Sunday, March 13, 2011

'The Wanderer' versi Amna

Ini 'The Wanderer' karya George Grosz. Dia menceritakan kegagalan dia dalam dunia seni.

Manusia dalam karya ni menunjukkan dirinya.

Aku berminat dengan karya ini. Aku suka warna dia, aku suka mood dia, aku suka brush stroke dia.. Cuma, karya ni agak bersifat negatif. Menceritakan kegagalan. Tak ke negatif tu?

Tak kisah lah, tu karya dia, bukan karya aku... Tapi kan, tiba tiba aku sedar sesuatu. Painting yang aku sedang hasilkan sekarang ni, bagai menghampiri karya ni.

Konon konon nya aku nak hasilkan sesuatu yang bersifat positif. Tapi lain pula jadinya. Karya aku kini jelas menunjukkan kegagalanku dalam dunia Fine Art... Agaknya, ia 'The Wanderer' versi aku...


*Belum tiba masanya untuk aku tunjuk karya ku yang gagal itu di sini...

2 comments:

  1. artis mengekspresikan dan menyampaikan kegagalan atau kekecewaan mereka dlm bentuk visual.bukan kata-kata.

    mungkin supaya mereka yg memahami erti seni dapat menjadikan ia sebagai pengajaran. bukan utk mneyampaikan sesuatu yg negatif :)

    itu pendapat sy.. ;)

    ReplyDelete
  2. kegagalan bukan sebab untuk berhenti berjalan.
    memang betul, dalam perjalanan kita mengejar destinasi, kita BERJALAN, BERLARI, lepas tu TERJATUH.
    Tapi, yang paling penting bukannya tak pernah jatuh, sebaliknya, sentiasa gagahkan diri untuk bangun setiap kali terjatuh.
    ambil sesuatu perkara secara positif.
    setiap dugaan pasti kita mampu tanggung. ingatlah, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"(al-baqarah:286).

    ReplyDelete