Wednesday, August 31, 2011

Dulu dan sekarang

Ini gambar raya tahun ni...




Ini pula terjumpa gambar dulu-dulu. Tak tahu lah tahun bila.

*Cuba teka yang mana Cik Gadis Misteri?


Kisah raya aku

Raya? Aku tidaklah gembira untuk beraya seperti ketika aku kanak-kanak dahulu. Tapi, Ramadhan yang baru saja berlalu kali ini, cukup meninggalkan kesan buatku. Inilah pertama kali seumur hidup aku terasa bermakna sekali Ramadhan. Kenapa? Itu rahsia laa..

Raya, seperti tahun-tahun sebelum ini, apa yang indah adalah saat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga. Keluarga ku besar, ramai.. Dalam suasana ramai-ramai begini, aku hanya pemerhati. Perhati gelagat sepupu-sepupuku, lihat anak-anak sepupu yang semakin besar, semuanya cantik-cantik. Apabila melihat generasi anak-anak sepupu semakin membesar membuatkan aku tersedar.. Aku dah tua.

Makan itu penting! Semua jenis kuih aku nak rasa. Duit raya? Bila dah tua begini, tak rasa dah yang duit raya itu penting. Tapi, Alhamdulillah, dapat juga.. Tertanya-tanya, bilakah umur seseorang itu sepatutnya berhenti dapat duit raya? Hehe..

Raya dah habis. Raya satu hari saja. Tak perlu nak raya 30 hari. Dah tiba masanya fikir semester yang akan datang tak lama lagi ni. Selamat Hari Raya semua~


Bersama Ilyas yang kacak!
Dia suka bergambar.
Macam tahu-tahu saja yang dirinya kacak.







Bersama adik beradik ku yang cun-cun!




Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya

Khas untuk semua yang membaca blog ini...



Dapat Award dari Azah Skaliskala


Kalau lah ini hanya mimpi, aku tak nak bangun dari tidur!
Ceh.. Ayat lebih-lebih pulak..
Hehe.. Sebenarnya, aku dapat Award!
Pertama kali dapat! Gembiranya...


Jutaan terima kasih kepada Azah Skaliskala,
pemilik blog Art.Music.Cat..
Terharu sekali. Pemilik blog yang aku kagumi berikan aku Award.



Sekarang, aku harus beri Award yang sama kepada yang lain-lain. Baiklah, aku beri pada mereka ini:



*mereka semua ni, blogger-blogger yang jauh lebih hebat dari aku. Tapi harap, diorang sudi terima Award ni...

Saturday, August 27, 2011

Sepanjang part4 degree, UiTM Shah Alam


Ini adalah ringkasan kehidupan aku semester ini.



Sebelum semester bermula,
aku menemani keluarga ku menghantar seorang adikku ke PLKN.




Berjumpa Hamir Soib.
Walaupun sebenarnya jumpa beliau sebab teman kawan je.




Berjumpa Fiq, kekasih gelap ku.
Eh silap, ni tak ada kaitan dengan pelajaran.




Kartunis Gayour mengkritik komik aku.
Hehe.. Suka tapi segan...
Terima Kasih kepada Prof Muliyadi kerana menjemput Gayour ke UiTM.




Bekerja dalam kumpulan 'Itik Pulang Petang'.
Berjaya menghasilkan satu dokumentari.



Terlibat dalam pementasan teater 'Konvensyen Gila'.
Tiga kali teater ini dipentaskan sepanjang semester ini.




Dinner perpisahan Prof Awang.
Prof kesayangan aku. Huhu..
Dalam gambar ni, bersama rakan-rakan Fine Art.




Melawat Tunas Ilham 7 (Diploma Show) di UiTM Lendu.
Pernah belajar di sini satu ketika dahulu.



Akhir sekali, praktikal di Muzium Sultan Alam Shah.
Walaupun hanya dua bulan di sini,
aku dapat kawan-kawan yang tak mungkin aku dapat lupakan.
Ini gambar semasa BBQ perpisahan aku dan kawan-kawan praktikal ku.




*Sedang menanti semester seterusnya. Tapi belum bersedia...

Saturday, August 20, 2011

Adik-adik Bubu dan Kembang.

Kucing ku Abby, baru melahirkan empat ekor si comel ni.. Comel kan~ Tapi tiada nama lagi.




Kelahiran mereka berempat menjadikan Bubu dan Kembang kini berstatus abang. Bubu dan Kembang merupakan anak sulung Abby.

Bubu


Kembang


Friday, August 19, 2011

Blog-blog yang memiliki doodle COMEL

Siapa yang tak suka pada benda-benda comel?

Dia amat suka pada benda-benda comel. Oleh itu, dia, Cik Misteri, akan menjadi pengacara anda untuk kali ini. Mari kita mengikuti dia membongkar blog-blog berdoodle comel. Mari~




***

Ini Art.Music.Cat ... Antara blog yang dah lama aku follow. Aku jatuh cinta pada setiap garisan dalam blog tu. Sumpah cantik. Apa lagi, mari la lawat sini.




Seterusnya, DoodleLicious. Karakter dia comel sangat!!! Serius, comel taw!




Ini pula Belog Cik Zety. Mari semua, kita melawat dia~




Ini pun comel jugak! tangan punya kerja.




Clueless Mumble. Geram tengok blog ni. Serius comel. Dah lah header dia kucing. Dah tengok?




Itulah dia lima blog yang memiliki doodle comel. Mestilah ada banyak lagi kan? Tapi aku tak tahu.. Korang tahu? Ada nak cadangkan mana-mana blog tak?



***
Selepas dia bercakap tentang blog-blog comel tu, dia terpandang cermin...




Selepas itu, kelihatan dia jauh di sudut sana, menyembunyikan muka dalam kotak. Sekali sekala, kedengaran rungutannya: "Aku buruk.. tak macam mereka.."
Tapi, korang tak perlu susah-susah nak pujuk dia. Dia saja je nak tarik perhatian tu.
Semoga bertemu lagi!! Sesiapa yang tahu blog-blog lain yang comel-comel, bagitahu aku segera. Kita kena saling berkongsi pengetahuan. Betul tak? Betul tak? Siapa sudi beritahu, dia memang comel! Ok, jumpa lagi ya?


*pemilik-pemilik blog di atas... tak kisah kan aku letak blog korang? Kalau kisah, bagitahu ye..

Thursday, August 18, 2011

Bonda yang Hebat


Dia buat biskut. Maklumlah... nak raya.



Malangnya, biskut tak jadi seperti yang dirancang.




Ketika itulah, Bondanya muncul.
Kata Bonda: "Chef Wan pun pernah buat kek tak jadi. Bila kek beliau jadi kendur di tengah, beliau tutup dengan buah-buahan. Bila kek beliau retak permukaan atas, beliau tutup dengan gula icing."




"Lihat! Ini boleh dijadikan begini!"
Bondanya membaiki biskut tersebut sehingga jadi cantik!


Untung.. Dia memiliki Bonda yang hebat.
Korang ada?
Hehe..

*Salam Ramadhan. Selamat membuat biskut raya...

Wednesday, August 17, 2011

Di Sebalik Nama Gadis Misteri...

Gadis itu biasa-biasa saja.. Apabila gadis itu mengaku dirinya misteri, orang ramai akan kata: "Tak misteri pun.." Benar, di mata mereka, gadis itu gadis biasa saja, tiada yang misteri..


(Gambar nak poyo je. Latar bunga lagi!)






Namun, tiada siapa tahu..
Rupa gadis itu yang sebenarnya.. adalah...
begini:

Haa.. itulah yang misterinya. Misteri kan? Misteri kan?
Haha.. Jumpa lagi~


Tuesday, August 16, 2011

Kejar Impian Itu


Dalam blog aku, post yang entah berapa lama punya dulu, aku ada menyebut tentang batasan, pagar, halangan, dan yang seumpamanya. Ini sebab selama ini aku sangka terdapat halangan yang menghalang aku untuk maju ke depan.

Kemudian, aku sedar sesuatu. Halangan itu tiada. Masalahnya, aku tak tahu apa yang aku kejar. Ibarat berada di tengah padang yang luas, tak tahu mana utara, Selatan, Timur atau Barat, begitulah situasi aku sebenarnya. Sesat. Tiada hala tuju. Malah, sejak setahun kebelakangan ini, aku sentiasa berharap agar masa berjalan perlahan. Agar aku kekal di UiTM Shah Alam. Sebab aku tak tahu apa patut aku buat sebaik sahaja keluar dari UiTM Shah Alam nanti.

Kini, buat pertama kalinya aku merasai mengejar sesuatu semenjak berada di UiTM Shah Alam. Aku kembali memasang impian sejak kecil ku. Biarpun impian itu sesuatu yang agak sukar untuk capai, Tapi aku tak peduli. Lagi pun, biarlah aku lalui hidup dengan cuba mengejar sesuatu walaupun kemungkinan pengakhirannya, aku tidak peroleh apa-apa. Daripada lalui hidup tanpa impian, tiada hala tuju, bukankah pasang impian itu lebih baik? Walaupun andai akhirnya aku tak dapat apa-apa, tapi sekurang-kurangnya aku tak akan menyesal kerana aku berusaha untuk mencapainya.

Ada seseorang berkata pada ku, pasang impian mula dengan rendah dulu. Silap aku, sejak kecil pasang impian setinggi langit sedangkan bakat dan kemampuan setakat hujung jari kelingking je. Tapi, impian yang rendah-rendah, bukanlah impian namanya kan? Impian memanglah sesuatu yang indah, fantasi, segalanyalah. Dapat capai atau tidak, itu cerita esok hari. Hari ni, aku akan kejar sesuatu yang aku dah nampak tu. Dapat kejar atau tidak, ini memanglah satu pertaruhan. Kemungkinan untuk dapatkannya mungkin hanya 3%. Tapi, andai tak kejar, peluangku akan jadi 0%. Kita lihat apa akan jadi.

Saturday, August 13, 2011

Give Away/ Saya suka doodle by Belog Cik Zety



Yea.. nak join. Nak doodle free la katakan..
Siapa nak join sekali, klik sini.




Saya suka doodle belog Cik Zety kerana...




*maaf Cik Zety, saya lukis Cik Zety ikut style saya. Tak cantik.. Huhu..

Kek Coklat + Pizza = ?






Friday, August 12, 2011

Tema Tahun Ini

Raya bukanlah untuk ber tema-tema nak baju warna ini, nak baju warna itu.. Tapi, bagi aku, baju sama warna dengan famili, adalah simbol harmoni. Cuba lihat gambar bawah ni, kan nampak harmoni tu? (Alasan nak adakan tema)




Itu gambar raya tahun lepas.. Bagaimana dengan tahun ni? Bagaimana dengan tahun ni?
Nak warna apa pula ya?
Bagaimana dengan warna kuning? Warna kegemaranku!!






Atau.. warna biru langit?
Indah sikit..






Merah jambu pun cantik.
Walaupun aku tak suka merah jambu,
bukankah keperempuananku akan lebih terserlah?






Oh ya.. Merah pun bagus!
Barulah aku sedondon dengan kekasih lamaku, Inuyasha!






Haha.. nak warna apa ya?

Berangan!!!
Selamat berpuasa semua~



Tuesday, August 9, 2011

Gambar anda dalam Facebook. Selamat tak?

mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti? lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita.. cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu.. moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~ renung-renungkan da selamat beramal :)

P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat. just copy and paste je

Terbaca ni di Facebook. Nak berkongsi di sini untuk peringatan kepada semua, dan diri sendiri...

Sunday, August 7, 2011

Komik pertama ku di blog


Komik pertama ku di blog, klik sini..

Komik pertama ku di blog, telah aku siarkan dua hari yang lepas. Syukur Alhamdulillah, ramai yang baca. (Sebab aku yang suruh diorang baca). Sebelum ni, aku risau kalau-kalau ia tak dipeduli sesiapa. Hehe..

Terima kasih yang sudi baca, terima kasih juga yang sudi komen. Terima kasih kawan-kawan Facebook yang komen dan beri pendapat. Bertuah ada kawan-kawan di group 'Aku Budak Liberal' di facebook. 'Aku Budak Liberal' adalah rakan-rakan sekelas subjek minor ku. Kami belajar cartoons and caricature studies. Pendapat dan idea dari mereka hebat-hebat. Lagi bertuah bila dapat komen dari Gayour.

Yang aku tak habis-habis terima kasih ni, macam laa karya aku tu bagus sangat~ Tak adalah.. Ucapan terima kasih dari seorang budak baru belajar je.. Sebenarnya, dah lama aku nak post komik aku di blog, tapi tiada keberanian. Nasib baik adik aku selalu sebut: "buat je" Banyak lagilah yang dia kata sehingga aku bersemangat.

Seorang rakan baikku sejak sekolah rendah, Tira, berkata sesuatu kepadaku: "Saya lagi suka komik awak yang masa sekolah rendah dulu..." Huhu.. Terharunya dengar!!! Tapi, barulah aku tersedar sesuatu. Komik aku yang semasa sekolah rendah dulu, sangat jujur, suci dan fantasi. Aku buat ikut suka hati aku tanpa mengira apa-apa faktor. Bukan seperti sekarang. Sekarang aku fikir: "Ada ke orang nak baca ni?" "Ok ke lukisan macam ni?" "Cerita ni best tak?" Beza dengan dulu. Dulu aku buat je laa.. Asalkan aku gembira. Usia menjadikan aku begini kan?

Latar dalam komik aku tu, aku ambil latar sekolah kesayangan ku.. SMK Puncak Alam. Tempat segala kenangan pahit manis alam remaja. Haha..



Watak utama dalam cerita tu, aku cuba hasilkan berdasarkan wajah seorang rakan aku ni.
Tapi, sudah tentulah dia tak tahu. Harap-harap kalau dia tahu pun, dia tak marah. Kalau marah, cakap taw, aku boleh buang gambar ni. Hehe.. Tak marah kan? kan? Aku ikut muka dia je. Watak tu watak rekaan sendiri. Perwatakan lain, kehidupan lain. Tak ada kaitan dengan tuan asal pun.

Oklah, tu saja. Aku suka buat komik. Aku harap, korang pun suka baca. Aku akan buat lagi. InsyaAllah.. Kalau ada sebarang cadangan, pendapat, bagitahu je. Aku alu-alukan sangat. Terima Kasih..