Thursday, August 26, 2010

Kumpulan Form & Soul kami...

Kumpulan untuk form & soul ditentukan oleh prof... Nasib je la dapat sekumpulan dengan siapa.. Syukur sangat sangat, aku dapat kumpulan yang sangat baik!! Kalau pilih ahli kumpulan sendiri pun, belum tentu boleh dapat kumpulan yang baik..

Ketua kumpulan kami, Safar. Dia sangat bagus, kumpulan kami teratur sebab dia. Dia memang layak jadi ketua. Seterusnya, kami ada Idrus. Sejujurnya, mula mula aku kenal Idrus dulu, aku ingat dia seorang yang main main dan tak serius buat kerja. Tapi, bila dah kenal dia, rupa rupanya, dia hebat. Dia tahu apa yang dia buat. Ahli kumpulan yang lain pula, kawan kawan yang merupakan pelajar penerapan seperti aku. Zai, aku suka dia. Dia perempuan yang sangat matang. Lepas tu, kami ada Ajin yang selalu ceria.. dan Zira yang mudah beri kerjasama. Termasuk aku, kami semua berenam!!!

Beberapa minggu lepas, kami pergi ke Istana Budaya untuk menyempurnakan tugasan kami. Kami pergi berjumpa dengan En.Rahimidin. Dia mempunyai koleksi patung wayang kulit, dan pernah beberapa kali menjadi dalang. Aku suka kumpulan aku ni, dan aku baru belajar untuk suka wayang kulit. Jadi, aku akan buat yang terbaik untuk form & soul ni...



sementara menunggu Safar sampai..



Zai & Ajin




Terima kasih En Rahimidin... banyak tolong kami..



Depan Istana Budaya.
Dari kiri, Ajin, Safar, Idrus, Zira, dan aku....
(Zai yang tangkap gambar)


Kucing yang aku jumpa hari tu...
Tak ada kaitan dengan kumpulan kami pun...

Monday, August 23, 2010

Creativity is allowing yourself to make mistakes.
Art is knowing which ones to keep.

Friday, August 20, 2010

Sebuah Kisah Pendek di Bulan Ramadhan

Satu pagi di bulan Ramadhan, aku baru bangun tidur dan menuju ke bilk air. Kolej Seroja sangat besar. Jadi, aku kurang mengenali jiran jiran bilik lain. Ketika aku lalu di depan sebuah bilik, kelihatan dua orang gadis bersama seekor burung yang tak boleh terbang. Aku berhenti dan tanya mereka mengenai burung tersebut. Burung itu tak dapat terbang, kemungkinan kakinya yang cedera. Selepas itu, salah seorang dari gadis itu menyuap air kepada burung tersebut.

Nampak tak cerita ni tak ada isi? Sebenarnya, aku saja nak cerita suasana yang nampak indah ni.. Nampak indah sangat! Watak utama dalam cerita ni ialah dua orang gadis itu dan burung tersebut. Aku hanyalah watak sampingan yang sekadar lalu sebagai latar belakang. Tapi aku gembira. Burung tu juga pasti gembira diselamatkan, dan dua orang gadis tu juga tentu gembira kerana dapat menyelamatkan haiwan.

P/S: Tolong jangan makan telur penyu! Penyu sedang berada pada tahap yang kritikal!!

Friday, August 13, 2010

Jawapan dari aku, untuk aku..

Apabila seseorang berkata kepada aku, "kau bukan fine art", dah tentu lah aku mengamuk!!!! Tapi, aku kena fikir juga, macam mana kalau apa yang dia kata tu betul? Sebab aku sendiri pun sedang dalam keadaan ragu-ragu. Tertanya tanya juga, sesuai ke fine art ni dengan aku?
Lebih kurang setahun setengah yang lalu, lecturer aku masa diploma part2, En Rasid, pernah berkata pada kami sekelas: "Kamu semua ni, baru sebelah kaki je dalam fine art.." Sebab ketika itu kami masih terlalu baru dalam fine art. Kini, setelah beberapa semester berlalu, aku sedar yang sekarang kedua dua belah kakiku berada dalam fine art. Rasa gayat pulak.. Takut tak boleh nak keluar lagi dari fine art selepas ni... Mungkin ke betul apa yang 'orang tu' cakap? Aku bukan Fine art?
Nak tahu aku fine art ke tak, aku rasa aku kena tahu dulu apa itu 'fine art'. Kawan aku Fiqah kata, "Fine art itu apa yang kita buat, dan fine artist lain pula maksudnya.." Ya, aku tahu perbezaan tu, tapi aku mencari sesuatu tentang fine art. Fine art ni sejenis apa? Kalau sekadar sejenis palajaran yang diajar kepada pelajar-pelajar department fine art, yang itu aku tahulah... Apa itu 'art'? Sejak zaman dulu, ramai ahli falsafah dan artist berdebat mempersoalkan "What is art?". Benda tu tak ada kesudahan.. Seni terlalu luas. Tambahan pula, setiap orang ada pandangan dan tanggapan masing masing. Kalau ditanya soalan itu pada aku, aku jawab: "Art is a language in a visual form." Dari mana entah aku terbaca statement ni.. Ah abaikan...
Sekarang, berganjak ke soalan: "Adakah aku seorang Fine Artist?" Apa tu 'Artist'? Artist ialah seseorang yang menghasilkan karya. Adakah aku seorang artist? Macam mana nak nilai diri ni seorang artist ataupun tidak? Adakah artist hanya merujuk kepada mereka yang bekerja sebagai artist sahaja? Tak boleh ke seorang PELAJAR seperti aku menggelar diri artist? Hehe.. Boleh ke tak ye?
Merepek.. sedangkan, Picasso pun kata "I am a painter." Bukannya "I am an artist.". Kenapa ya? OK, tak ada kaitan dengan aku... abaikan je...

***

Terdapat 4 peringkat sebulum diri betul betul memahami dan menghargai seni.
Peringkat 1: Art Appreciation.
~Di peringkat ini, yang penting adalah pemahaman 'principles and elements of art'.

Peringkat 2: Art History.
Peringkat 3: Art Criticism.
Peringkat 4: Philosophy of art and aesthetics.

Ok... aku sedar diri... aku baru berada dalam peringkat 2 atau mungkin baru 1... Huhu..

Eh, aku dah cakap keluar tajuk ni.. Aku cakap pasal apa? Rasa macam dah sesat sangat sangat ni..Makin banyak aku fikir, makin susah pulak jadinya. Sebenarnya, apa yang aku cari? Bak kata Mohsin, (senior aku) "faham situasi dulu.." Nampaknya aku tak faham situasi.. Aku tak tahu apa yang aku cari! Sebab tu lah sesat!!! Sesiapa... tolonglah...

***

Sebenarnya, benda ni simple. Cuma aku tak boleh nampak awal awal. Fikir balik, kenapa aku marah bila orang kata aku bukan fine art? Sudah tentu lah sebab aku fine art! Kalau tidak, tak perlulah aku rasa marah kan? Selesai!!! Jawapannya, aku fine art! Ok, kes ditutup. Aku nak pergi sambung buat painting...

P/S: Kepada 'orang itu'.. bagus juga kau kata macam tu. Kau buat aku banyak berfikir...

***

Tak boleh macam ni!!!! Apa yang aku tulis di atas menunjukkan yang aku lari daripada fikir masalah. Mungkin aku rimas. Dah beberapa hari aku fikir pasal benda ni. Nasib baik tiba tiba aku terbaca "mind that have problem is not a serious mind." Terbaca dari sebuah buku.. Katanya, minda yang serius akan memahami setiap masalah dan cuba untuk menyelesaikannya. Hanya minda yang tidak serius membawa masalahnya ke hari hari berikutnya. Terasa pulak aku. Entah dah berapa hari aku fikir pasal ni...

Bila aku fikir pasal perkara ni sebaik baiknya, Sebenarnya, masalah aku bukan berpunca daripada orang yang kata "kau bukan fine art" tu. Tapi sebenarnya, masalah ni dah lama berada pada aku. Seingat aku, sejak aku part3 diploma dulu.. Ye, sejak dulu aku dah ragu ragu untuk teruskan fine art atau tidak. Aku suka fine art.. Tapi aku juga sedang mengejar sesuatu yang lain.
Normal la bagi remaja.. menghadapi masalah untuk memilih jalan hidupnya. Tapi, aku jadi terdesak sangat bila aku sedar bahawa dalam masa beberapa minggu saja lagi, aku akan masuk umur 20! Bukan lagi belasan tahun. Aku nak masuk umur 20 dengan terkial kial tak tahu hala tuju ke? Tak boleh!!! Jadi pemikiran begini lah yang meletakkan aku dalam masalah!

"Berasa ragu ragu pada seseorang adalah proses mengenali orang itu. Mempercayai seseorang adalah tanda berputus asa untuk cuba mengenali orang itu."

Tiba tiba aku teringat kata kata ni.. Kata kata yang pernah aku dengar satu ketika dulu. Kata kata ni boleh digunakan dalam situasi ni. Aku ragu ragu pada fine art. Jadi, apa salahnya.. kerana ini tandanya aku dalam proses mengenali fine art! Betul kan??

Jadi, buat masa ini... jawapan yang paling tepat untuk persoalan aku ialah, "Aku dalam proses mengenali fine art!" Bukan macam ni jawapan yang aku cari, tapi sekurang kurangnya aku faham masalah aku, situasi aku. Aku agak kecewa bila sedar aku telah habiskan masa dari part3, fikir pasal ni.. tapi masih belum jumpa jawapan. Tapi rasanya, inilah kali pertama aku fikir betul betul pasal masalah ni. Dan kesimpulan yang aku boleh buat ialah ' dalam proses mengenali fine art' ? Fikir lama lama untuk jawapan macam ni? Tak apalah.. biarlah aku ambil masa yang lama sekalipun untuk mengenali fine art ni. Asalkan, satu hari nanti, aku boleh jawab. Sama ada aku fine art, atau tidak. Tu je..