Friday, November 26, 2010

Mencari masa depan


Baru baru ni, aku ada bersembang dengan abang aku. (Abang angkat laa) Seperti aku, nampaknya, dia risau tentang masa depan dia. Sebenarnya, aku memang dah lama fikirkan pasal masa depan aku. Lepas habis degree ni, aku kena pilih jalan yang betul. Tapi, tengok keadaan abang aku ni, aku lagi risau tentang masa depan dia. Tak nak risau sangat laa, dia seorang yang berfikiran positif.. sepatutnya tak ada masalah.. Seorang senior aku pula, sama juga, sedang risau tentang masa depan sendiri. Aku juga ada adik yang sedang menduduki SPM. Dia juga masih fikir tentang hala tuju nya selepas ini.

Kami semua... dan aku pasti ramai lagi yang turut berada dalam situasi seperti ini. Situasi seperti ini adalah normal untuk peringkat umur seperti kami. Kami semua adalah anak muda yang masih mencari hala tuju, dengan harapan masa depan yang cerah akan menanti kami. Masa depan nampak kabur.

Apa yang patut aku buat? Yang pastinya, aku taknak jadi ibu muda yang duduk rumah jaga anak anak. Aku bercakap soal pelajaran. Ye, aku nak sambung belajar lagi. Tapi, jalan mana yang aku patut ikut? Setiap jalan, bawa ke destinasi yang berbeza kan? Jadi, aku tak boleh tersalah pilih.

Dulu, aku percaya untuk menuju ke masa depan yang cemerlang, aku perlu ada azam, cekal, dan berani. Azam adalah mahkota, cekal adalah perisai, dan berani adalah pedang. Malangnya, aku rasa baru baru ini, aku kehilangan berani. Cuma berani yang tak ada, tapi langkah aku dah terhenti. Azam dan cekal saja tak cukup.. Tak boleh berterusan begini... aku kena terus melangkah...

Wednesday, November 24, 2010

Sepanjang sem ini, part3 degree..

Semester ini, aku part3. Terasa cepat pula semester ni berlalu. Sedar sedar, dah sampai ke penghujungnya... Sepanjang semester ni, aku ambil major painting. Minor pula aku belajar visual culture and material culture. Menarik!!! Aku juga belajar Japan language. Rupanya, banyak juga benda baru aku belajar dalam sem ini.

Pada awal sem, kelas painting aku melawat 'Patisatustudio' yang terletak di Puncak Alam. Walaupun ia berada dalam kawasan perumahan aku, tapi inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Apa yang aku pelajari dari lawatan ini ialah, "Hey, aku pun nak miliki studio macam ni jugak!"

Kelas painting kami


Kumpulan form and soul aku, adalah kumpulan paling baik pernah aku dapat. Dengan membuat tugasan ini, aku belajar banyak benda tentang wayang kulit Kelantan. Sekarang aku nampak, tingginya nilai seni dalam wayang kulit. Betul!! Aku dah suka wayang kuit! Aku juga belajar, kumpulan yang baik adalah berdasarkan ketua yang baik~

Kumpulan Form & Soul kami


Kelas painting aku mempamerkan hasil kerja kami di fakulti selama tiga hari. Di sini, aku belajar yang rupa rupanya ada perasaan aneh apabila artwork sendiri digantung. Rasa malu, tapi bangga, tambah takut, dengan macam macam perasaan lagi. Aku tak henti henti fikir.. apa tanggapan orang ramai terhadap artwork aku?

di Fakulti...


Semester ini, aku mula menghabiskan masa di studio. Buat kerja kat bilik susah laa..

Kami sayang studio!



Perkara paling besar berlaku semester ini ialah, PraGaya. Exhibition pertama aku seumur hidup. Aku tak sempat merasai Diploma Show. Jadi PraGaya ni sangat bermakna untuk aku.




Hujung sem, aku curi curi masa, balik UiTM Melaka sekejap. Nak tengok Diploma Show... Boleh lawat kawan kawan sekali..

Kawan kawan UiTM Melaka. Fiqah, Kurt, Ustaz, aku.


Aku dan Ajlaa





Cuti sem, aku berjumpa dengan kawan kawan sekolah dulu.. Kawan kawan Puncak Alam. Aku suka la... walaupun kami semua dah ikut haluan masing masing, tapi, kami tetap tak lupa satu sama lain...
Farahanie, Izzatie, dan Arnitha


Walaupun semester ni terasa pendek, tapi macam macam aku dapat. Sekarang, tengah bersedia untuk semester hadapan!!!

Wednesday, November 17, 2010

Bermula Semula...

Dah agak lama aku ambil masa mencari semula semangat Fine Art aku yang hilang. Tiba tiba ada seseorang cakap pada ku, : "Kau pesaing aku, jangan tertewas!" Ada orang anggap aku sebagai pesaing? Walaupun dia sekadar cakap supaya aku bersemangat kembali, tapi aku tetap rasa berterima kasih. Sebab, aku memang dah bersemangat!

Pesaing ye? Aku tak layak nak bersaing dengan dia... Tapi, kini aku tersedar sesuatu. Hidup ni, memang perlu bersaing.

Dulu, entah berapa tahun dulu, ketika aku masih pakai kain hitam sekolah rendah, aku ada tanam pokok betik... Lepas tu, Pak Teh aku kata, pokok-pokok aku tu bersaing ruang. Jadi dia cabut beberapa anak pokok tu, tinggalkan sebatang anak pokok yang paling besar. Waktu tu, aku belajar sesuatu- 'bersaing'!

Kenapa kanak-kanak bermain lumba lari? Kenapa cikgu bagi nombor untuk keputusan peperiksaan dalam kelas? Semuanya sebab bersaing!

Kita hidup di dunia ni memang bersaing. Aku sudah menyedarinya ketika aku sekolah rendah lagi... Tapi kenapa sekarang aku jadi macam ni? Kenapa sekarang aku boleh duduk diam, membiarkan orang lain di sekelilingku maju ke depan, tetapi aku masih di tempat yang sama, memerhatikan sahaja. Teruknya... Nasib baik aku sedar benda ni... Jadi, mulai sekarang, aku akan terus maju ke depan! InsyaAllah..

Wednesday, November 10, 2010

Kepulangan ku untuk mencari sesuatu...

Aku pulang ke Melaka... Tempat bermulanya perjalanan aku dalam Fine Art. Aku pulang ke sini untuk melawat Diploma Show. (Alasan!!! Padahal pulang untuk cari sesuatu...) Ape yang aku cari di sini? Aku pun tak tahu. Tapi sejak kebelakangan ni, aku terasa macam mencari sesuatu.. dan hati aku kuat mengatakan, apa yang aku cari boleh didapati di Melaka.

Bersembang dengan seorang kawan di Melaka, membuatkan aku sedar. Rupanya, perjalanan aku dalam fine art terhenti seketika, oleh itu aku rasa kosong. Apa yang aku cari ialah, "Kenapa perjalanan aku terhenti? Apa faktor faktornya?".. Sekarang, aku nampak apa yang aku cari, tapi, jawapan kepada apa yang aku cari ialah? "Aku perlu cari faktor faktor kenapa perjalanan aku terhenti." Bila tengok semula blog aku pun, sejak akhir akhir ni aku banyak cerita kosong je... Tak ada isi...

Hmm.. apa yang aku dah buat sem ni? Kenapa macam dah tak terlibat dengan fine art? Aku tahu jawapannya. Sebab painting laa!!! Siang malam fikir pasal painting, fikir pasal nak guna media apa, nak buat macam mana, nak buat imej apa.. Kalau nak ikut logik, painting tu adalah fine art. Kenapa aku rasa macam dah lama tak terlibat dengan fine art? Sebab, aku buat painting tu, aku rasa macam sekadar menyiapkan kerja je.. Tak rasa macam sedang menghasilkan karya pun..

Aku tak tahu apa yang aku merepek kat sini, tapi aku tahu apa yang aku fikir, apa yang aku cari... dan sekarang, aku nak pastikan perjalanan aku diteruskan.