Wednesday, December 29, 2010

Kembali ke sekolah (Lakonan semula)


Hari ni aku berjumpa dengan kawan-kawan sekolah aku!! Izzatie dan Farahanie~ Tiba-tiba diorang nak ambil sijil diorang, jadi kami singgah sekolah sekejap. Alang-alang sampai sekolah ni, mari kita lakonkan balik suasana zaman sekolah kita dulu. hehe..

Biar aku kenalkan.. Inilah SMK Puncak Alam yang aku sayang! Dah tiga tahun aku tinggalkan sekolah ni.. Yang kiri ni, Izzatie. Sebelahnya Farahanie. Bangunan SMK Puncak Alam dari sudut ni, macam biasa tengok laa.. Oh, yelah.. biasanya, gambar dari sudut ni lah yang jadi cover majalah sekolah~







Majalah sekolah kami diberi nama 'Puncak'. Izzatie, Farahanie, aku letak korang kat cover majalah ye?? hehe..



















Ini tempat yang dekat dengan pagar masuk sekolah. Biasanya, awal pagi sebelum loceng berbunyi, Inilah tempat geng-geng aku lepak. Kadang-kadang, masa ni lah baru nak siapkan kerja rumah. Huhu..









Tengok bukit kat belakang tu... Dulu tak ada la gondol macam tu.. Dulu hijau je..












Ini Dataran Perhimpunan. Sekolah kami mendahulukan lelaki. Lelaki beratur di depan perempuan. Tapi, dalam barisan perempuan kelas kami, aku akan berada di depan sekali. (Sebab aku rendah). Izzatie akan beratur di belakng aku. (Walaupun dia tinggi..) Lepas tu, bila cikgu berucap kat depan, aku dan Izzatie bersembang. Biasanya, dengan barisan kelas sebelah pun kami bersembang. Ini lakonan semula keadaan semasa perhimpunan dulu. Kami duduk di tempat yang sama dengan dulu.




Tingkat bawah sekali di bangunan ni ada kelas 5SS1. Ye, itulah kelas aku.



















"Eh, dah hijau..." itulah kata-kata yang kami ucap sebaik sahaja sampai di kelas kami hari ini. Dulu kelas ni tak hijau macam ni..

Sampai di depan kelas, aku teringat dulu-dulu. Dulu kelas kami berkunci. Jadi, pagi-pagi sebaik sahaja selepas perhimpunan tamat, ketua kelas kami kena ambil kunci kelas di pejabat. Ada satu hari tu, ketua kelas kami lambat. Jadi kami semua tunggu depan kelas. Aku dah bosan menunggu, aku pun buat lah gaya nak tendang pintu tu. Aku cuma nak buat lawak dengan kawan-kawan aku, tapi, nasib aku tak baik, ada mamat kelas sebelah nampak!! Malu giler aku!! Lepas tu, bila mamat tu terserempak dengan aku kat tempat lain, dia akan cakap :"tendang pintu" Tidak!!! malunya aku! Cemarlah imej perempuan sopan. (haha.. sopan ke??)



Pagar di pintu kelas ni dipasang semasa batch aku gunakan kelas ni. Pengetua kata, ini untuk elakkan kecurian. Sebab dalam kelas kami ada projector (yang tak pernah digunakan pun). Semasa pagar ini baru di pasang, pelajar-pelajar kelas aku main-main dengannya. Diorang tutup pagar! Sebahagian daripada kami berada dalam kelas, selebihnya di luar kelas. Lepas tu diorang yang di luar kelas buat-buat macam sedang melawat zoo, dan kami yang dalam kelas ni, haiwan kat zoo lah.. Aku tak sangka macam ni perangai pelajar tingkatan 5.. Tapi, terhibur jugak dengan lawak lawak macam ni.. hehe..










Ini lakonan semula situasi kami dalam kelas dulu. Dulu, aku duduk bersebelahan dengan kawan baik aku, Izzatie. Tempat kitorang depan sekali dalam kelas. Bila bergaduh, kitorang akan jarakkan meja dua inci. Jadi, kalau kitorang bergaduh, satu kelas tahu.. Cikgu pun..










Farahanie punya tempat kat belakang tu.. Aku akan beralih duduk belakang pada waktu-waktu tertentu. (Waktu sejarah lah...) Tiba je waktu sejarah, angkat buku, alih ke belakang. Tu la perangai aku dulu. Tak salah kan? hehe...









Ini depan tandas perempuan. Kalau-kalau rasa nak lari sekejap dari kelas, alasan 'nak ke tandas' lah yang sesuai digunakan. Padahal, apabila ke tandas, tengok cermin sambil betulkan tudung je.. Lepas tu, lepak sekejap di depan ni sambil menikmati pemandangan kelapa sawit.









Ini adalah taman depan makmal sains, dan di belakang kelas kitorang (5SS1). Tempat ni, ada kenangan. Semasa gotong royong, 5SS1 ditugaskan membersihkan kawasan ini. Seingat aku, aku adalah antara beberapa orang yang membersihkan kelas, jadi aku tak menolong di sini.

Tapi, selesai bersihkan kelas, aku lalu la kat sini. Lepas tu aku nampak Iqram (rakan sekelas aku) sedang memegang satu binatang. (jenis binatang itu terpaksa dirahsiakan. Hehe..) Aku rasa tak sedap hati, jadi aku cuba beredar dari situ dengan tenang. Aku cuba jadi setenang yang mungkin untuk rahsiakan yang aku takut binatang tu! Tapi, Iqram macam dapat baca aku je. Bila aku masuk kelas, dia ikut dan kemudian hulurkan binatang tu kat aku, sambil buat bunyi: "warghh!!!" Memang lah aku lari!!! Lepas tu, dia usap usap binatang tu macam usap kucing pulak. Sambil tu mata dia jeling kat aku. Huhu.. nakalnya dia...




Ini bilik seni. Tempat yang paling aku suka dalam SMK Puncak Alam ni.. Sebagai kelas yang ambil subjek seni untuk SPM, sini lah tempat kami...

Yelah.. ada satu kenagan kelakar yang terjadi kat depan bilik seni ni.. Masa tu aku tengah berperang ngan ketua kelas aku. (perang main-main je la) Lepas tu aku ugut nak campak phone dia dari tingkat bilik seni ni ke bawah. Ketua kelas aku pun ambil pisau (yang digunakan untuk woodcarving) dan ugut nak cederakan aku kalau aku berani campak phone dia. Kami sama sama tak berganjak. Lebih kurang seminit kemudian (agaknya), loceng berbunyi menandakan waktu pulang. Barulah aku pulangkan phone dia..



Kat sini, tempat lepak geng kitorang masa rehat.. Ini adalah laluan sebelah dataran perhimpunan.











Ini bangunan Kemahiran Hidup. Tingkat atas ada bilik memasak. Dulu, kelas aku adalah satu satunya kelas yang mengambil ERT (Ekonomi Rumah Tangga). Jadi, di tingkat atas ni lah tempat kami~ Dalam kelas ERT, semuanya pelajar perempuan. Jadi, dalam kelas ni lah kami semua gila-gila, main-main.. Aku suka subjek ERT!!!

Cikgu ERT kami, Cikgu Faridah.. Tapi, kami panggil dia cikgu Ayang. Sebab dia suka panggil 'ayang' pada pelajar pelajar dia.. Sayang sangat kat cikgu ni.. Ada sekali tu, masa kami kena memasak, aku cakap lah kat cikgu, aku tak pandai masak.. Tapi, selepas aku masak nasi kerabu, cikgu puji.. Dia kata sedap! hehe.. sayang cikgu!!


Akhir sekali, ini adalah busstand depan sekolah. Tamat saja waktu persekolahan, aku akan tunggu ven di sini. Biasanya, aku bersama adik-adik aku waktu ni. Ok, tamatlah lakonan semula waktu persekolahan... Sedar tak sedar, banyak juga aku bercerita kat sini.. Yelah, cerita zaman sekolah memang banyak.. Terima kasih Izzatie dan Farahanie untuk hari ini..

Watercolour

Cuti sem, tak tahu nak buat apa... jadi saja saja cuba bermain dengan watercolour. Sebelum ni, aku tak berapa minat dengan watercolour... Oil Paint lagi best. Tapi, bila cuba cuba macam ni, seronok jugak!! Ni antara work watercolour aku. Nampak banyak kelemahan.. Biasalah~ budak baru belajar kan.. huhu.. Aku ada mintak pendapat rakan sekelas aku pasal work work aku ni.. Tapi, kat luar sana mesti ada ramai lagi pakar watercolour kan?? Tolong beri tunjuk ajar.. Terima kasih...




Thursday, December 23, 2010

Satu ketika dulu...

Ini kisah zaman sekolah dulu.. Ketika waktu terakhir pelajaran sebelum tamat waktu sekolah. Cikgu Bahasa Melayu dah habis mengajar, dan kami sekelas sedang menunggu loceng berbunyi untuk balik. Sementara menunggu tak buat apa apa tu, aku bersembang dengan ketua kelasku. (seorang lelaki)

Kami berbual rancak. Selepas itu, kelas kami semua bergegas pulang sebaik sahaja loceng dibunyikan.

Keesokan harinya, cikgu Bahasa Melayu kami marah kami. Sebabnya? Sebab kelas kami keluar kelas macam tu je tanpa ucap terima kasih cikgu.

Kalau sekarang aku teringat balik kisah ni, aku tak rasa apa.. Tapi pada ketika kejadian ini berlaku dulu, tahu tak apa aku rasa? Aku rasa macam aku yang bersalah dalam kes ni. Sebab? Sebab... kelas tak ucap terima kasih, sebab ketua kelas tak mulakan. Ketua kelas tak ucap terima kasih sebab sedang bersembang dengan aku. Jadi, aku lah yang salah. Hahaha... Itu pemikiran aku ketika itu. Kuatnya kuasa seorang perempuan, boleh buat satu kelas dimarah. Huhu..

Tuesday, December 21, 2010

Huhu..

Ramai yang bagi nasihat dan pendapat..
Rasanya, aku masih boleh teruskan.
Gagal plan A, ikut plan B.
huhu..

Sunday, December 19, 2010

Selamat Tinggal Impian...

Impian bukan sesuatu yang kita boleh dapat macam tu je. Betul tak?


Bersusah payah cuba buka pintu, tapi... disebalik pintu ada halangan. Macam mana?


"Winners see opportunities in every difficulties; Losers see difficulties in every opportunities."

Unfortunately, i have to say that i see every difficulties in these opportunities... I am not the losers! I just think logically! 'Dreams come true' only happens in fairytale... Budak 5 tahun pun tahu tu..

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Aku tak beri dalih. Aku cuma buntu.. Tak tahu la.. sudah masanya aku lepaskan impian aku?


"Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah, harapan ku hancur, sayap ku patah..."

Ceh.. ayat lagu ni poyo jer.. kalau sayap dah patah, apa boleh buat kan?

Benci aku nak mengaku aku sudah berputus asa..
Tapi, memang pun.
Aku dah putus asa.
Selamat tinggal impian..

Thursday, December 16, 2010

Chocolate Girls

Kebiasaannya, aku jadi Bunga Telur Girl bila ada kenduri famili.. Tapi kali ni, memandangkan bunga telur digantikan dengan coklat, panggil 'Chocolate Girls' la kan? huhu.. Ini gambar gambar chocolate girls.. Semua cun cun kan..



Wednesday, December 15, 2010

Bila aku menjahit...

Teringat masa sekolah dulu.. Ada subjek Ekonomi Rumah Tangga. Aku kena menjahit baju kurung. Bila cikgu tengok baju kurung aku, dia tegur laa... Sebab aku jahit butang kain tak kemas.

Lepas tu aku jawab: "Tak pe la tak kemas pun, asalkan kuat."
Cikgu pun cakap: "Mana boleh macam tu.. Macam mana saya nak bagi markah?"
Aku pun jawab: "Butang kain baju kurung kan tersembunyi bawah baju kurung. Tak nampaklah..."
Lepas tu, memang kena membebel lah dengan cikgu. Nak tak nak, kena jugak bukak semula butang tu dan jahit balik... hehe..

Tuesday, December 7, 2010

MAHA 2010 (gambar-gambar)







Suka budak ni dapat sentuh painting aku..






"Mari, campurkan kuning dan hijau.."




Melukis kucing bersama kakak Fiqah...


Dzikri, artist muda