Sunday, October 31, 2010

PraGaya


Sikit pun aku tak menyesal ambil major painting. Painting sem ini agak menarik! Err.. Sebenarnya agak menyeksakan.. duit, masa, usaha, tenaga, semuanya aku korbankan untuk painting aku. Aku dan kawan kawan sekelasku, tidak dibenarkan menggunakan kanvas. Kami perlu cari gaya sendiri. Sesuatu yang baru.. Mungkin sebab itulah, akhirnya, karya-karya kami kaya dengan kepelbagaian bahan. Inilah PraGaya. Permulaan kami dalam mencari gaya.

PraGaya adalah exhibition aku yang pertama. Aku tak sempat merasai Diploma Show.. Jadi, ini memang betul betul exhibition aku yang pertama. Kelas aku bekerjasama menjayakan exhibition ini.. Kami 22 orang kesemuanya. Alhamdulillah, tak salah aku, 80% dari karya-karya di exhibition ini terjual. (termasuk karya aku..Alhamdulillah..) Perasaan apabila painting terjual, macam mana ye? Tak tahu rasa apa.. Aku pandang painting aku, dan semua pengalaman aku bersama painting aku menjelma di minda. Aku pernah menangis depannya, aku pernah renung dia berjam-jam lamanya tanpa buat apa-apa, aku pernah bercakap dengan dia.. (Eh?? Aku tak gila kan?) Malah, aku pernah tertidur atas painting aku tu. Hahaha...
PraGaya, adalah penghabisan kisah aku bersama painting aku yang satu ni, tapi, ia adalah satu permulaan yang baru untuk aku. Aku nak bermula dengan gaya baru ini.


Apa yang penting, kerjasama!

Tia dan karyanya





Zira dan karyanya












Galeri yang cantik...


Sebelum exhibition...



Laman depan galeri












Bahagian luar galeri


Katalog kami




Kawan kawan sekelas



Umi dan adik-adik aku bersama painting aku.

Saturday, October 23, 2010

Keluargaku yang Besar



Tadi ada kenduri kat rumah Mak Tam aku. Ramai family aku datang. Aku pergi jumpa tok aku.. masuk je bilik dia, aku nampak sorang baby girl yang sangat comel! Dapat peluang dukung pulak tu. Ada ramai orang dalam bilik tok aku. Bukan aku kenal semua pun. Aku pun bisik kat mak aku: "Umi, baby ni sape?" Mak aku bagitahu, baby ni adalah cucu kepada sepupu ayah aku.


Selepas itu, di halaman rumah pula, aku melihat ramai orang. Rasanya, ramai saudaraku disini. Saudara jauh yang aku tak kenal pun ramai. Sepupuku Dila, sambil memerhatikan orang ramai, dia cuba mengingati siapa tetamu tetamu disitu. Sekali sekala, Dila bertanya padaku siapakah dia ni, dia tu, dan lain lain... Aku sekadar tersenyum. Dila ni, aku bukan jenis kenal orang sangat..
Ada ramai orang sedang bersembang sembang. Aku terdengar seorang mak cik ni menberitahu bahawa anaknya orang teater. Kemudian, anaknya itu bercerita mengenai penglibatannya dalam teater. Aku menoleh ke arah anaknya itu. Dia seorang lelaki, nampak macam lebih kurang sama umur dengan aku. Boleh tahan hensem la jugak.. Tapi, hensem bukan persoalannya disini. Persoalannya, kenapa rasa macam pernah nampak dia ye? Aku bisik bertanya pada sepupu ku Dila:"siapa dia? kenapa macam pernah nampak?" Dila beritahu bahawa dia saudara mara kitorang dan dia merupakan pelajar UiTM Shah Alam.


Aku memberanikan diri tanya lelaki tu. "Teater? Kita, kelab teater yang sama ye?" Mula mula dia macam kehairanan juga. "Teater jugak ye?" Lepas tu aku cakap lagi: "Last sem kita buat aktiviti teater yang berdekatan library tu.. kan?" Baru lah dia tersenyum dan dia bertanya lebih lanjut mengenai penglibatan aku dalam teater. Akhirnya, kami masing masing kenalkan nama. Selepas mendengar namanya, memang tak salah lagi. Ya, aku pernah kenal dia semester lepas... Selepas itu aku meminta diri dan beredar dari situ.
Aku tanya mak aku, siapa dia. Mak aku cakap, dia adalah dua pupu ayah aku. Ooo.. dua pupu abah rupanya.. Jadi dia pangkat pakcik-pakcik aku laa.. Mudanya.. Macam tak percaya, orang yang aku pernah kenal di teater, dan aku tak pernah ambil kisah mengenai dia.. rupa-rupanya saudara jauh aku! Besarnya keluargaku!!! Atau, dunia ni yang kecil?

Bukan Amna yang Punya???


Ini adalah kerusi aku di studio. Kadang kala kerusi ni hilang sebab ada orang ambil. Dah penat aku bising setiap kali datang studio: "Mana kerusi aku?!" Hari ini, tiba tiba terdapat tulisan belakang kerusi aku: "BUKAN AMNA YANG PUNYA".
*Aku taw siapa yang tulis ni.. hehe..

Thursday, October 21, 2010

10 watak anime~ lelaki idaman

Sebuah majalah telah menyiarkan 10 watak anime yang menjadi lelaki idaman ramai. Kesepuluh watak itu adalah berdasarkan undian orang ramai. Tapi, aku kecewa apabila melihat di antara kesemua 10 watak lelaki tersebut, tiada satu pun watak lelaki idaman aku. Oleh itu, biarlah aku sendiri yang tentukan siapa yang layak berada pada 10 tangga itu. Jadi, 10 lelaki itu ialah: (aku akan mulakan dengan tempat yang ke-10)





10. Kousuke Ueki

Kousuke Ueki dari anime The Law of Ueki, seorang pelajar sekolah menengah. Dia baik, prinsip hidup dia ialah keadilan, dan seorang yang memahami orang lain, malah baik terhadap semua orang termasuklah orang yang pernah buat jahat padanya. Muka dia yang seakan akan tak ada perasaan tu menjadi tarikan. Tapi, minta maaf lah Ueki, aku cuma boleh bagi tempat ke10 untuk kau. Daya tarikan tak berapa banyak.






9. Train Heartnet

Dari Anime Black Cat, Train Heartnet. Dia digelar Black Cat. Seorang yang senyap, jarang senyum, dan lihatlah pada mata dia yang seakan akan mata kucing tu.. Cool kan...






8.Vegeta

Vegeta adalah watak dari Dragon Ball Z. Seorang watak jahat. Mungkin tak jahat sangat kot...
Dari segi fizikal, Vegeta ni kurang ketinggian. Haha.. Tapi, lihat lah dahi dia yang luas tu. Vegeta sangat kuat. Dia juga panas baran dan ego tinggi. Semua sifat buruk dia tu lah yang menarik!








7. Sawamura Seiji

Sawamura Seiji dari anime Midori no hibi. Dia samseng, kasar, ditakuti ramai. Aku suka!!!










6. Ri Koyu

Ri Koyu dari anime colourcloud palace, hanyalah watak sampingan. Rupa dia hensem kan? kan? kan? Dia seorang yang pandai dan bekerja di Istana. Tapi walaupun dia pandai, dia selalu sesat jalan! Dalam rumah dia sendiri pun, dia boleh sesat. Ri Koyu ada sejarah silam sendiri yang menjadikan dia sensitif. Namun, sifat sensitif dia tu disembunyikan disebalik sifat cepat marah.







5.Ramna
Ranma dari anime Ranma 1/2 ialah seorang lelaki yang boleh menjadi perempuan jika terkena air. Dia hebat dalam seni mempertahankan diri. Perangai dia adakalanya kebudak budakan. Egonya agak tinggi. Walaupun dia sayang tunangnya, Akane, tapi dia tak tunjukkan.Dia jenis tak layan perempuan lain selain dari tunangnya. Oklah... sifat dia agak sempurna untuk dijadikan lelaki idaman, tapi kenapa berada pada tempat ke-5 sahaja? Sudah tentulah sebab dia takut kucing!!!








4.Sesshoumaru
Sesshoumaru dari anime Inuyasha merupakan abang kepada Inuyasha. Dia sangat dingin, kejam, kurang bercakap.. Cool je... Rupa pun kacak! Suka betul dengar cara dia bercakap, malah cara dia berjalan pun cool je. Huhu.. suka betul!!!







3. Takashi Morinozuka

Aku menghadapi masalah untuk putuskan sama ada nak letak dia ni di tempat ke-2 atau ke-3. Inilah Mori dari Ouran high school host club. Dia ni hensem sangat kan! Dia cool dan pendiam je.. Dia sangat besar. Bila berada bersama kawan kawannya, dia lah yang paling kelihatan. Dia memang kurang bercakap. Tapi, nampak sangat penyayang!






2.Kyoya Ohtori

Kyoya juga datang dari Ouran High School Host Club. Orang yang tak mengenalinya akan sangka dia seorang yang bijak, peramah dan baik hati. Tapi hakikatnya, dia seorang yang dingin dan kejam. Sanggup buat apa saja untuk mencapai cita citanya. Apabila dia berbaik dengan orang lain, semuanya adalah kerana faedah yang mungkin diperolehi. Dia seorang yang bercita cita tinggi dan tak akan buat benda yang tak berfaedah. Egonya sangat tinggi. Dia selalu berpendapat bahawa dia berkawan dengan sesiapa adalah kerana kebaikan yang mungkin dia bakal perolehi dari orang tersebut. Tapi, tanpa dia sedari, dia sebenarnya ikhlas berkawan dengan Tamaki Suoh, malah dia sanggup buat apa saja untuk Tamaki. Dia boleh dikatogerikan sebagai pentingkan diri. Tapi, bukankah orang yang bercita cita tinggi itu sangat menarik? Suka dia!!!






1. Inuyasha

Aku meletakkan Inuyasha di tempat pertama. Rasanya keputusan aku ni tepat sekali! Inuyasha adalah syaitan anjing separa manusia. Inuyasha memang panas baran. Kasar pulak tu. Tapi sebenarnya hati dia lembut. Dia setia dalam percintaan, dan dia amat menjaga gadis yang disayanginya... Bagusnya kalau boleh buat Inuyasha menjadi anjing peliharaan! Inuyasha sangat comel!!!
*****


Nampaknya, 10 lelaki ni berdasarkan pendapat aku sendiri je... Hahaha, kalau perempuan lain baca, mungkin ramai yang tak bersetuju. Lebih lebih lagi, kalau korang perasan, 10 watak yang aku pilih ni, kebanyakannya jenis ego, dingin ataupun pendiam. Haha.. Sebab aku suka macam tu!! Huhu.. lain kali, aku nak pilih 10 watak perempuan pulak..

Tuesday, October 19, 2010

Studio ku, Syurga ku..

Aku tak ingat. Entah dah berapa malam aku bermalam di studio kesayangan aku ni... Sampaikan, roommate aku sendiri cakap: "Amna, dah lupa jalan balik bilik ke?" Sejujurnya, duduk studio memang best. Di bilik, panas, sempit, dan bila lewat malam, lampu bilik tutup sebab roommate nak tidur. Bagi Fine Art yang berjaga malam untuk buat kerja ni, susah la kalau lampu ditutup. Sebab itu la aku lebih suka menghabiskan masa di studio.. Huhu..





Makan~
(Rasanya waktu ni dah hampir Subuh)






Matahari terbit...
Kami masih di studio...



H.I.T.A.M


Monday, October 11, 2010

Aku, Mereka dan Kelas Painting.

Kelas painting sem ini agak mencabar. Apatah lagi kanvas telah diharamkan dalam kelas kami. Jadi bagaimana nak menghasilkan painting tanpa kanvas? Sepanjang sem kami bertungkus lumus. Kini, semuanya hampir berakhir. Sebab, malam ini, kami akan gantung artwok artwork kami untuk acessment esok. Sudah banyak hari jadual aku kelam kabut. Tidur tak cukup, makan tak cukup, semuanya sebab masa tak cukup. Jadi, lega rasanya nak menggantung artwork aku ni..

baiki painting sebelum bawa keluar studio


Keadaan sebelum sediakan tempat.









mengangkat artwork















masing-masing keletihan



lipas yang tak ada kaitan