Thursday, August 26, 2010

Kumpulan Form & Soul kami...

Kumpulan untuk form & soul ditentukan oleh prof... Nasib je la dapat sekumpulan dengan siapa.. Syukur sangat sangat, aku dapat kumpulan yang sangat baik!! Kalau pilih ahli kumpulan sendiri pun, belum tentu boleh dapat kumpulan yang baik..

Ketua kumpulan kami, Safar. Dia sangat bagus, kumpulan kami teratur sebab dia. Dia memang layak jadi ketua. Seterusnya, kami ada Idrus. Sejujurnya, mula mula aku kenal Idrus dulu, aku ingat dia seorang yang main main dan tak serius buat kerja. Tapi, bila dah kenal dia, rupa rupanya, dia hebat. Dia tahu apa yang dia buat. Ahli kumpulan yang lain pula, kawan kawan yang merupakan pelajar penerapan seperti aku. Zai, aku suka dia. Dia perempuan yang sangat matang. Lepas tu, kami ada Ajin yang selalu ceria.. dan Zira yang mudah beri kerjasama. Termasuk aku, kami semua berenam!!!

Beberapa minggu lepas, kami pergi ke Istana Budaya untuk menyempurnakan tugasan kami. Kami pergi berjumpa dengan En.Rahimidin. Dia mempunyai koleksi patung wayang kulit, dan pernah beberapa kali menjadi dalang. Aku suka kumpulan aku ni, dan aku baru belajar untuk suka wayang kulit. Jadi, aku akan buat yang terbaik untuk form & soul ni...



sementara menunggu Safar sampai..



Zai & Ajin




Terima kasih En Rahimidin... banyak tolong kami..



Depan Istana Budaya.
Dari kiri, Ajin, Safar, Idrus, Zira, dan aku....
(Zai yang tangkap gambar)


Kucing yang aku jumpa hari tu...
Tak ada kaitan dengan kumpulan kami pun...

No comments:

Post a Comment