Saturday, December 31, 2011

Post Tahun Baru


2012 telah tiba.
Pelbagai perkara berlaku dalam 2011.
2011 aku..
berakhir dengan tak dijangka..
Sangat bermain dengan emosi.
Tak tahulah emosi apa.
Bukan sedih, bukan gembira..
ENTAH.
Atau aku yang terlalu banyak berfikir?
(Sebenarnya aku agak gembira)

2012 akan lebih baik!!!



Tuesday, December 27, 2011

Beza



Ya, aku berbeza dengan anda semua..


Tapi.. Aku harap kamu dapat terima aku jadi sebahagian dari kamu semua..
Terima kasih..

Monday, December 26, 2011

Hidupku yang sempurna

Ok, kenapa kena ada perkataan 'sempurna' dalam tajuk di atas? Nak mengingatkan diri aku agar bersyukur dengan hidup aku. Ada satu post aku sebelum ni, aku bercakap tentang impian aku. Ada baca tak?

Bila aku baca semula, aku terfikir.. Kita sebagai manusia, mengimpikan macam-macam. Benar, pasang impian itu tak salah. Tapi.. bagaimana pula dengan benda yang kita dah miliki? Kita selalu berangan untuk benda yang kita belum ada. Benda yang dah ada, tak terfikir untuk bersyukur. Bila difikir-fikirkan, hidup yang aku baru jalani 21 tahun ni, adalah hidup yang sempurna. Kalau diberi pilihan untuk hidup sebagai orang lain pun, aku taknak. Aku nak jadi aku je, dan aku nak hidup aku yang ini.

Nama aku Amna. Aku orang biasa-biasa saja. Bukan anak raja, bukan anak orang ternama. Hidup aku pun biasa saja. Bukan hidup seperti Puteri dalam kisah dongeng. Tapi bagi aku, hidup aku dah cukup sempurna. Tiada yang kurang. Alhamdulillah...

Hidup yang sempurna, datang dari keluarga yang sempurna. Betul tak? Alhamdulillah, aku ada keluarga yang paling best la kat atas muka Bumi ni. Tak nak keluarga yang lain.


Keluarga aku terdiri daripada tujuh orang. Kami lima beradik perempuan. Kalau dalam cerita rakyat Melayu, selalu ada cerita pasal puteri kayangan tujuh beradik kan? Jadi, ini kisah versi moden, kami lima beradik! Orang yang tak kenal kami akan cakap muka kami sama. Tapi kebenarannya adalah, kami semua terlalu berbeza dengan setiap orang ada perangai tersendiri.

Bagi aku, akulah yang paling berbeza dalam adik beradik aku. Dari segi sifat. Tapi entahlah.. Terpulang kepada yang menilai. Kami lima beradik dah membesar sama-sama, kami dah cukup faham satu sama lain. Aku sayang keluarga aku!!!

Ini kawan baik aku masa sekolah rendah, Nik Nurul Shahida:

Selepas dia pindah rumah semasa darjah lima, kami terputus hubungan. Senyap begitu saja. Aku tak henti-henti cari dia guna Myspace dan Facebook. Sehinggalah pada satu hari, dia yang jumpa aku di Facebook. Bila berjumpa semula, kami masing-masing dah 21 tahun. Rasa lama betul terpisah. Tapi syukur, dapat jumpa semula.

Ini pula Athirah:
Ini pun kawan baik aku. Kami kenal sejak sekolah rendah dan tak pernah putus hubungan sampai sekarang. Comel kan dia ni? Dia muda setahun dari aku. Kisah persahabatan kitorang sangat sweet, tapi malas la nak cerita. Nanti panjang sangat.


Ini Izzatie, kawan baik sekolah menengah:
Kitorang memang selalu sangat bergaduh. Tapi, kawan tetap kawan sehingga sekarang. Dan aku sedang rindu dia sangat-sangat sekarang ni. Dia ni cun kan? Sebab masing-masing sibuk, dah lama tak jumpa dia..

Ini Fathin:
Aku kenal Fathin semasa Diploma. Aku tak ingat macam mana kitorang boleh jadi kawan baik. Mungkin sebab serasi kot. Sedar-sedar, aku memang dah rapat dengan dia. Kami sama-sama Art and Design. Tapi dia Grafik, aku Fine Art.

Nik, Athirah, Izzatie dan Fathin. Keempat-empat mereka ada satu persamaan. Mereka anak sulung! Agaknya, aku jenis serasi dengan anak sulung kot. Hehe..

Ini adalah si Gemok, Bubu:
Sejak kematian Kembang kesayangan aku, aku kecewa yang amat. Tapi sekurang-kurangnya, aku masih memiliki Bubu. Sayang Bubu juga..



Buat masa ni, aku rapat dengan Aiman. Sekelas Fine Art. Tapi dia dari major sculpture. Ok, malas nak cerita apa-apa. Segan. Haha..

Gambar atas ni kelakar kan? Perlu ke ada tangan Nadia tolak aku tu? Haha..


Ini geng sekolah menengah:

Dari kiri: Aku, Shidah, Farahanie, Izzatie dan Arnitha. Sayang diorang semua!!!


Ini pula rakan sekelas:
Ini campur kelas Painting dan kelas Ceramic. Bila difikir-fikirkan semula, aku sebenarnya sedang berada dalam impian masa lampau aku. Masa lampau aku, dulu aku berangan untuk berada dalam kelompok orang yang pandai melukis. Sebab di sekolah dulu, tak ramai yang pandai melukis. Kini, bila aku berada dalam kelas Fine Art aku, sebenarnya, impian masa lampau aku telah tercapai, tapi aku tak sedar. Alhamdulillah.. satu impian aku tercapai, dan dalam usaha mengejar impian yang lain pula. InsyaAllah...

Sebelum berada dalam Fine Art, sinilah tempat ku:
SMK Puncak Alam. Tempat yang membentuk aku. Rindu Cikgu Junita. Cikgu Seni kesayangan aku dulu sehingga sekarang!

Maaf ya, post panjang-panjang. Tidak memaksa sesiapa membaca pun. Aku masih dengan seribu impian aku. Cuma aku tak nak tercicir apa yang telah aku miliki setakat ini. Hidup aku dah sempurna, aku mengejar impian bukan kerana hidup aku tak sempurna. Tetapi, kita perlu ada wawasan. Betul tak? Sebenarnya, ada ramai lagi orang aku nak sebut. Tapi nanti jadi terlalu panjang pula. Jadi, kepada kawan-kawan ku yang tak disebut, bukanlah bermakna aku lupa korang ya?

Masa depan dalam tangan~~~ (mood mengejar impian)

Wednesday, December 21, 2011

Bila awak sombong


Aku sangat-sangat suka kucing. Kucing jalanan pun aku suka.



Tapi, adakalanya.. kucing jalanan ni jual mahal. Tak boleh disentuh.







Puas hati aku! Siapa suruh sombong dengan aku!


*AMARAN* Sila jangan tiru perbuatan ini...

Monday, December 19, 2011

Someday when my dreams come true

Someday my prince will come

Someday my prince will come
Someday we'll met again
And away to his castle we'll go
To be happy forever i know
Someday when spring is here
We'll find our love anew
And the birds will sing
And the wedding bells will ring
Someday when my dreams come true...

Ok, mesti ramai yang tahu kan.. Ini lirik lagu dari animasi Disney lama, Snow White. Apa yang aku nak cakap di sini, lihatlah!!! Cerita dongeng. Senang-senang dia je nak cakap: "Someday when my dreams come true", tapi bukan berusaha pun untuk capai impian itu. Dia duduk diam je. Tapi di penghujung cerita, impian dia benar-benar jadi kenyataan.

Salah ni.. Dalam dunia realiti, kalau kita berangan, tapi tak cuba capai impian kita, boleh ke impian kita tercapai? Boleh? Boleh? Mestilah tak kan.. Dalam dunia Melayu pun, kita ada cerita rakyat mengenai Mat jenin. Cerita ni untuk mengingtkan kita, tak guna berangan kosong saja..

Aku pun, ada pasang angan-angan juga. Tapi, aku pun tak pasti adakah aku berusaha untuk capai impian-impian tersebut? Buat masa sekarang, aku kena selesaikan tanggungjawab dulu, iaitu belajar. Andai ada kelapangan nanti, aku akan cuba usaha kan. Haraplah..


Impian aku:
Ok, mula dah aku nak gedik.. Nak tulis pasal impian pulak. Biarlah.. Untuk ingatkan diri sendiri juga.. Jadi, ini adalah antara impian aku. Mungkin ada yang tak logik. Tapi, hidup tak bermakna tanpa impian kan?

1. Aku nak peluk harimau! Ok, baca yang ni saja, tentu korang dah kata: "Memang mustahil nak tercapailah.." Haha.. aku pun fikir begitu. Tapi impian ni aku dah pasang sejak kecil. Bosan lah peluk kucing. Aku nak harimau jugak!

2. Satu hari nanti, aku nak bawa sketch book dan pen, kemudian masuk melukis dalam hutan. Tahu tak.. sejak kecil aku dah kagum pada seorang bapa saudara aku ni. Dia selalu masuk hutan, panjat gunung, dan mengambil gambar. Aku pun nak buat begitu. Bezanya, dia membawa sebiji kamera. Aku pula bawa sebuah sketch book. Ya Allah, ya tuhanku.. impian ini tak susah pun untuk capai.. hanya masa yang belum mengizinkan.. Oh ya.. Ibu bapa pun tak izinkan.. Yalah.. Mana ada ibu bapa yang nak bagi anak dara dia masuk hutan sorang-sorang. Bahaya tu! Tak apalah.. nanti cari orang teman..

3. Ok, impian yang satu ni agak gedik sikit.. Aku nak luangkan masa buat painting bersama anak-anak aku. Apa? ANAK? Ok, ya.. Aku mana ada anak lagi! Muda lagi ni. Baru sweet 21 taw. Tapi semoga dalam 10 tahun lagi, aku dah ada beberapa anak kecil, comel-comel je.. dan mereka pegang berus dan bermain warna! Baju habis comot kena warna.. Ibu mereka kelam kabut takut mereka makan warna laa.. Haha.. Gelak korang baca ni kan? Ok, sila abaikan impian ini. Sebab ia takkan tercapai dalam tempoh terdekat ni.

4. Aku nak jadi kaya.. Bukan kaya raya melampau.. Cukuplah untuk bagi banglo pada Umi aku. Sweet tak impian aku ni? Yang ni aku mesti pastikan tercapai. InsyaAllah..

5. Aku nak selamat menjalani pembedahan. Aku tekad. (pembedahan apa, tak perlu tahu. Tak serius pun) Aku nak jadi normal seperti manusia lain. Sebenarnya, aku tak kisah sangat jadi tak normal.. Tapi, aku malu untuk hidup sebagai orang lemah yang menyusahkan orang lain. Aku cuma tak mahu susahkan sesiapa lagi. Yang ni pun aku mesti pastikan tercapai.

Sebenarnya, ini hanya beberapa impian aku saja. Kalau nak tulis semua impian aku, memang 40 hari pun tak habis tulis la.. Sebab impian setiap manusia tu banyak kan? Tapi aku tak boleh tamak untuk nak semua. Andai satu saja tercapai, aku akan berpuas hati.. Jadi, ok tak impian aku? Korang bagaimana?


Saturday, December 17, 2011

Biarkan aku menangis


Aku nak jadi lebih kuat.. Supaya aku tak lagi menyusahkan sesiapa..

Friday, December 16, 2011

Jangan Mengata Belakang


Hari ni presentation Entrepreneurship. Apa benda tu? Entah.. Belajar bisnes-bisnes, bukak company la kononnya. Art and design pun belajar ni? Ok, sila abaikan..

Apa yang aku nak cerita ni, pasal sifat segelintir manusia.. Hari ni, lepas satu, satu group ke depan untuk present. Lepas tu, adalah kelompok perempuan-perempuan yang duduk belakang aku ni, kerja mereka, mengata je! Setiap orang yang present di depan, mereka kritik-kritik, mengata-ngata. Dahlah suara kuat macam nak bagi semua orang dengar kutukan mereka tu.

Kelas kami, bukan budak-budak fine art saja.. Ada campur dengan department lain. Aku tak tahu lah department apa yang duduk belakang aku ni, tapi yang pasti bukan Fine Art lah! Lepas tu, bila group daripada Fine Art present, mereka kutuk-kutuk. Salah penggunaan English sikit pun mereka mengata. Amboi.. bagi la sokongan.. kita sama-sama orang Melayu, bukan semua pandai cakap English. Cakap siang pandang-pandang lah.. Aku duduk depan mereka je. Tak sedar ke mereka mengata Fine Art di depan budak Fine Art jugak? Lepas tu mereka tak puas hati sebab kumpulan Fine Art yang banyak present hari ni.

Aku cukup sabar terpaksa dengar je mereka kutuk kawan-kawan aku yang present di depan. Oh ya.. Aku pernah belajar dalam kelas communication, bahawa siapa yang suka duduk belakang memang jenis orang yang suka mengata dan menilai orang.. Nampaknya betullah. Nilah buktinya! Perempuan-perempuan yang duduk belakang ni lah! Ok lah! Tutup topik pasal perempuan-perempuan mengata tu. Aku nak buat penilaian tentang presentation hari ini.

Secara keseluruhannya, mereka yang sudah present hari ini, hebat-hebat belaka. Group aku belum present lagi. Kami minggu depan. Hebat taw mereka.. General Manager yang present hari ni kebanyakannya yang nampak ciri-ciri berkepimpinan dan mampu menarik perhatian orang. (Aku juga General Manager untuk group aku.. Sebab tu la.. Nak belajar jadi seperti mereka).

Salah seorang General Manager yang present hari ni, adalah seseorang yang aku kagumi! Dulu dia merupakan senior aku semasa Diploma. Kini kami sekelas. Aku dah kagum pada dia sejak Diploma lagi taw. Apabila dia present di depan, aku tak henti henti terasa kagum pada dia. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi!!! Dari cara bercakap pun nampak. Sebenarnya, ada ramai dah orang cakap, aku ni berkeyakinan tinggi. Tapi entah kenapa, bagi aku, keyakinan diri aku masih belum cukup. Aku nak jadi seperti dia.. Pernah satu ketika, apabila aku kata pada dia bahawa aku nak jadi seperti dia, dia jawab dengan nada lawak: "Mana boleh!!! Perempuan tak boleh jadi lelaki.." Haha.. Cis.

Apa yang aku sedar.. Ciri-ciri kepimpinan tu penting. Lagi-lagi kebolehan pandai bercakap yang menarik perhatian orang untuk mendengar. Dua kebolehan ini yang aku cuba asah sejak sekolah dulu. Nampak membuahkan hasil apabila orang mula kata aku berkeyakinan. Tapi belum cukup lagi laa.. Aku akan terus tingkatkan lagi. InsyaAllah.

Itu je kot kisah untuk hari ni.. Oh ya.. Hari ni, pertama kali aku cubit pipi orang yang aku suka!!! Hahaha.. Lembut dan berisi pipi dia.. Opss.. Tolong jangan salah faham. Dia perempuan la. Oppss.. Lagi sekali, jangan salah faham. Bukannya aku perempuan tak normal yang suka pada perempuan. Aku masih perempuan normal. Cuma 'Suka' tu luas. Suka hati la nak suka perempuan ke, lelaki ke.. manusia ke.. kucing ke.. Betul tak? (Siapa suruh dia comel sangat..)


Tuesday, December 13, 2011

Petaling Street Warriors

Hari ni aku nak cerita sikit mengenai sebuah filem yang kini sedang dimainkan di pawagam. Sebenarnya, aku belum tengok cerita tersebut. Aku baru tertarik dengan iklan sahaja.

Kisahnya, dalam iklan yang lebih kurang satu minit tu saja, aku ternampak macam sebuah cerita Hong Kong. Aku macam ternampak pelakon Hong Kong yang aku suka pula tu. Tapi, selepas dikaji diselidik, tajuk cerita tersebut ialah: "Petaling Street Warriors." Sebuah filem Malaysia.

Masa aku ingat itu ialah cerita Hong Kong, aku rasa beria-ia nak pergi tonton. Aku memang minat cerita Hong Kong, sebab hero kacak-kacak.. eh bukan, sebenarnya sebab cerita diorang biasanya menarik. Tapi, selepas tahu ianya sebuah filem Malaysia, aku tak berminat pulak. Jangan salah faham, bukannya aku tak sokong filem tempatan. Tapi, ini adalah sebuah filem Kung Fu. Bolehkah sesebuah negara yang bukan negara Kung Fu menghasilkan sebuah filem Kung Fu yang menarik? Tapi, aku tak layak untuk bersuara. Sebab aku belum lagi menonton filem tersebut.

Berdasarkan gambar-gambar yang diperolehi dari google, aku terasa seperti nak tonton. Siapa yang dah tengok cerita ini? Ceritalah.. Boleh aku tahu aku patut pergi tengok atau tak..




Sunday, December 11, 2011

Hari-hari yang sibuk




(Cerita ini panjang dan bosan. Tak perlu baca)

Beberapa hari sudah tak update blog. Maklumlah, sibuk... Dalam masa beberapa hari ni saja, pelbagai perkara jadi pada ku. Aku nak cerita di sini sebab tiada tempat lain untuk cerita.. (Ini bukan ayat sedih la) Biasalah, kawan-kawan pun sibuk.. Tiada guna mengadu pada kawan-kawan. Sama-sama sibuk.


SELASA YANG TRAGIS
6 DISEMBER 2011

Segalanya bermula pada hari Selasa baru-baru ni. Oh ya, ianya memang tragis! Betul!!! Tragis sekali! Tak percaya? Kisahnya begini.. Biasalah aku sebagai student Fine Art.. Sepanjang malam berjaga. Lagi-lagi sebab Khamis ni nak tunjuk sketches pada lecturer painting. Tapi, hari Selasa aku ada kelas pagi. Aku cukup risau takut tak bangun pagi. Maka, sebelum tidur, aku memang pasang alarm clock, dan pasang niat kuat di hati: "Esok aku harus bangan pagi!"
Alhamdulillah, pagi Selasa itu aku bangun awal! Syukur!! Pergi kelas dengan muka bangga sebab berjaya bangun pagi. Ok, kisah bertukar jadi tragis selepas itu. Disebabkan tak cukup tidur, Balik saja dari kelas pagi, aku tertidur sehingga terlepas kelas petang! Ya Allah!! Ruginya! Aku tak pernah lagi tinggal kelas petang. Ia seolah-olah satu bayaran! Bayaran berjaya pergi kelas pagi, ialah tak pergi kelas petang! Tragis bukan? Haha.. "Amna.. Amna.." Tu je lah aku mampu cakap.






RABU TANPA KELAS
7 DISEMBER 2011

Tiada kelas untuk hari Rabu. Bolehlah aku duduk membuat sketches untuk ditunjukkan pada hari Khamis. Hari yang berjalan lancar.


KHAMIS DI PUNCAK
8 DISEMBER 2011

Hari ini tiba juga.. Sketches yang dibuat selama seminggu ni, akan ditunjukkan hari ini. Tapi, kelas hari ini diadakan di Puncak Alam. Ini kerana studio lecturer kami, Ahmad Shukri Mohamed terletak di Puncak Alam. Oh ya, cerita kali ni sedih sekali. Nak tahu kenapa? Rumah aku juga terletak di Puncak Alam. Bayangkan perasaan aku ketika itu. Sudah berada terlalu hampir dengan rumah, tapi tak boleh pulang. Yelah, aku ke sana dengan bas UiTM. Tiada siapa boleh tolong hantar aku ke rumah aku kalau aku nak singgah sekejap sekalipun. Nak jalan kaki, jauh jugalah.

Sepanjang di studio lecturer kami, aku mengantuk saja. Semalam tak cukup tidur. Tapi sempat curi-curi tidur semasa rehat untuk solat Zohor. Akhirnya, tibalah waktu untuk aku tunjukkan sketches aku. Kali ni lain dari sebelum-sebelum ini. Kali ni, kami kelas painting bercampur dengan kelas Ceramic sekali. Pertama kali tunjuk artwork depan kawan-kawan ceramic. Tak sangka, aku ni ada sifat malu juga rupanya. Yelah, kalau depan kawan-kawan painting saja, aku dah tak reti malu dah. Kawan-kawan painting memang dah tahu baik buruk artwork aku. Baik buruk diri aku pun, aku rasa diorang tahu dah. Alhamdulillah. Lecturer seperti menerima saja sketches aku. Dia nampak setuju untuk aku teruskan projek seterusnya dengan sketches aku tu. Syukur. Berbaloi tak cukup tidur beberapa hari ni.

Tamat lah waktu untuk berada di Puncak Alam. Pulanglah kami semua ke UiTM Shah Alam. Aku rasa aku tahu kenapa lecturer aku jemput kami semua ke studionya. Dia macam nak dedahkan kami dengan kehidupan sebagai artist je. Baguslah. Aku pun ada niat nak jadi artist, Tapi kanvas bukanlah pilihan aku. Mungkin artist dalam medium lain. Entah. Tak perlu terangkan terperinci sangat di sini. Cuma tolong doakan aku mampu capainya. Ok?

Petang, ada kelas Time Based pula. Bayangkan, aku sudah penat... Tapi memandangkan group aku dah present minggu lepas, minggu ni aku lihat kumpulan lain present je. Kelas Time Based berakhir lambat. Hinggakan solat Maghrib di Fakulti. Aku tak rehat lagi hari ni.Penat.. Begitulah kisah Khamis ku yang panjang.





JUMAAT YANG TAK SERIUS
9 DISEMBER 2011

Kenapa aku kata Jumaat yang tak serius? Sebab aku memang tak pernah serius hari Jumaat. Subjek-subjek hari Jumaat ialah Communication, Entrepreneurship, dan Aesthetic. Ok, aku tak kata subjek-subjek ni tak patut untuk dipelajari. Cuma.. Subjek semester ini BANYAK laa! Semua orang mengadu benda yang sama. Kami terlalu sibuk dengan major dan minor. Ada pulak third language dan Time Based Media. Jadi, tiga subjek hari Jumaat ni menjadi beban la. Serius beban!

Kelas communication tiada hari ni. Lega sikit. Lepas tu kelas Entrepreneurship, aku saja tak datang atau aku sengaja tertidur? Entah.. Tapi yang pasti aku tak datang. Ini bukan contoh sifat student yang sepatutnya.. Tapi minta maaf. Aku dah capai limit aku. Aku memerlukan rehat dan kelas tersebut beban! Aku tak masuk art and design untuk belajar bisnes, ok?!!!

Kelas Aesthetic petang itu, aku datang. tetapi lewat. Yang ajaibnya, selepas aku datang, ada ramai lagi kawan-kawan yang lewat. Yang datang lewat lepas aku, kena pergi minta maaf depan kelas. Entah tuah apa yang menyelamatkan aku. Aku tak dipanggil ke depan. Yang datang lepas aku semua kena ke depan. Serius, ramainya yang lewat! Tapi ini membuktikan, yang kawan-kawan aku semuanya seperti aku. Kami dah tak larat dengan kelas hari Jumaat! Subjek sudah terlalu banyak! Aku yakin mereka pun letih dan terasa beban seperti aku. Aku yakin 100%!

Siapa yang sebenar-benarnya faham situasi kami melainkan kami sendiri? Lecturer-lecturer, atau sesiapa yang buat jadual waktu kami tu, aku yakin mereka tak faham situasi kami. Dan kami? Kepada siap nak mengadu? Orang lain tentu akan kata: "Lumrah belajar, begitulah.." Apa-apalah.. susah nak terangklan.

Pada malamnya, aku mengikuti rakan-rakan ku pergi aktiviti Kelab Bahasa Korea. Aktivitinya adalah tonton movie Korea. Boleh dapat kupon aktiviti kolej. Sebab tulah aku pergi. Aku ulang.. Aku pergi sebab nak kupon aktiviti kolej je. Hehe.. Tapi memang tak rugilah pergi. Dapat rehatkan minda. Yelah, tengok movie je. Movie pun cerita best sampai leleh-leleh air mata tengok. Lupa segala masalah belajar sekejap. Movie tu tajuk dia ' Harmony'. Bolehlah korang cuba tengok. Sedih.. Pasal perasaan seorang ibu. Jadi, inilah kisah Jumaat yang tak serius aku.





SABTU YANG TERHARU
10 DISEMBER 2011

Sebenarnya, pagi Sabtu, Umi cadang nak sarapan bersamaku kerana selepas itu Umi dan seluruh ahli keluargaku akan pergi bercuti TANPA AKU. Bukan apa, aku sibuk.. tak dapat sertai pula percutian keluarga begini. Malangnya, aku tak dapat bersarapan bersama mereka kerana aku ada teater dari pagi sampai petang.

Aku berfikir banyak kali juga. Patut kah aku memilih untuk pergi teater dan lepaskan peluang sarapan bersama keluarga? Aku tak sangka aku memilh teater. Rasa kejam pulak memilih teater daripada family. Tapi kalau bersarapan dengan keluarga pun, bukannya aku dapat ikut percutian mereka. Cuma satu sarapan je. Maka aku pilih untuk lepaskan sarapan dengan keluarga. Berat hati ni taw. Ini bukan keputusan mudah bagi seorang yang sayangkan family lebih dari segala-galanya seperti aku. (Ayat nak drama di situ)

Syukur.. Tak sia-sia juga untuk aku lepaskan teater. Belajar banyak benda hari ni. Dan yang paling penting, boleh buat diri lupa pada masalah Fine Art sekejap. Satu Hari berlalu dengan macam-macam perkara terjadi. Aku suka teater, itu semestinya.

Pulang saja dari teater, di bilik aku di kolej, ada pelbagai makanan sedap-sedap. Umi hantar! Memang Umi ada beritahu nak bagi makanan pada aku. Makanan-makanan tersebut memang sumpah sangat sedap lah kan. Masakan Umi pulak tu. Kek yang dibuat oleh adik aku pun ada. Aku makan dengan perasaan terharu yang amat. Suka, sedap, terharu, semua rasa ada. Walaupun tak dapat ikuti percutian bersama keluarga, Umi memang takkan lupa aku. Terharu taw!! Korang yang baca ni terharu tak? Ni lebih menyentuh hati daripada kasih sayang ibu dalam cerita 'Harmony' yang aku tonton semalam. Beginilah kisah Sabtu yang terharu... Agaknya, apalah kisah hari Ahad ku esok?



***

Ok, bagi anda-anda semua yang baca cerita panjang dan bosan aku ni, mesti ada yang fikir: "Apahal kau nak tulis diary kat blog pulak?" Haha.. Minta maaflah ya? Aku dah pesan awal-awal, cerita ni panjang dan bosan.. Aku memerlukan tempat untuk bercerita. Tu saja.. Terima Kasih bagi yang baca..





Thursday, December 8, 2011

Rindu


Aku terlalu sibuk baru-baru ini..
Buktinya, blog kesayangan aku ini tidak terupdate pun..
Sedang aku sibuk-sibuk begini, tiba-tiba aku rindu dia.

Rindunya pada wajah comel dia..
Dahi dia yang luas,
Hujung matanya yang tajam,
Pipi dia..

Wah!! Rindulah!!!


Rindu Ilyas!!!
Tengok gambar pun dah rasa nak cubit-cubit!
Comelkan?

Tuesday, December 6, 2011

Gunakan Bahasa Melayu dengan betul

Aku nak berkempen ni. Mula-mula, aku nak tanya beberapa soalan dulu.

1. Apa pendapat anda dengan blog yang menggunakan bahasa rojak?
2. Apa pendapat anda dengan penggunaan bahasa SMS di blog?
3. Anda boleh terima ke ejaan seperti: "jeww", "suker" dan yang seumpamanya?

Aku memang tak suka dengan semua yang di atas. Merosakkan bahasa!!! Kemudian, pada suatu hari, aku terbaca satu post di blog emilayusof. Anda bolehlah melawat blog beliau.

Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Aku tahu, mungkin penggunaan bahasa di blog aku belum sempurna sepenuhnya. Namun, mulai sekarang, aku akan terus memperbaiki bahasa ku. Anda semua, kalau sayangkan bangsa dan bahasa kita, ambillah logo ini dan letak di blog masing-masing.
Sekian...



Monday, December 5, 2011

Jalan Lambat


Aku tak tahu lah. Adakah aku seorang yang selalu hadapi situasi begini? Aku selalu berhadapan dengan situasi, di mana orang yang berjalan di depan aku, berjalan perlahan! Aku cukup tak suka keadaan ini!





Apalagi.. Aku memotong lah! Buang masa betul jalan lambat!



Kemudian, di hadapan aku, ada sekumpulan manusia yang jalan lambat, dan aku nak memotong pun tak boleh sebab jalan sempit!




Benci keadaan begini!!! Buang masa tahu tak? Rakyat Malaysia memang jalan lambat, atau aku yang jalan cepat????




Saturday, December 3, 2011

Blog-blog 'We Love Art'

Hari ni, aku nak jalan-jalan ke blog-blog warga 'We Love Art'. Untuk makluman semua, 'We Love Art' adalah satu kumpulan :Malaysian blogger artist group. Itu yang tertulis di facebook nya. Nak sertai? Klik 'We Love Art'.





Ini blog Ilusi Dunia

Mula-mula aku kenal blog ni, ketika tuannya datang memberi link post mengenai kucing di blognya. Tak lama kemudian, aku jatuh cinta pada blog ini (blog je, bukan tuan blog!) selepas membaca entri The Mysterious Makcik. Aku baca sambil gelak guling-guling. Boleh dia buat lawak sambil selitkan nasihat. Aku cadangkan, korang follow lah blog ni.. Tak rugi. Boleh dapat manfaat, InsyaAllah..


Ini pula Merahitujambu.

Aku dah lama ikuti blog Merahitujambu. Sebelum aku sertai 'We love art' lagi. Di sini, anda boleh lihat makanan yang comel-comel! Entah kenapa, tuan blog ni suka lukis makanan comel-comel. Setiap kali masuk blog ni, aku lapar.



Ini blog Amin Aizuddin.
Sebaik sahaja nampak tulisan 'Comic Blog' di blog ini, aku terus follow. Sebab aku pun buat komik, aku kenalah sokong rakan seperjuangan.


Ini blog Fyfy Liew.

Aku jatuh cinta pandang pertama pada blog ni. Simple dan sweet je rupa blog dia. Memenuhi citarasa aku.



Tuan blog ini melukis potret. Aku pun lukis potret. Jadi aku berminatlah nak follow dia. Bezanya aku dan dia, Aku melukis secara manual. Dalam erti kata lain, guna tangan, pensel, cutter dan sebagainya. Cik Nurdani melukis secara digital. Aku memang tak tahu langsunglah nak buat seperti itu. Maka, aku kagumlah terhadap dia.



Ok, dah letih jalan-jalan hari ini.. Apa??!!! Ahli 'We Love Art' buat masa ini ada sebanyak 201 semuanya? Kalau begini, mampu ke aku lawat blog setiap ahlinya? Huhu.. Lain kali aku akan lawat blog ahli-ahli yang lain ya..
*Siapa lagi warga 'We Love Art' yang nak aku lawat blog dia? Sila komen di sini. Aku akan cuba lawat selagi aku mampu... Huhu..


Thursday, December 1, 2011

Donut dari kafe 'Semanis Gadis Misteri'


'Semanis Gadis Misteri' menghidangkan hidangan minum petang idaman semua. Menu utama kami ialah donut. Keunikan kami berbanding mana-mana donut terkemuka yang lain ialah, kami mempunyai donut bertemakan binatang, dan boleh didapati dalam pelbagai perisa.

Ok, berhenti mengarut. Sebenarnya, ini aktiviti group 'We Love Art'. Diberi donut kosong, tugasan kami ialah menghias donut. Jadi, ini donut-donut aku. Agak mengarut.. Tapi, abaikan je ok? Bukan nak jual betul-betul pun. Hehe..



Buat masa sekarang, aku menanti mereka-mereka yang lain siapkan donut masing-masing. Tak sabar pulak. Huhu..


Nak join We Love Art?


Wednesday, November 30, 2011

Aku Betul-Betul Marah Ni !

Ada la sorang budak lelaki dalam studio aku ni... Dia cukup suka usik aku. Tiap-tiap kali jumpa aku, memang ada je apa-apa dia kata nak buat aku marah. Aku dah lali dengan sikap dia. Jadi semester ini, aku tak marah dia pun. Aku biarkan je dia terus-terus mengata macam-macam padaku. Aku saja tak marah, sebab aku tahu, dia sedang cuba untuk buat aku marah!






Tapi, pada satu hari, sikap dia sudah melampau! Dia ganggu kerja stop-motion aku! Bagi anda-anda semua yang tahu bagaimana nak buat stop-motion, tentu anda faham kan, ianya satu kerja yang menguji kesabaran! Apabila dia sentuh barang-barang stop-motion aku, kerja jadi terganggu la! Benda ni tak boleh sentuh sebarangan. Kalau tak sengaja, lain cerita lah kan.. Ini sengaja! Aduh.. Susah lah nak cakap! Anda yang faham stop-motion tentu faham kesakitan yang aku rasa ni kan?


Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaan aku! Rasa macam nak buat seperti gambar bawah ni kepada dia!

Tapi apakan daya.. Aku tak ada kuasa nak tukar badan aku jadi gergasi untuk pijak dia! Aduh!! Marah betul-betul ni.. Selama ni dia usik aku, aku anggap gurau sahaja. Tapi kali ni melampau! Kalau gurau sekalipun, jangan libatkan hal kerja boleh tak???! Sakitnya hati..

Kalau lah dia baca blog aku ni, aku.. Entah. Aku dah kehabisan perkataan nak cakap pada dia. Ya Allah ya tuhanku.. Bagaimana nak redakan kemarahan ni? Nak kata dia bodoh, dia budak bijak.. Kenapalah dia buat macam ni.. Nak tunggu dia minta maaf pada aku?! Huh~ dalam mimpi pun mustahil. Lelaki ego macam dia, mana reti minta maaf!

*Aku lukis gambar dia cincai je. Malas nak lukis betul-betul buat tambah sakit hati je.

Monday, November 28, 2011

Painting belum siap lagi

Aku pernah cerita pasal sebelum aku memulakan painting aku, di sini. Sekarang, aku nak ceritakan painting aku dalam proses pembuatan.

Ini gambar terbaru painting aku:


Aku memang saja duduk depan lindung painting tu. Saja.. Tak nak publish di blog painting yang belum siap. Tak misteri la nanti. (Tak habis-habis dengan misteri) Nanti dah siap, InsyaAllah aku tunjuk di sini ya?

Maka, nak cerita di sini, inilah yang aku buat setiap kali ke studio. Awal-awal, aku buat agak lambat. Sebab kurang keyakinan dengan work aku. Tapi, setelah mendengar pendapat seorang kawan yang hebat, aku bersemangat kembali. Kawan aku tu, boleh terangkan mengenai painting aku lebih daripada aku, pelukisnya sendiri. Dia siap nasihatkan patut buat apa, bagaimana nak nampak elok, dan semualah! Selepas tu baru aku nampak bahawa painting aku tak teruk! Masih boleh diselamatkan.

Sekarang, sedang buat painting lagi. Entah bila boleh siap. Lambat betul nak menghasilkan awan. Nampak awan di artwork aku kan? Baiklah, sila nantikan artwork aku yang siap ye? Nak sambung buat painting ni.


Cinta Enggang dan Pipit



Seperti peribahasa..
enggang sama enggang, pipit sama pipit...
Benar kata orang lama,

Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang..



Tidak pernah ku setuju pada pepatah ini,
Tapi akhirnya aku akur pada kebenarannya.
Lumrah alam, barangkali..



Atas nama enggang sama enggang pipit sama pipit,
Hubungan kami berakhir,
Tiada makan hati,
Tiada simpan dendam,
Kami mengerti..
Aku enggang dan dia pipit..






*Rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan penulis. Kalau ada pun, biar ia kekal misteri...



Sunday, November 27, 2011

Design Kasut

Cik Merahitujambu anjurkan satu aktiviti di Group We Love Art. Masing-masing semua memberikan idea yang hebat-hebat. Aku pun nak sertai sekalilah. Diberi gambar sepasang kasut kosong, maka, inilah hasilku:




Nak lihat kasut-kasut lain? Lihat di sini. Cantik-cantik semua...


Thursday, November 24, 2011

Aku, painting, dan studio


Beberapa hari ni agak sibuk.. Painting aku tak siap-siap juga. Hidup aku, boleh dikatakan lebih banyak menghabiskan masa di studio. Balik bilik untuk tidur dan mandi je. Blog pun sudah jarang di update kerana kesibukan ini. Aku sudah bertukar kepada makhluk berjaga malam. Siang mengantuk malam berjaga.. Begitulah..

Ini, aku curi-curi masa sikit untuk memperkenalkan keadaan studio aku. Seperti yang anda lihat di gambar bawah ni, begitulah studio aku.

Aku tak ada kamera semenjak 'baby' aku rosak.. Ini ada satu gambar painting aku, yang di ambil dari facebook kawan aku.