nak buat drawing. Tak ada mood nak pergi kelas juga. Tapi mana boleh tak pergi~



Wednesday, September 28, 2011

Drama Pendek Gadis Misteri

Pada satu hari yang indah.. Gadis Misteri itu berkahwin dengan jejaka pilihannya. Majlis diadakan dalam keadaan yang serba sederhana. Malah, pakaian pengantin pun tak sedondon. "Lebih berseni kalau tak sedondon. Barulah ada unsur kepelbagaian." Kata Gadis Misteri itu yang merupakan seorang pelajar seni halus. Hadirin yang hadir pun tidak ramai. Cukuplah sekadar jiran tetangga 40 buah rumah di depan, di belakang, di kiri dan di kanan. Lagu dipasang bagi memeriahkan lagi majlis itu. Akan tetapi, lagu yang dipasang ialah lagu 'Tragis' nyanyian Fiq yang sememangnya tak bersesuaian dengan majlis yang penuh bahagia ini. Apa boleh buat, pengantin perempuan tu obses terhadap fiq.

Siapakah jejaka bertuah yang berjaya memiliki Gadis Misteri yang pandai masak daging kuda belang itu? Siapa lagi kalau bukan Roronoa Zoro.

Memang tak sesuai digelar 'Bagai pinang dibelah dua'
Lebih sesuai disebut 'Bagai pipit dengan enggang'.


Di antara hadirin yang hadir ke majlis tersebut, turut terdapat Inuyasha. Semua orang di sana sudah sedia maklum bahawa Inuyasha merupakan ex-boyfriend Gadis Misteri. Para hadirin memandang Inuyasha dengan hati sayu seolah-olah memahami perasaannya. Lidah Inuyasha kelu. Dia tak mampu berkata apa-apa. Selama ini dia sangka Gadis Misteri suka lelaki berambut putih. Tapi kini Gadis Misteri berkahwin dengan lelaki berambut hijau. Kalau lah dia tahu, akan dia warnakan rambutnya hijau sehijau kulit buah tembikai.


Maka, tamatlah sebuah kisah cinta yang penuh tragis ini. Andai drama ini masuk pawagam, tentu mendapat sambutan hangat sehingga penonton baling kasut ke arah skrin.



Sekian..



Tuesday, September 27, 2011

Kenali Fine Art

Apabila memikirkan yang aku bakal menamatkan pelajaran tak lama lagi, maka aku nak iklankan kepada semua pasal Fine Art. Aku sedang belajar Fine Art di UiTM Shah Alam. Dan InsyaAllah semester hadapan ialah semester terakhir bagiku.

Fine Art memang menarik. Sesuatu yang enjoy lah untuk dipelajari. Fine Art terbahagi kepada empat major. Sculpture, Ceramic, Printmaking, dan Painting.

Aku mulakan dengan memperkenalkan sculpture. Sculpture bermaksud arca. Arca adalah satu objek seni dalam bentuk 3D. Ramai yang kata sculpture best! Tapi bagi aku, aku tak pandailah nak buat sculpture..

Bukan soal tak pandai je sebenarnya. Sculpture tak sesuai dengan jiwa aku. Tempat mereka di bengkel. Di sana sangat berhabuk dan bising. Aku paling tak tahan bising! Hehe.. kalau kawan-kawan sculpture baca ni, mereka marah aku tak? Hehe.. ampun semua..

Aku lebih rela menjadi sculpture daripada membuat sculpture. Hehe..



Namun, sejujurnya, pada pendapat aku, perempuan yang masuk major sculpture sangat cool! Suka lihat sorang awek cun dalam kelas sculture tu. Dah lah cun, mampu buat sculpture pulak tu!!! Sukanya kat dia!!!!
(Sila jangan salah faham terhadapku. Suka perempuan tak salah kan? Aku masih normal taw)



Mari-mari, aku cerita pasal Ceramic pula. Sejujurnya, aku tak pernah lah buat ceramic. Ceramic masih baru dalam Fine Art di sini. Walaupun aku tak pernah buat, tapi berdasarkan pemerhatian aku, Ceramic ini agak menarik! Aku pernah lihat kawan-kawan ceramic buat patung -patung kecil, comel-comel. Nampak best je!

Aku ada seorang kawan dari ceramic ni. Dulu ketika diploma dia merupakan senior aku. Apa yang aku nak beritahu ialah, dia sangat cool! Pernah satu ketika, work dia pecah sedangkan beberapa hari lagi perlu dihantar. Lepas tu dia boleh tenang je sambil kata: "pecah..." Pergh.. Cool sangat! Kalau aku, aku dah menangis bertong-tong air mata dah. Ketika itu, aku sedar.. Berisiko juga ceramic ni.
Gambaran daun-daun gugur nak menunjukkan betapa cool nya dia. Haha..

*Ehem.. andai ada kawan-kawan aku yang terbaca ni, dan kalaulah korang tahu siapa yang aku maksudkan di sini, silalah buat-buat tak tahu ye? Segan aku nanti. Haha..



Seterusnya, Printmaking. Printmaking ni, sejak Diploma lagi aku dah belajar. Namun disebabkan aku pelajar penerapan, aku cuma sempat belajar Lino Cut dan Wood Cut je. Sedangkan, ada banyak lagi teknik-teknik yang menarik dalam printmaking.

Ketika Diploma dulu, aku pernah mempersoalkan: "Kenapa kita kena belajar printmaking? Zaman sekarang dah ada printer. Buat apa nak buat printmaking lagi?" Haha.. itu ayat yang keluar dari mulut aku ketika ilmu masih kurang dulu. Apabila ke Degree dan masuk ke major yang tak ada kaitan dengan printmaking, mulalah aku merindui printmaking. Rupa-rupanya, terdapat kepuasan dalam menghasilkan printmaking. Aku lambat sedar. Nasib..

Kenangan buat printmaking sangat indah.. Bilik sepah kerana memerlukan ruang yang besar, malah terpaksa gantung-gantung hasil print di bilik sementara menunggu ia kering. Lepas tu, kerja print selalu mengingatkan aku kepada kerja suri rumah. Sebab aku guna senduk untuk gosok kertas, dan sepit baju untuk gantung kertas.

Satu kerja yang mementingkan kekemasan.


Contoh salah satu printmaking yang dihasilkan aku.



Akhir sekali, biarlah aku kenalkan Painting! Aku berada dalam major painting. Aku sedar, di sinilah tempat untuk aku. Aku dah selesa sangat di sini! Walaupun ada terdetik di hati ini untuk keluar dari Fine Art, namun aku tetap mengakui yang mungkin agak mustahil untuk jumpa tempat lain yang lebih sesuai untuk aku selain di sini.

Biar seteruk mana pun painting yang dihasilkan aku, namun aku tetap suka painting!

Kawan-kawan kelas painting


Ok, tamat. Bagi adik-adik di luar sana yang baru atau bakal menamatkan SPM, cubalah masuk Fine Art! Sumpah, memang best, Ok?!

Hehe.. ketara sangat ke yang aku iklankan Fine Art ni? Lalala.. Sekian..

Sunday, September 25, 2011

Pencuri Hati (2)


sambungan dari: Pencuri Hati



Jangan cuai..
Pencuri Hati boleh berada di mana mana saja.




Bukan kilat sebarang kilat,
Guruh berdegar dengan gegaknya,
Bukan silat sebarang silat,
Silat pendekar dengan pencaknya.


Friday, September 23, 2011

Lukis Potret

Aku suka lukis potret. Bila difikir-fikirkan semula, terima kasih sangat kepada Cikgu Latifah. Beliau yang membuatkan aku mula lukis potret semasa tingkatan tiga dahulu. Sebelum itu, aku tak pernah terfikir aku boleh melukis potret. Tapi, sudah tentu lah, aku tahu ramai yang hebat dalam potret ni. Aku masih belajar. Mana-mana yang salah, silalah tunjukkan ya? Ini antara beberapa hasil kerja ku:


Potret sendiri. Hehe.. tak mahir lagi dengan watercolor.



Guna line.


Ini pula, aku lukis kawan-kawan Fine Art ku:

Gadis kelas printmaking.



Girlfriend dari major Ceramic.



Dia dari major sculpture


Ini pula aku lukis family aku:

Aisyah, anak sepupuku



Najaa, adik bongsu ku.



Ok, tu je buat masa sekarang. Ada sesiapa pakar potret tak? Berilah tunjuk ajar sikit.. Terima kasih...




Wednesday, September 21, 2011

Untuk Pencinta Warisan Bangsa

Untuk Pencinta Warisan Bangsa...

Hati aku berbunga-bunga sebaik sahaja baca sebaris ayat tersebut yang dijumpai di halaman pertama sebuah buku. Aku membelek buku tersebut kerana sedang mencari idea. Namun, aku rasa bagai kata-kata itu ditujukan kepada aku. Ya, aku mengaku aku cinta warisan bangsa ku.

Benarkah kata lecturer ku, golongan yang cintakan warisan bangsa kita, tidak ramai? Aku menoleh kiri dan kanan. Aku lihat rakan-rakan yang sama-sama berada dalam kelas Liberal. Mengapa mereka boleh berada dalam kelas Liberal? Tentu kerana minat kan?

Aku bayangkan... Satu hari nanti, apabila kami masing-masing membawa haluan sendiri, apa yang kami akan buat? Mungkinkah ada di antara kami yang akan menulis buku mengenai budaya kita? Mungkinkah ada yang menjadi lecturer dan menyebarkan ilmu? Aku bayangkan, andai kami semua membuat sesuatu yang menyumbang kepada warisan bangsa kita, itu sudah cukup bagus!

Aku dan rakan rakan sekelas Liberal ini merupaka batch pertama yang belajar subjek minor Liberal ini. Di bawah kami, terdapat junior-junior yang merupakan batch seterusnya. Bila lihat begini, ramai rupanya yang belajar Liberal. Harap-harap mereka semua yang belajar Liberal adalah pencinta budaya.

Aku juga, andai panjang umur, InsyaAllah aku berjuang untuk menyebarkan pengetahuan mengenai budaya kita. Ini janji ku kepada bangsa ku. Harap aku mampu.. Lihat, bertuah bangsa kita kerana memiliki seseorang seperti aku! Haha.. gurau je.. Sebenarnya, aku yang bertuah kerana lahir di dalam bangsa yang kaya dengan seni warisan ni.

Maka, aku undur diri dengan harapan sesiapa yang baca ini turut bersama-sama cintakan warisan bangsa. Sekian...

Tuesday, September 20, 2011

Tak ada idea!


Wargh!!!! Tak ada idea langsung ni!!!!
Lagi dua hari, perlu bentang tema painting di depan kelas.
Tak ada idea langsung nak buat tema apa ni..





macam mana ni?




Monday, September 19, 2011

Jom Menyamar


Cik Cempaka ajak menyamar laa.. Korang pun nak menyamar? Sila baca syarat-syarat di DoodleLiciouss. Cepat!!! Sebelum 23 September ini taw!!!!




Aku nak menyamar jadi padi!

Aku menyamar jadi padi kerana aku ingin ikut resmi padi:
Makin tunduk, makin berisi...

inilah ajaran nenek moyang kita supaya makin banyak ilmu, makin merendah diri..






Friday, September 16, 2011

Sudah 21

Sudah seminggu semester ini berlalu. Semester kali ini lain sikit berbanding semester lepas-lepas. Kenapa semester ini lain? Sebab aku dah berumur 21. Raya hari tu genab umurku 21.

Kenapa kalau umur 21 jadi lain? Ok, biar aku mulakan cerita. Aku ada pelbagai azam dan tekad untuk umur ini. Apa azam aku, biarlah rahsia. Tapi mestilah azam yang ke arah menjadi manusia baik. Eh tersebut pulak. Jadi bukan rahsia lagi. Hehe..

Sebelum 21, aku memang main-main sepuas-puasnya. Belajar tak serius. Tapi, sejak masuk UITM aku jadi serius. Bukan serius saja, tapi serius giler. Maka, aku letakkan azam untuk jadi lebih serius bila umur 21 nanti. Walaupun ramai yang cakap aku ni serius, tapi bagi aku, ini belum cukup. Aku nak jadi lebih serius sehingga masa depan yang cemerlang dah semestinya dalam tangan. Huhu.. doakan aku ya semua..

Sebab itulah semester ini akan jadi lain. Aku nak ubah mana-mana sikap tak serius aku yang masih ada dalam diri ini.


Dulu, semasa aku sekolah rendah, aku rasa umur 21 tu dah cukup dewasa lah. Dalam angan-angan aku dulu, ketika umur ini, aku jadi sangatlah cantik, single, memiliki kereta warna merah, dan menjadi seorang perempuan yang sibuk dengan kerjaya. Haha.. Masa tu, manalah aku tahu umur 21 masih belajar. Oklah, kalau macam tu, angan-angan tu aku cuba capai dalam umur 29 nanti. Kereta merah, sila tunggu aku!!!!
imej dalam angan-angan dulu

Cantik, single, memiliki kereta merah, sibuk dengan kerjaya? Aku rasa apabila aku berumur 29 nanti aku baca ni, mesti aku gelak.

Saturday, September 10, 2011

'Perangkap'

Semalam pergi opening Perangkap di 'House of Matahati'. Pameran solo Anassuwandi Ahmad. Aku pergi bersama Umi dan Abah. Sebagai pelajar Fine Art, eloklah aku selalu hadiri event-event sebegini. Tiada apa nak diceritakan. Tunjuk gambar sajalah.

Bersama Anassuwandi Ahmad



Aku, Bayu Utomo, dan Abah

*Gambar terima kasih pada Abah.

Maaf, tak ada gambar artwork pula. Kalau nak lihat artwork, lihat di sini: HOM

Thursday, September 8, 2011

Kenali Impressionist


Lebih kurang setahun yang lepas, aku pernah mencari info mengenai 'Impressionst'. Bukan kerana tugasan apa-apa pun, sekadar nak tahu je. Aku cari buku di perpustakaan, aku tanya senior-senior, dan akhirnya, aku berhenti apabila aku mula sibuk dengan tugasan lain.

Beberapa hari lepas, aku baca buku ini: 'Linnea in Monet's Garden'. Buku yang menjawab semua persoalan aku selama ni. Jadi, aku nak buat sedikit ulasan untuk buku ni. Ulasan? hehe.. Konon profesional yang nak buat ulasan buku laa..

Buku ini adalah bahan bacaan kanak-kanak. Tapi, aku rasa, ia sesuai je untuk sesiapa yang baru nak mengenali Impressionist. Malah, untuk orang yang luar bidang seni juga sesuai baca ni. Ia benar-benar memperkenalkan Imprssionist dari definisi, sejarah, gaya lukisan dan pelukisnya. Sesiapa yang tak ada pengetahuan asas seni pun boleh memahaminya.

Oleh kerana ini buku kanak-kanak, ia disampaikan dengan cara menunjukkan cerita mengenai seorang kanak-kanak perempuan bernama Linnea, yang melawat tempat-tempat yang berkaitan dan melihat karya-karya agung tersebut.

Lihat tajuk pun dah tahu, artist yang dikenalkan dalam buku ini tentulah Monet. Agak menarik, terdapat juga cerita mengenai personaliti Monet, dan keluarganya.

Malah, buku ini turut memberitahu tempat-tempat di Paris yang boleh dilawati untuk mengenali artist ini. Apa nak buat? Sekarang aku teringin nak lawat rumah Monet beserta tamannya itu!!

Kalau berminat, anda semua bolehlah cuba cari buku ni. Kalau tak jumpa, cari je lah apa-apa buku pasal Impressionist. Ok, sekian.. nak berangan duduk dalam taman Monet sekejap.

Tuesday, September 6, 2011

Kisah Si Kacak-Kacak

Lebih kurang seminggu lagi, aku akan pulang ke UiTM. Jadi, buat masa ni, aku duduk di rumah sahaja. tak buat apa. Tiba-tiba rasa nak bercerita mengenai kacak-kacak milik ku.

Bagi mereka yang ada membela kucing, pasti sudah faham dengan perangai kucing jantan begini. Kucing jantan, apabila sudah jadi kacak, (dalam erti kata lain sudah dewasa) akan meninggalkan rumah, lalu pergi merantau entah ke mana. Betul kan?

Kucing jantan aku, semuanya begitu. Lepas satu, satu pergi merantau. Tapi, sudah tentulah, mereka sangat kacak! Tak percaya? Ni aku sertakan gambar mereka:

Dari kiri: Pep Chan, Kopi, dan Keiko.




Keiko dah lama tak pulang. Sejarah Keiko ni, masa kecil dulu, dia boleh tidur di atas air. Tak pernah aku jumpa kucing macam ni.



Seterusnya, Kopi. Kopi ni, walaupun sekarang kelihatan gagah, tapi masa kecik dulu, dia sangat lembik. Adik aku main main dengan dia macam main teddy bear. Kopi sikit pun tak melawan. Rela je. Tapi, sebaik sahaja Kopi menjadi gagah, dia tak pulang ke rumah lagi dah.


Pepsi atau Pep Chan, sangat lah kacak dan gagah. Sebenarnya, masa dia kecil dulu, dia dilahirkan dalam adik beradik yang comel. Jadi dia langsung tak menyerlah. Sedar-sedar, makin besar, makin kacak pula dia.

Pep Chan sudah jarang pulang ke rumah. Tapi sekali sekala, nampak juga batang hidung dia di kawasan berdekatan. Baru-baru ni, aku sempat mengambil gambar dia. Makin kacak!!!

Pep Chan (Pepsi)


Yang masih melekat di rumah ialah Bubu dan Kembang. Nakal dua ekor ni. Belum matang. Tak kacak pun.


Tapi, dah nampak semakin ke arah kacak laa.. Bila tengok gambar mereka kecil-kecil dulu, comel jer..


Kembang



Bubu.


Aku juga memiliki beberapa lagi yang 'bakal' jadi kacak. Sekarang ni dengan penuh sabar aku menanti anak-anak Abby untuk pandai berjalan.

Anak-anak Abby

Mereka ialah Icing, Maple, Butter dan Custard. (Disebabkan lahir pada bulan Ramadhan, TERpaksa lah letak nama-nama bahan biskut raya) Mengikut tilikan aku, tiga daripada mereka akan jadi kacak, satu lagi akan jadi jelita. Tak tahu lah tepat atau tidak tilikan aku ni. Kenalah sabar menanti mereka besar~

Begitu lah kisah kaca-kacak milik ku. Korang ada?


*Aku banyak bercakap pasal kucing kan? Biarlah.. Aku suka!! Haha..


Monday, September 5, 2011

Roronoa Zoro

Baru-baru ni, aku TER minat One Piece pulak. One Piece, anime yang agak popular lah jugak. Aku dah biasa dengar namanya, tapi tak pernah terfikir untuk tontonnya. Namun, awal tahun ini, entah bagaimana aku boleh terjebak dalam dunia One Piece. Serius, best sangat!!!

Karakter yang menambat hati aku dalam cerita ini ialah Roronoa Zoro. Dia sangat cool, berani, yakin dengan diri sendiri, agak ego, dan misteri. Kenapa aku boleh bagi gelaran 'misteri' kepada dia? Suka hati aku la.. Sebab aku suka dia!!! Suka!

Tak perlu cerita la pasal cerita One Piece. Sebab aku yakin ramai yang tahu. Kalau tak tahu, boleh lah cuba tengok. Takkan menyesal lah..


Roronoa Zoro






Oh ya, untuk pengetahuan korang, ada watak baru akan muncul dalam cerita One Piece taw. Watak tu akan jadi teman wanita kepada Roronoa Zoro. Watak tersebut ialah.....



Gadis Misteri!


Haha.. percaya tak? percaya tak?
Apa? Tak percaya?
Biarlah.. aku tak rugi pun kalau korang tak percaya.
Hehe.. sekian saja untuk kali ini..

Saturday, September 3, 2011

Hari yang riuh -Bahagian 2


Sambung kisah di kampung bersama kanak-kanak ni semua.. Ini adalah sambungan kisah: Hari yang riuh.

Ada sorang anak sepupu aku ni, namanya Amal. Dia budak yang bijak. Dia tahu macam-macam. Usianya 10 tahun. Dia peramah, mudah didekati... Dia juga jenis yang cepat belajar. Adik aku ajar dia pelbagai tarian, dan dengan mudah dia dapat ikut. Dari tarian poco-poco, tarian zapin, hinggalah ke tarian k-pop, semua dia ikut je.

Tapi, kemudian aku tahu yang budak pandai sebenarnya merbahaya. Kerana terlalu pandai, entah bagaimana dia dapat tahu kelemahan adikku, Tonah, iaitu mudah geli jika disentuh di bahagian tertentu. Selepas itu, pandai pula dia teka yang aku juga memiliki kelemahan yang sama. Selepas itu, aku jadi mangsanya. Dia berusaha untuk sentuh tempat yang menjadi kelemahan aku tu. Tempat apa tu, rahsia laa.. Habis la kalau semua orang tahu kelemahan aku. Adoi.. Hehe.. Menjerit aku melarikan diri dari Amal.




Itu kisah Amal. Ini pula kisah adik kepada Amal, iaitu Amna. Namanya Amna, sama nama dengan aku. Maka, dalam keluarga kami, terdapat dua Amna. Aku digelar Amna Besar, dan dia ialah Amna Junior.

Disebabkan nama kami sama, Amna Junior pun tanya lah: "Apa nama penuh Kak Amna?" "Amna Syakira," jawabku. Dia pun balas "Syakira? Shakira Waka.. Waka.."

Pandai betul budak ni.. Baru lapan tahun dah tahu Shakira Waka Waka? Korang tahu? Alaa.. penyanyi Shakira tu laa...





Dalam ramai-ramai mereka, terdapat satu geng. Mereka boleh jadi satu geng kerana ketiga-tiga mereka sama usia. 10 tahun. Mereka ialah Amal, Aimi, dan Najaa. Amal dan Aimi adalah sepupu. Manakala Najaa ialah adikku. Ini menjadikan Najaa dikatogerikan sebagai 'Mak Cik' mereka. Tapi, mereka bukan faham pun pasal pangkat 'Mak Cik' tu.. Biarlah.. Asalkan mereka tahu yang mereka sekeluarga, cukuplah..

Susah nak ambil gambar mereka bertiga. Asyik nak buat posing hodoh je. Huh~ Sabar je lah.. Haha..




Aku tak tahu kenapa, kanak-kanak semua ni asyik keliru antara aku dan adikku Tonah. Nasib laa.. Pandai-pandai lah korang teka mana satu aku, mana satu Tonah.





Sudah tentu, mereka semua sangat riuh. Tak tahu apa cara nak bagi mereka senyap sikit.
Kemudian, kami dapat tahu ada seseorang yang boleh buat mereka semua senyap. Siapa tu? Kami pun tak dapat buat mereka senyap.

Kami terdiri daripada:
Kakakku (Ilham), Aku, Diba, Tonah



Nampaknya, keempat-empat kami kalah kepada dia:










Kak Limah

Ooo.. pasang je cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, senyaplah mereka. Haha.. Hebatlah Kak Limah. Boleh buat mereka senyap.


Akhirnya, tibalah saat perpisahan. Kami adik beradik harus pulang. Jadi anak-anak sepupu semua bersalaman dengan kami. Tiba-tiba, salah seorang dari mereka peluk aku. Wah~ Terharu!!! Teka siapa yang peluk aku?



Alman!

Alman yang peluk aku. Siapa sangka? Haha.. Tapi, aku pun kurang pasti. Betul ke Alman yang peluk aku? Atau sebenarnya Aimi (Kakak Alman). Aku pun dah ingat-ingat lupa kerana semuanya berlaku sekelip mata.


~TAMAT~



*Atas permintaan, aku siarkan wajah sebenar kesemua kanak-kanak yang terlibat dalam cerita ini.

-Najaa merupakan adik aku.
-Ilyas ialah anak Mak Cik aku.
-Yang lain (nama bermula huruf 'A') semuanya anak-anak sepupuku.

Thursday, September 1, 2011

Hari yang riuh



Cerita kali ni agak panjang. Jadi, aku tak kisah ada orang nak baca ke tak. Saja cerita untuk kenang balik di hari tua nanti. Ceh.. ayat nak drama. Hehe, tapi, kalau ada yang nak baca pun, tak kisah...

Rumah Tok akan bising setiap kali raya. Sebab ramai kanak-kanak. Kami, cucu-cucu Tok dah besar. Yang kanak-kanak ialah generasi cicit Tok.

Dalam ramai-ramai kanak-kanak yang ada di rumah Tok aku pada hari raya kedua ni, aku paling suka Ilyas! Bukan semata-mata kerana rupa kacaknya ye.. Ini adalah kerana ketika budak-budak lain sibuk bermain, Ilyas menemaniku menjamu kuih raya. Aku rasa terharu sekali. Rasa macam dia beri perhatian pada ku. Tapi, seketika kemudia, barulah aku sedar. Ilyas sebenarnya suka makan! Sampai ke petang, aku asyik nampak dia makan je...



Ini pula kisah Alman. Anak sepupu ku. Pada satu hari di hari raya, aku tonton cerita Merlin. Korang tahu kan cerita Merlin?


Tiba-tiba Alman datang kacau. Aku angguk je pada soalan dia, sebab malas nak jawab... walaupun, soalannya, tak sepatutnya aku angguk...
Maka, Alman berlalu dengan salah faham terhadapku...



Nak cerita pasal Aisyah pula. Aisyah ni, budak yang paling comel atas muka bumi ni. Tak ada siapa lebih comel dari dia. Hehe.. Suara dia nyaring sangat. Kalau dia bercakap atau ketawa, memang lebih menonjol dari budak-budak yang lain.


Ada satu ketika, ada seseorang tu sedang minum sambil berdiri. Dengan suara nyaring nya, dia berkata: "Eii.. minum dengan setan!" Semua yang ada di tempat kejadian ketawa.




Sambung semula kisah Alman. Pada malamnya, aku tonton Merlin lagi.

Kemudian Alman muncul. "Kak Amna suka dia ni ye?" Kebetulan Alman tunjuk pada watak Arthur. Watak yang paling aku suka dalam cerita Merlin. Jadi, aku pun angguk laa..
Dengan gembiranya Alman berlalu pergi sambil kata Arthur tu suami aku.

Banyak lagi yang aku nak cerita. Ada ramai lagi budak yang belum disebut.
Nanti ada masa aku sambung.