Sunday, October 31, 2010

PraGaya


Sikit pun aku tak menyesal ambil major painting. Painting sem ini agak menarik! Err.. Sebenarnya agak menyeksakan.. duit, masa, usaha, tenaga, semuanya aku korbankan untuk painting aku. Aku dan kawan kawan sekelasku, tidak dibenarkan menggunakan kanvas. Kami perlu cari gaya sendiri. Sesuatu yang baru.. Mungkin sebab itulah, akhirnya, karya-karya kami kaya dengan kepelbagaian bahan. Inilah PraGaya. Permulaan kami dalam mencari gaya.

PraGaya adalah exhibition aku yang pertama. Aku tak sempat merasai Diploma Show.. Jadi, ini memang betul betul exhibition aku yang pertama. Kelas aku bekerjasama menjayakan exhibition ini.. Kami 22 orang kesemuanya. Alhamdulillah, tak salah aku, 80% dari karya-karya di exhibition ini terjual. (termasuk karya aku..Alhamdulillah..) Perasaan apabila painting terjual, macam mana ye? Tak tahu rasa apa.. Aku pandang painting aku, dan semua pengalaman aku bersama painting aku menjelma di minda. Aku pernah menangis depannya, aku pernah renung dia berjam-jam lamanya tanpa buat apa-apa, aku pernah bercakap dengan dia.. (Eh?? Aku tak gila kan?) Malah, aku pernah tertidur atas painting aku tu. Hahaha...
PraGaya, adalah penghabisan kisah aku bersama painting aku yang satu ni, tapi, ia adalah satu permulaan yang baru untuk aku. Aku nak bermula dengan gaya baru ini.


Apa yang penting, kerjasama!

Tia dan karyanya





Zira dan karyanya












Galeri yang cantik...


Sebelum exhibition...



Laman depan galeri












Bahagian luar galeri


Katalog kami




Kawan kawan sekelas



Umi dan adik-adik aku bersama painting aku.

3 comments: