Friday, April 29, 2011

Pending

Pending adalah emas yang berukiran cantik dan halus, dihiasi permata, dan dipakai di pinggang. Pending adalah lambang status dan kuasa. Kebiasaannya, pending dipakai oleh lelaki. Perempuan pertama yang memakai pending ialah Cik Siti Wan Kembang.

Painting ini menunjukkan betapa gah nya seorang perempuan memakai pending. Berdiri dengan megah di atas bumi yang dipijak, di bawah langit yang dijunjung...

Monday, April 25, 2011

Aku yang sibuk~

Baru-baru ni memang sibuk. Ada dua work yang perlu dihantar pada tarikh yang sama. Beberapa hari ni, jadual aku memang tak betul laa.. Kononnya tak nak tidur. Lepas tu buat kerja atas katil. Sebab bilik aku kat kolej ni kecil je.. Ruang atas katil lagi luas. Maka, aku melukis lah atas katil diraja aku. (Namanya katil diraja sebab serba kuning)

Buku rujukan, laptop, kertas lukisan dan bahan-bahan melukis semua atas katil. Niat tak nak tidur. Tapi entah sumpahan apa, aku mesti tertidur jugak. (Dengan barangan melukis disebelah. Fine art sangat kan~) Tiba-tiba rasa suasana begini indah pulak. Jadi aku cuba lakarkannya. Ni lakaran.. eh tak.. Ni conteng-conteng yang menggambarkan suasana aku sekarang:
Dapat faham tak gambar ni? Huhu..

Sunday, April 24, 2011

Buku-buku seorang pelajar Fine Art

Aku sangka, pelajar Fine Art banyak peralatan melukis. Hari ni aku sedar, sebenarnya yang banyak adalah buku. Meja aku penuh dengan buku je.. Walaupun bukan semua buku milik aku..


Gambar atas ni, buku-buku yang aku pinjam dari library. Ada gak yang buku fotostat. (Opss.. Hehe..) Ada jugak buku-buku yang aku ambil dari rumah. (Buku mak aku). Belum habis baca lagi. Sekarang ni sedang baca 'Whats wrong with contemporary art?'.


Ini pula antara buku yang aku beli sendiri. Kebanyakannya, beli dalam semester ni. Belum habis baca jugak~ 'Modern Malaysian Art', adalah satu bahan bacaan yang bagus..

*Ada sesiapa boleh cadangkan buku Fine Art yang menarik tak?? Nak cari..

Friday, April 22, 2011

Hijau Kekuningan

Penemu duga : Hijau campur kuning, jadi apa?
Aku : Hijau kekuningan!

Kesemua penemu duga yang berada di situ melepaskan ketawa yang paling kuat apabila aku memberi jawapan. Aku kehairanan. Di mana salah aku? Mengapa diketawakan mereka?

Apabila aku menceritakan peristiwa itu kepada ayah ku, dia kata, mereka saja nak kenakan aku. Kebiasaannya soalan berbunyi seperti 'biru campur kuning', tetapi mereka guna 'hijau campur kuning' untuk mengelirukan pelajar. Mereka ketawa kerana diri mereka yang terkena apabila aku boleh menjawab soalan tersebut.

Itulah titik permulaan aku dalam dunia seni halus. Bermula dari situ, aku menjadi pelajar seni halus.



***
Lecturer : What is art?
Aku : Art is a language in a visual form.
Lecturer :Language?? eh, hebat-hebat lah student saya ni...
Aku : (dalam hati) Itu ayat dari buku laa.. Bukan ke last week puan jugak yang suruh kitorang cari 'what is art' dari buku...

Disebabkan itu adalah kali pertama aku mencari 'what is art', maka untuk satu tempoh yang lama, aku berpegang kepada jawapan itu bagi soalan 'What is art'. Sedangkan, hakikatnya tiada jawapan yang khusus untuk soalan itu.



***

Lecturer : Jadi artis ni, banyak buat dosa. Kita melukis tu, guna bakat yang tuhan bagi. Tapi kita menjual karya kita, kita dapat pujian untuk karya kita...
Aku : Itu, anugerah.
Lecturer : (Terdiam) Bagus awak ni.. nampak je pendiam..

Apabila keputusan test keluar, keputusan aku antara yang teruk dalam kelas tu.

Lecturer : Awak ni, nampak macam pandai...
Aku :(senyum kekecewaan)

***

Lecturer : Cuba bagi definisi yang tepat untuk sculpture
Aku : Sculpture is an art in 3D form.
Lecturer :Jawapan awak paling tepat. Tapi, ubah ayat tu sikit. 'Sculpture is an object of art in 3D form'.


***

Aku melihat seorang senior sedang membuat drawing. Tapi, di atas drawing nya, disapu akrilik. Kalau begitu, itu dah dikira 'painting' lah kan? Aku pun, terus bertanya:

Aku : Apa perbezaan antara drawing dan Painting?
Senior : Drawing biasanya guna kaler kurang sikit dari painting.
Aku : (yeke?)
***


Lecturer : Saya nak awak buat painting tanpa kanvas, tanpa acrilik oil paint, tanpa berus!
Student-student : (Eh.. itu bukan painting dah namanya!)


***
Itu adalah antara cebisan-cebisan kenangan aku daripada ketika temu duga sebelum masuk UiTM dan sepanjang aku menjalani Diploma dulu, dan ketika aku masih baru dalam degree. Yang pastinya, kita orang seni halus, begitu ambil kisah mengenai 'definisi'. Kenapa ya?

Kenapa kita nak tahu sangat apa itu art? apa itu sculpture? drawing? painting? Mereka yang bijak pandai kebiasaannya menjawab "kalau kita tak tahu apa itu painting, macam mana nak hasilkan painting!" Betul juga tu..

Soalan 'what is art' yang telah aku jawab beberapa tahun yang lepas, juga aku persoalkan lagi. Benarkah 'art' merangkumi visual saja? Mestilah bukan...

Ketika aku melihat gerak tari si jejaka zapin, aku terasa ada nilai seni dalam setiap langkahnya. Mendengar geseran daun-daun ditiup angin, kadang kala geseran daun itu bagai mendendangkan sebuah lagu untuk mendodoi kita. Ada kalanya, geseran daun itu begitu bersemangat, membakar semangat ku. Di situ juga ada nilai seni. Bunyi gamelan yang lembut tetapi pantas, juga seni namanya. Ketika aku menghirup teh panas di bawah kipas setelah penat pulang dari kelas, setiap hirupan teh terasa seninya. Sesungguhnya, seni bukan pada visual sahaja kan?

Pernah tak kau rasa diri kau telah menghasilkan sebuah seni, tapi masyarakat menafikan bahawa benda itu seni. Ketika melihat sebuah karya yang memenangi anugerah, kau tak rasa karya itu berseni, tetapi masyarakat mengatakan itulah seni.

Pernah satu ketika, aku bertengkar dengan seorang sahabatku. Dia kata bajunya berwarna hijau. Tapi dimata aku, baju itu berwarna kuning. Maka, berperang lah kami seketika. "Hijau!" "Tak!! Kuning lah!!"

Bagai warna hijau kekuningan, tak dapat dipastikan ianya hijau atau kuning.. Begitu juga lah dengan definisi Art, drawing, painting, sculpture, dan lain-lain lagi. Tiada jawapan yang tepat untuk menjawabnya. Bukan ke begitu?



Lagu kanak-kanak

Jong jong inai
Mak ipong rajawali
(3x)
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki
Semangkuk telur,
Sepinggan dadar,
Tak cukup pulut,
Tambah nasi dagang.




Jongkang jongket,
Duku dakak,
Patoh idung,
Tak dok ubak.




Anak itik Tok Wi,
Mandi dalam kolam,
Sakit apa Tok Wi,
Sakit Sendi Tulang,
Ubat apa Tok Wi,
Ubat limau belang.




Jan-jan jala,
Jala itik jala ayam,
Berapa lubang kecil seratus lima puluh,
Panggil nenek moyang makan sireh mulut merah.




Buai laju-laju
Sampai balik sana
Apa dalam baju
Sekuntum bunga sena.




Rasa sayang hei rasa sayang-sayang hei,
Hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei.




Air pasang malam,
Surut pukul lima,
Nona bangun pagi,
Siram pokok bunga,
Pokok bunga melur,
Tanam tepi kolam,
Itik bertelur,
Ayam menetas,
Cik Baba jatuh dalam parit,
Cik Aminah ketawa jerit-jerit,
Naik kereta api,
Sampai Kuala Lumpur,
Nampak bini cantik,
Terselit bawah dapur.



Ram-ram pisang,
Pisang masak layu,
Jatuh dalam lubang,
Sambar bapak yu,
Umbuk-unbuk nyior,
Belalang kedet-kedet,
Sapo bukak mulut,
Dia kena cubit.



Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula
Dayang tepi kolam
Mahu jemur padi
Datang burung hitam
Patuk batang hidung.




Aku dibesarkan dengan lagu-lagu ini. Kalau tak salah, semua ni lagu rakyat kan? Ketika aku masih kanak-kanak, bukannya aku tahu makna-makna lagu ni. Pakai nyanyi je. Sekarang, baru lah aku sibuk terfikir, apa makna-makna lagu ni. Ada sesiapa tahu? Mungkin ada di antara lagu-lagu ni, salah. Aku pun kurang tahu sebab bukan ada buku pun. Semuanya di ajar oleh Umi aku, atau nenek aku. Di sebabkan nenek aku orang Kelantan, ada beberapa perkataan dalam lagu ni berbunyi Kelantan. Aku pun tak pasti aku ejanya dengan betul atau tidak. Semuanya yang ada dalam ingatan aku. Mungkin ada mana-mana bahagian yang aku lupa. Aku tertanya-tanya.. adakah kanak-kanak zaman sekarang masih dibesarkan dengan lagu-lagu ini?


Thursday, April 21, 2011

Kisah Misteri Kolej X

Tak lama lagi, jam akan menunjukkan pukul 12.00 malam. Aku harus print assignment yang perlu dihantar esok. Kedai dah tutup waktu-waktu begini. "Cubalah kau cari mana-mana bilik kat kolej kita ni yang ada menyediakan perkidmatan print." roommate aku memberi cadangan.

Dengan membawa pendrive dan dompet sahaja, aku keluar dari bilik. Aku merayau di seluruh kolej ku, mencari bilik-bilik yang menawarkan perkhidmatan print. Aku terpandang pada sehelai kertas kecil yang tertampal pada dinding. Menurut kertas tersebut, bilik XXXX (Bukan nombor sebenar) ada menawarkan perkhidmatan print. Maka, aku pun menuju ke blok sebelah, tempat terletaknya bilik tersebut. Kemudian, aku naik lif untuk ke tingkat X.

Setibanya aku di level yang sepatutnya terdapat bilik itu, aku terhenti seketika. Level itu tiada lampu. Level lain ada je lampu. Kenapa dengan level ni? Gelap. Sunyi. Nak terus melangkah ke? Eh mestilah!!! Benda ni perlu print jugak!!! Jadi, aku pun terus melangkah dalam lorong yang gelap itu.

Aku berjalan depan bilik-bilik lain. XXXR, XXXS, XXXT, XXXU... Eh, apa benda yang halang laluan aku ni? Ada benda besar, tetapi rendah, di depan aku. Oh.. payung rupanya. Siang tadi hujan. Payung itu dalam keadaan terbuka, di tengah laluan. Aku sambung semula mencari bilik tersebut. XXXV, XXXW.... Eh?? XXXW di hujung sekali? Habis tu? Di mana bilik nombor XXXX yang sepatutnya selepas nombor XXXW?

Sangat misteri! Wujud ke bilik XXXX? Habis tu, iklan apa yang aku baca tadi? Mulalah fikiran aku fikir bukan-bukan. Dah lah level ni gelap. Tak ada orang. Betulke level ni wujud? Aku patah balik. Mungkin ada bilik yang aku terlepas pandang tadi. Tapi, bilik-bilik di sini tersusun mengikut nombor. XXXX sepatutnya selepas XXXW. Kalau XXXW di hujung sekali, di manakah XXXX???

Disebabkan tak tahu nak buat apa lagi, aku cuba juga berjalan sehingga ke hujung lorong. Rupa-rupanya, di sebelah bilik XXXW, terdapat laluan yang membelok ke kiri. Disebabkan level itu gelap, aku tak nampak laluan itu tadi. Aku nampak dinding penghujung jalan je. Laluan yang membelok ke kiri itu terdapat tandas, dan selepas tandas, itulah dia~ Bilik XXXX yang di cari! Misteri tamat!! Misteri tak? Misteri tak? Tak ada apa yang misteri pun. Haha...


Monday, April 18, 2011

Kali ke-3: Konvensyen Gila

18 April 2011
Auditorium Utama FSSR

Ini merupakan kali ke-3 teater konvensyen Gila dipentaskan. Kali ni, ada penjualan tiket. Kaunter tiket dibuka depan auditorium. Sebelum teater ni di mulakan, aku risau sangat. Aku takut penonton kurang. Kalau penonton kurang, reaksi yang kami terima pun kurang nanti. Takut teater tak berjaya. Tapi Alhamdulillah... teater kali ni berjaya. Banyak buat penambahan secara spontan pulak tu... Aku tahan gelak je...

Ini mereka-mereka yang menjaga kaunter tiket.



Kali ni, family aku datang tengok lah!! Pertama kali berteater depan family. Haha..


Kawan baik aku, Fathin pun datang tengok. Dah lama dia kata nak tengok aku berteater..


Selesai teater, aku keluar makan bersama family aku.
Ini adik aku dan Umi.


Najaa


Ok, nampak tak sesuatu yang tak kena pada gambar ni??
Dua orang adik cun di depan,
tapi kakak kat belakang muka menakutkan!!
Haha..


Ok, tu je kisahnya.. babai...


Sunday, April 17, 2011

Syukur.. jumpa dia semula..

Aku kenal dia ketika aku darjah 4.. Kami mula menjadi sahabat karib semasa kami darjah 5. Orangnya kecil saja, seperti aku. Tarikh lahir dia, hampir dengan aku.

Aku ajar dia bermain catur. Dia ajar aku makan pedas. Kami memang kawan baik, sentiasa ketawa bersama-sama dalam kelas. Kami juga selalu bergaduh. Kalau kami bergaduh, satu kelas tahu. Tapi tak susah untuk kami berbaik semula.Gula-gula kegemaran kami bersama ialah, gula-gula heks pembalut merah tu.

Pada hujung tahun darjah 5, dia pindah. Dia janji nak telefon aku sebaik saja sampai di Kelantan nanti. Tapi sehingga aku darjah 6, aku tak dapat panggilan dari dia. Aku tunggu taw.

Tahun demi tahun berlalu... aku dan dia terputus hubungan macam tu je. Tiada khabar. Aku mana pernah lupa dia. Setiap kali aku makan makanan pedas, aku teringat dia. Aku cuba cari dia. Aku guna Myspace, aku guna facebook, namun tak jumpa langsung.

Pada suatu hari.. tiba tiba je tanpa aku jangka... dia terjumpa aku di facebook. Sumpah, rindu sangat~ Ingat juga dia untuk mencari aku. Syukur, tuhan temukan kami kembali.. walaupun dalam facebook je..

Nik Nurul Shahida...
Ini gambar dia sekarang.
Curi dari facebook dia.
Aku suka gambar ni sebab dia masih kelihatan seperti dulu~

Thursday, April 14, 2011

Batasan

Karya-karya aku sejak akhir-akhir ini membawa tema 'batasan'. Biarpun aku mengaku bahawa karya-karya aku ini sangat lemah, tapi sebab aku ingin berubah, aku beranikan diri tunjuk karya-karya aku yang tak berjaya tu di sini.

Batasan sentiasa ada. Ia juga dikenali sebagai halangan, sempadan, atau apa saja yang menyekat. Batasan menyekat kita untuk ke depan. Adakalanya, kita sudah hampir dengan destinasi kita, tapi terdapat sesuatu di depan yang membataskan perjalanan kita. Namun, dalam sesetengah situasi, batasan itu perlu.

Setelah seketika menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar Fine Art, aku tertarik dengan kisah 'batasan'. Kadang kala ada halangan di depan aku, tapi aku tak nampak! Ada ketikanya pula, aku nampak halangan di depan aku, tapi sebenarnya, halangan itu tiada! Semua yang aku lalui itu, aku terjermahkan di dalam karya aku.

"Bukan Batasan (Batasan i)"
Mix Media
2010

Batasan itu bergantung kepada cara kita melihatnya...



"FSSR (Batasan ii)"
Mix Media
2010

Perjalananku bermula di sini. Pagar bagi kamu, adalah jalan bagi aku...





"Takkan Lari Gunung dikejar? (Batasan iii)"
Oil on Canvas
2011

Takkan lari gunung dikejar? Kalau tak lari, kau takkan sampai. Tapi kalau lari pun, kau takkan sampai... jika terdapat halangan di depan kau... dan halangan itu ialah- kau sendiri!





"Batasan atau Alasan? (Batasan iv)"
Oil on Canvas
2011

Halangan itu ada.Halangan itu sebenarnya, dalam diri kau.

Tuesday, April 12, 2011

Painting

Tadi, assessment painting selesai. Aku rasa bersyukur sangat belajar di UiTM Shah Alam. Aku berkesempatan belajar dengan Prof Awang Damit. Aku suka dia. Dia sangat hebat. Dalam setiap kata-kata dia, aku mempelajari sesuatu. Begitu juga dengan hari ini. Aku belajar sesuatu.

Sudah agak lama aku lari dari Fine Art. Aku cuba nikmati kehidupan luar dari Fine Art. Aku kata pada kawan-kawan aku, aku dah tawar hati pada Fine Art. Bukanlah aku berputus asa dengan Fine Art. Aku hanya rasa jemu. Sebab aku tak nampak. Siapa aku dalam Fine Art sebenarnya?

Ketika prof Awang mengkritik painting aku tadi, aku bertanya pada beliau, di mana tahap aku sebenarnya? Jawabnya, aku mempunyai idea, tapi aku harus bekerja lebih untuk membaiki teknikal aku. Katanya juga, aku harus banyak melihat karya semasa.

Karya semasa?? Karya apa yang aku suka lihat ye? Hmm.. Aku suka lihat karya Hoessein Enas. Tapi itu karya zaman 50an atau 60an dulu.. Tak boleh dikira karya semasa lah kan? Nampaknya aku tak ambil peduli pasal karya semasa. Kena berubah lah Amna. (Tapi buat masa sekarang, aku suka lihat karya seorang senior Melaka aku. Siapa dia? Itu rahsia.. Hehe..)

Aku ada idea? Tapi ke mana idea aku boleh pergi dengan bakat yang sebegini je? Aku ingat, idea adalah segala-galanya. Tapi rupanya, tanpa teknikal, idea tak boleh berdiri. Teringat satu penyataan dari Joseph Kosuth; “Art as idea as idea”. Aku masih lagi mencari apa yang cuba disampaikannya.

Aku bukan artist... Malaysia perlukan Amna Syakira tak untuk jadi artist? Kalau tak perlu, tak payah lah aku susah-susah..

Mampu ke jadi artist satu hari nanti? Ada dua kemungkinan je di sini. Iaitu: 1. Aku akan jadi artist. 2.Aku tak akan jadi artist. Tu je. Apa saja kesudahannya, aku tak kisah. Asalkan aku tahu apa yang aku buat.

Aku masih dihantui dengan kenyataan: "Its the audience who make the art." Kalau begitu, siapakah artist? Aku merenung painting ku yang baru dikritik tadi. Semua painting aku menghadapi masalah dengan audience. Tak kan lah mata semua audience yang salah kan??? Yang salah mestilah tangan si artist yang menghasilkannya. Lagi sekali aku cakap, aku bukan putus asa! Aku cuma bosan, ok?? Ramai yang sangka aku berputus asa. Ketika aku suarakan kekecewaan aku terhadap painting yang sebelum ini pun, orang sangka aku putus asa. Putus asa dengan bosan adalah dua benda yang berbeza kan???

Perjalanan harus diteruskan. Bosan atau tak bosan, kaki kena melangkah. Tengoklah... Aku buat apa yang aku mampu.

Karya final aku untuk semester ini.

Monday, April 11, 2011

Lagi Sekali: Konvensyen Gila

Lagi sekali Teater Konvensyen Gila dipentaskan. Tak ada apa nak diceritakan. Gembira dapat luangkan masa bersama kawan-kawan teater. Tu je..

Bersama krew-krew


Para Pelakon


Friday, April 8, 2011

Seindah Warna Kuning

Hari ni, nak bercakap pasal warna kuning! Tiba-tiba rasa nak bercakap pasal ni selepas terbaca satu blog tu.

Aku sangat suka warna kuning! Bagi sesiapa yang dah tahu, tak apa lah. Bagi yang belum tahu, aku beritahulah ni. Bagi yang tak berminat nak ambil tahu, kenapa masih baca????

Ok, kisahnya, aku memang suka warna kuning sejak kecik lagi. Nak tahu sebab apa? Dulu aku dan adik beradik aku, selalu main jadi Power Rangers. Memandangkan tak ada siapa nak ambil watak Power Rangers kuning, jadi aku lah yang ambil. Selepas tu, setiap kali main Power Rangers, aku jadi ranger kuning. Lama-lama, aku suka warna kuning! Haha.. Macam entah apa-apa je kisah ni kan??

Hari ni, aku terkejut+ tak sangka+ gembira bila aku dapat tahu, ada lagi orang di dunia ni yang suka warna kuning sebab power rangers kuning juga! Dialah cik Yellow Itu Kuning. Kisah dia juga seperti aku. Dia bermain Power Rengers, dan dia memegang watak rangers kuning. Haha.. boleh pulak sama kan??

Wahai Rangers Kuning, berapa ramai lagi budak di luar sana yang terkena pengaruh kau seperti kami ye???


Antara rupa dan perangai


Mesti korang dah biasa dengar soalan 'Apabila memilih teman wanita/lelaki, kau pilih berdasarkan rupa atau perangai?' Biasanya, orang akan jawab 'perangai'. Yelah, kalau ada yang pilih berdasarkan rupa pun, dirinya tak akan mengakuinya. Betul tak??

Tapi, apa yang aku nak cerita di sini, ini adalah pertama kali aku mendengar jawapan yang tak pernah aku dengar. Kisahnya, ketika itu aku sedang bersembang dengan seorang lelaki yang merupakan kawan aku. Beginilah perbualan kami:

Aku: Kalau kau, kau pilih berdasarkan rupa atau perangai?
Dia: Antara rupa dan perangai, mana satu yang boleh diubah?
Aku: (terdiam sekejap)....eh??
Dia: Perangai boleh diubah. Rupa tak boleh diubah. Baik pilih berdasarkan rupa...
Aku:.....er.... ok...

Tak terjawab aku!!! Sebab betul jugak kata-kata dia tu! Ok, tak nak beri ulasan apa-apa lagi. Tu semua terpulang pada pendapat masing-masing. Hehe.. tapi pendapat dia tu menarik jugak laa..

Thursday, April 7, 2011

Sugar Glider... comel~

Pertama kali nampak dan sentuh binatang ni!!! Namanya Sugar Glider. Comel~ Terima kasih pada sorang akak ni, sebab sudi bagi aku sentuh.


Comel kan? Comel kan? Comel kan? Lalala... sukanya!!!!

Oil Paint kesayangan

Kehidupan yang semakin menghampiri hujung semester ni, beginilah~ Bergelumang dengan Oil Paint! Ketika menaip ini pun,tangan masih ada warna merah oil paint lagi.. Saja nak cerita, ini adalah set Oil Paint yang aku sayang sekali~~~

Sayang sampai rasa sayang kalau nak guna. Haha.. mana boleh tak guna pulak kan... Set Oil Paint ni, Abah yang bagi. Suka sangat!!! Oil Paint aku yang lain, semuanya dibeli berasingan. Tak pernah ada satu set macam ni. Huhu..

Wednesday, April 6, 2011

Penipu, tapi masih cool~


Lelaki ni ialah Akiyama Shinichi dari manga Liar Game. Liar Game ni kisah seorang gadis jujur, Kanzaki Nao, yang secara tak sengaja terlibat dalam sebuah permainan mengenai penipuan. Disebabkan kejujuran dia, dia tertipu untuk menyertai permainan yang penuh kekejaman ini. Untuk menyelamatkan dirinya, Kanzaki Nao meminta tolong dari Akiyama Shinichi, seorang bekas banduan yang merupakan pakar penipu.

Pada mulanya, aku berpendapat tindakan Kanzaki Nao meminta tolong dari Akiyama adalah satu tindakan bodoh. Kerana Akiyama adalah seorang penipu! Tapi, lama kelamaan, terserlah sifat kebaikan Akiyama disebalik penipuannya.

Akiyama Shinichi memang sangat cool~ Dalam keadaan yang nampak seperti dia akan kalah, dia tampil dengan pelbagai kejutan sehingga seluruh permainan berada bawah kuasa dia. Akiyama amat berbakat dalam psikologi, dan dia menipu menggunakan psikologi. Dia sangat hebat!

Walaupun lelaki yang suka menipu sangat menjengkelkan, tapi Akiyama Shinichi tak. Cubalah baca manga Liar Game. Akiyama Shinichi adalah satu-satunya lelaki yang masih cool walaupun menipu.




Sunday, April 3, 2011

Contest Kisah dan Lagu



Menarik contest ni.. Nak join laa.. Seperti tajuknya, contest ini untuk lagu yang sepadan dengan kisah kita.


Kisah
Soal kisah, aku nak pilih kisah abang aku. Aku ada seorang abang. Abang angkat je. Tapi aku sayang dia seperti abang kandung taw. (Walaupun aku tak ada abang kandung.) Dia sentiasa ada ketika aku putus asa. Ketika aku menangis, rupa-rupanya, dia sedang menunggu aku di kawasan yang berdekatan. Di hari-hari yang aku bad mood dan bermuka masam, dia akan kata: "Amna, smile..." Ketika aku berjauhan dengan dia, tak sangka aku rindu pada ayat: "Amna, smile". Segala masalah aku, apabila aku bertanya padanya, dia pasti ada jawapan. Sehingga kini, ketika aku tak mampu untuk senyum lagi, aku cuma perlu ingat, "Amna, smile.." Aku sangat bersyukur kerana ku, ada dia... Kisah lebih terperinci di sini.


Lagu
Lagu yang aku rasa bersesuaian dengan kisah ini ialah, lagu: Ku Ada Kamu (Adira)

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu



Tag Rakan: Tonah, Ilham, Miza




Saturday, April 2, 2011

...akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.


Jauh sekali penyu merantau... akhirnya pulang ke tempat ia menetas dahulu. Setinggi-tinggi melambung, surutnya ke tanah juga. Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya pulang ke belakang kerbau juga.

Lumrah kehidupan...

Sudah agak lama aku menikmati kehidupan terbang tinggi. Indahnya dunia bila tak perlu memikirkan masalah.. Aku lupakan kerja dalam fine art, dan aku menikmati kehidupan teater yang aku cintai.

Tapi.. apa gunanya memiliki sayap... jika kaki masih dirantai pada bumi... Akhirnya, aku akur. Dunia aku adalah fine art. Satu tempat yang wajib untuk aku pulang semula. Sumpah, aku memang suka teater.. Tapi, aku tak mampu untuk abaikan fine art. Sebab hanya fine art yang boleh menjamin kehidupan aku.

Kepulangan ku disambut baik oleh teman-teman ku, Encik Pen, Kak Sketch Book, Abang Watercolor, Cik Spray, dan lain-lain lagi. Dengan nada gembira, mereka berkata: "Selamat pulang tuan.." Dengan nada tak berapa nak ikhlas, aku menjawab: "ye, ye.. Terima Kasih.."

Kehidupan kembali seperti sediakala. Aku bertapa di suatu sudut di studio, berusaha memerah otak untuk mengeluarkan idea. Bagai bangau yang pulang ke belakang kerbau, begitu jugalah aku pulang ke Fine Art...