Monday, June 28, 2010

Kenduri di Kedah

Akhirnya, lepas ambil masa seketika untuk fikir, aku buat keputusan untuk ikut abah balik Kedah... Ada kenduri.. Macam biasalah, kalau kenduri keluarga, aku dan sepupu sepupu aku akan jadi 'gadis bunga telur'. Perempuan yang terpacak kat tepi khemah sambil tunggu tetamu datang untuk memberi bunga telur, haa... itu lah tugas kitorang. Tugas ni sebenarnya seronok, dapat tengok perangai orang ramai.. ada makcik bawa anak-anak kecil, ada budak budak yang comel, ada nenek muka baik je, ada pakcik-pakcik yang tanya aku "ni anak siapa?" seingat aku, dari dulu aku gembira buat kerja ni, cuma... letih sebab sepanjang masa ~terpaksa senyum! sakit pipi aku yang susah senyum ni!

Gambar kat atas ni, Aisyah!!!
Comelnyer!!!!!!!



Eh, kebetulan kita semua pakai baju sama warna!
Jom ambil gambar!!!



Esoknya, kami bertolak pulang... Sebelum balik, kami singgah di Muzium Padi. Abah kata, ada lukisan besar! Ooo.. nak masuk kena bayar.. Mestilah! mana ada benda percuma! Masuk tandas pun kena bayar.. inikan pulak muzium.. Seorang RM3. Kanak kanak RM1. Baby aku (kamera) pun kena bayar, RM2. Eh? bayar untuk 'baby' lagi mahal dari kanak kanak?

Dah nama pun muzium padi, pagar kat tepi pun bermotifkan padi...

Sampai kat dalam, ada macam macam cerita & info mengenai padi. Naik tingkat atas sekali, ada lukisan besar!!! Lukisan itu menunjukkan pemandangan sekitar Kedah.. Nampak padi, rumah, suasana kenduri, orang bermain wau, macam macam la... Seolah olah kita sedang berada di tempat tinggi, melihat pemandangan sekeliling... Tapi, ini la benda yang aku tak faham. Kenapa buat lukisan? Kenapa tak buat saja tempat tinggi untuk kita melihat pemandangan? Huhu.. walau apa pun, aku sebenarnya cemburu pada pelukis yang buat ni.. sebab dia dapat melukis kat dinding yang besar!!!! Mesti puas!!!


Wednesday, June 23, 2010

Hantar Diba ke KMB

"babai..."



Sementara tunggu Diba selesai urusan pendaftaran, aku teman Najaa duduk di 'kidz corner'.
Kat situ, aku terjumpa kembar comel ni..
Zahin Ayuni & Zahin Alwani (8).

Sunday, June 20, 2010

Cat Art Festival


19 June 2010

Cat Art Festival...
Aku hadir sebagai peminat seni atau peminat kucing?
Tak kisah lah.. sebab aku memang peminat seni DAN kucing.
Sedar tak sedar, rupa rupanya banyak benda yang aku pelajari luar dari UiTM.

Apa yang aku belajar hari ni?
-Semua artist yang terlibat ialah artist wanita. Hebat kan? Hebat kan? Hebat kan?
-Kucing memang comel!!!

Hehe.. Bukan itu yang aku belajar.
Rasanya, aku belajar untuk mendengar dan melihat sekitar aku.
Selama ni, mungkin aku hanya mendengar dan melihat diri aku sendiri saja tanpa menyedari dunia sekeliling...

Senior aku, Ijal, dia kata bila dia berada dalam kesibukan kota, dia selalu memerhati orang. Kenapa orang itu berjalan ke sana? kenapa orang ini duduk disitu? Kenapa tiang lampu tegak? Semua benda di sekitar kita ini, ada 'kenapa'. Lepas tu, aku jawab: "Kalau aku, aku melihat dengan cara ini; aku adalah watak utama, setiap orang yang lalu lalang disekitar kota ini adalah watak sampingan. Kenapa mereka lalu disini, adalah kerana mereka sebahagian dari latar belakang." Nampaknya, cara aku dan Ijal memerhati dunia, berbeza. Ijal kata, pendapat aku itu seperti teater.

Aku tak membangkang pendapat Ijal. Aku terima, tapi aku masih dengan pendapat aku. Sewaktu perjalanan pulang, aku rasa kini aku melihat dunia dengan cara yang lain. Aku masih dengan pandangan aku, dan pendapat aku. Cuma mungkin aku menerima juga pendapat Ijal.
Susah nak terangkan disini.. apa yang aku tahu ialah, aku tahu apa yang aku tahu. Sesiapa yang baca ini mungkin tak tahu apa yang aku tahu sebab cuma aku yang tahu apa yang aku tahu. Sekarang, bunyinya macam merepek pulak. Tapi aku tahu aku tak merepek.

Cat Art Festival, ia mengajar aku sesuatu yang aku belum nampak. Jadi, aku kena cuba untuk nampak!

*Minta maaf la kalau susah untuk difahami... Sebab aku betul betul tulis apa yang aku nak tulis...



Bercuti di Melaka

17 & 18 jun 2010
Ayer Keroh, Melaka

Walaupun sibuk sikit cuti kali ni, tapi aku dan keluarga aku sempat juga bercuti..
Lokasi, Melaka.. Mula mula, kami sampai di Ayer Keroh Country Resort.


Dah jadi hobi kami adik beradik, bila ada peluang je, kami posing depan kamera. (Yela tu hobi..)

Seterusnya, kami ke Taman Botanikal.Aku yang bagi cadangan datang tempat ni. Ini tempat yang paling aku suka di Melaka. Pokok tinggi tinggi! Memang indah! Kalau dapat melukis kat sini, best jugak... tapi belum ada peluang...

Di Taman Botanikal, kami sekeluarga menaiki 'buggy'. Tak tahu pulak ada benda camni kat sini...
Sempat jugak kami bergambar dengan 'buggy' kami...


Kantoi... aku ambil gambar diri sendiri

Di tepi pantai..matahari terbenam...
Hari esoknya, aku sempat singgah sekejap di Galeri Seni Rakyat. Senior senior aku di Melaka buat diploma show disini. Niat memang nak datang dip show diorang hari tu, malangnya, tarikh dip show tu terkena hari aku ada exam... Jawab exam di Shah Alam, hati di Melaka. Tapi, Alhamdulillah.. hari ini, aku sempat lihat work diorang...
Sebelum balik, singgah rumah kawan Umi. Di sini, aku bagi ayam makan... Best!!!!
Kesian kat aku, aku selalu nampak ayam yang boleh dimakan je. Jarang nampak ayam yang bergerak. Huhu...

Sentuh anak ayam?
Rasanya, ni baru kali kedua seumur hidup..
Dulu pernah sekali masa sekolah rendah..


Gambar kami adik beradik makan aiskrim...
Ni memang kebiasaan kami.
Sejak kecik, kami selalu ambil gambar dengan aiskrim setiap kali keluar bercuti..

Tuesday, June 15, 2010

8 tahun yang lepas...

Kebiasaannya, kawan kawan aku yang tahu aku ni anak pelukis, diorang suke tanya soalan macam ni: "Kau belajar melukis dari ayah kau ye?"

Aku tak tahu nak jawab soalan ni macam mana.. tapi, sekarang aku tahu. Ye, ayah aku memang ajar aku melukis. Cara dia, bagi aku kertas, dan suruh aku lukis muka dia. Baru baru ni, ayah aku tunjuk kat aku lukisan yang aku lukis masa darjah 6 dulu, yang dia masih simpan. Ada lagi, tapi aku tunjuk satu je....



Bawah ni pulak, aku lukis mak aku dan adik aku...

Sunday, June 13, 2010

Aku dan ???

Pada satu petang Jumaat, aku menaiki KTM seorang diri. Gerabak yang aku naiki itu dipenuhi perempuan. Tiada lelaki!
-sebab aku masuk 'ladies coach'!

Best taw!! rasa macam perempuan diberi keutamaan... Hujan renyai renyai di luar. Aku tiba di rumah Fiqah ketika langit hampir senja. Perjalanan ni tak berjaya buat aku lupa pada masalah aku. Dalam otak aku, satu benda sahaja~ "aduh... pointer aku jatuh teruk!!!!"

Bermalam di rumah Fiqah, aku mendapat sedikit semangat. Sebagai seorang rakan, Fiqah berikan semangat untuk aku bangkit semula. Katanya, degree, mestilah lain dari diploma. Aku belum biasakan diri lagi.

Pagi Sabtu, setelah aku dan Fiqah bersiap, kami pergi menjemput Ijal yang baru tiba di stesen LRT Ampang. Kemudian, kami menunggu Mohsin tiba. Selepas itu, kami berempat menuju ke Melaka.

Pertandingan melukis bertemakan sungai Melaka, berjalan lancar. Tangan aku laju mengisikan kertas di hadapanku. Kertas warna putih bertukar kepada warna tanah kerana aku pilih untuk menggunakan warna tersebut.

Sejujurnya, perasaan aku tak tenang ketika melukis. Dalam otak aku, "Itu bukan pointer Amna, itu mesti pointer Syakira!" Syakira yang tak berdosa dipersalahkan. Padahal, aku dan Syakira itu orang yang sama. Akhirnya, kesalahan naik ke bahu aku semula. Mungkin aku tak tenang sebab asyik merenung kertas yang berwarna coklat ni. Warna coklat membangkitkan kekecewaan! Aku salahkan warna pula...

Satu ketika dulu, Mohsin, senior yang aku kagumi, pernah tanya aku, bagaimana dengan 'fast track'. Aku jawab: "Entah.. kami pelajar penerapan ni bagai 'bahan kajian' je." Kemudian Mohsin menjawab: "Bahan kajian akan berakhir dengan dua kemungkinan sahaja. Sama ada terlalu teruk, atau terlalu bagus. Jadilah yang terlalu bagus!" Sekarang, aku jadi segan dengan Mohsin sebab aku telah jadi bahan kajian yang berakhir dengan sangat teruk!

Pertandingan berakhir. Aku mendapat tempat naib johan. Alhamdulillah... rezeki... Ijal, senior yang aku hormati mendapat johan. Selepas itu, kami berempat pergi makan. Fiqah ada menegur aku, suruh aku senyum. Baru aku sedar, aku tak senyum. Tak boleh ke aku bersyukur dengan kejayaan ni dan menerima pointer aku seadanya? Jadi, aku pun senyum. Nampak sangat ayat ni tipu!!! Tak, aku tak boleh terima pointer macam tu!

Tibalah waktu untuk pulang, Mohsin menghantar kami ke rumah Fiqah. Di situ, kami semua berpisah, kecuali aku dan Ijal. Kami bersama sama menaiki LRT. Sepanjang dalam LRT, Ijal banyak beri nasihat. Aku sedar sesuatu yang aku tak pernah sedar sebelum ni. Aku meletakkan cita cita aku terlalu tinggi, jadi aku tak pernah merasai perasaan cita cita tercapai. Sebab itu la hidup aku tak gembira. Bak kata Ijal, "Kita tak boleh menangkap dua ekor burung serentak. Kita kena menangkap seekor dulu, simpan, kemudian baru menangkap lagi seekor. Kalau kita menangkap kedua duanya serentak, ada kemungkinan, kita akan terlepas kedua duanya sekali."

LRT yang kami naiki tiba di Bandaraya. Di situ, aku dan Ijal berpisah. Aku menaiki KTM dan destinasi aku ialah Batu Tiga. Namun, aku tiba tiba tersedar bahawa KTM yang aku naiki telah melalui Seputeh. "Nanti dulu, sepatutnya tiada Seputeh dalam perjalanan ke Batu Tiga !". Ok, aku dah salah.. Aku sepatutnya turun di KL Central tadi, dan tukar. Jadi, aku pun turun di stesen seterusnya iaitu Salak Selatan. Selepas itu, aku patah balik ke KL Centaral dan menuju ke Batu Tiga. Yalah, ini serupa seperti peribahasa 'Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan'. Persamaan keadaan ini dan hidup aku sekarang ialah... ya, pointer aku yang jatuh ini ialah penghujung jalan yang salah, jadi apa yang perlu aku buat ialah, mulakan semula usaha aku! Ooo ada hikmahnya aku sampai ke Salak Selatan ni...

Aku sampai ke rumah dengan selamat. Alhamdulillah... Aku fikir semula yang Ijal kata tadi. Aku patut tahu apa yang aku nak. Mana yang penting, mana yang patut didahulukan... Lepas tu aku terfikir.. kan bagus kalau aku boleh pecahkan diri aku, menjadikan diri aku, lebih dari seorang. Lepas tu, dapat la aku buat semua yang aku nak...

Amna A buat Fine Art, Amna B buat animation, Amna C fokus pada teater, dan Amna D buat manga! Haha, kalau betul ini terjadi, aku rasa aku tahu apa akan berlaku.

Berlaku lah perbualan antara Amna-Amna itu...

Amna A: Aku suka fine art... tapi, entahlaa. Amna B, nak tak kita tukar? Aku nak animation.
Amna B: Aku suka Fine Art, tapi err.. tukar?
Amna C: Amna A, tak aci!!! kenapa kau yang dapat Fine Art???

muncullah Amna D untuk tenangkan huru hara ini...

Amna D: Sudah, jangan bertengkar lagi!!! Apa kata, kita bergabung dan buat semuanya
bersama ?

maka, semua Amna-Amna itu bergabung. Akhirnya, Amna jadi seorang semula... Kesimpulannya, semua ni aku kena buat seorang. Tak guna kalau dapat jadikan diri aku lebih dari seorang. Huhu...

Hari Sabtu berakhir, dan Ahad menjelma. Adik aku Diba, berkata sesuatu pada aku. "Letak la cita cita pada yang boleh capai dulu, kemudian baru letak lebih tinggi." Aku faham... seolah olah menaiki tangga. Aku patut capai satu persatu ikut turutan. Bukan terus nak capai yang tertinggi. Kata kata Diba mirip kata kata Ijal mengenai tangkap dua ekor burung tu. Umi pula kata, "Kita takkan selama lamanya tinggi. Sekali sekala kita akan jatuh..." Betul, aku kena belajar terima kejatuhan ni...

Sampai sekarang aku tak dapat terima kejatuhan ni. Tapi aku sedar, dari kejatuhan ini lah aku belajar banyak benda... Lagi pun, aku patut berhenti bersungut. Tuhan baru sahaja beri aku rezeki naib johan...


Gambar gambar di Melaka





Monday, June 7, 2010

Sepanjang sem02 di UiTM Shah Alam

Ini ringkasan kisah aku sem ini di UiTM Shah Alam.... Kali pertama belajar kat sini... Sebelum ini, UiTM Melaka... Memang la rasa berbeza Shah Alam dengan Melaka, walaupun rasa macam kat Melaka lagi banyak masalah, tp kat sana ada kawan kawan yang da bersama selama setahun setengah. Jadi, aku tahu siapa kawan, siapa bukan...

Mula mula sampai Shah Alam, keluarga hantar...
Ini gambar Abah, Umi, (kanan) dengan mak ayah
Fathin.(kawan baik aku dari Melaka)

Antara aktiviti awal di sini, Nature Walk... Kalau tak salah, semua pelajar baru Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) menyertai ni... Aku dapat group 7. Ini gambar group aku yang aku ambil dari Facebook kawan...

Induction untuk pelajar Fine Art... aku tak ada dalam gambar ni. Kitorang kena pakai topeng bertemakan flora dan fauna. Sebab induction ni laa, aku ada bermusuh ngan sorang senior. Ego giler akak tu... senior lain yang tak bersalah dah minta maaf, dia buat tak tahu je... Padahal, dia la yang paling bersalah!

Aku ada kelas drawing yang diadakan melukis di zoo. Aku takkan lupa pada orang utan yang duduk diam je depan aku, macam tahu aku sedang melukis dia!
*papan belakang ni, 'APE CENTRE'

Aku bekerja dalam kumpulan, menghasilkan wire sculpture, bentuk manusia.
Aku ditugaskan membuat bahagian lengan dan tangan.
Ini lakaran aku, beserta sedikit dawai.

Ini pula, aku bersama wire sculpture kami yang dah siap.

Kawan aku dari Melaka, Boss, kebetulan ada aktiviti Palapes di Shah Alam.
Jadi, Boss datang berjumpa aku sekejap.

Di UiTM Melaka, ada event 'Pabila Bulan Mengambang'. Aku yang bukan lagi pelajar sana, datang jugak. Kawan-kawan sana jemput... apa salahnya kan?... Best dapat jumpa semula diorang semua. Dalam gambar ni, aku tak ada. Sebab aku yang pegang kamera...

Ini pula, gambar kawan kawan sekelas di Shah Alam.
Lagi sekali, aku tak ada dalam gambar... sebab aku yang tangkap gambar...

Sem ni, aku belajar welding. Teruk!!!!

Aku melawat I-city.
Aku bersama kawan kawan aku, Nadia, Ajin, Yat, dan Dila.
Kami berjalan kaki datang ke sini.

Dinner Fine Art, bertemakan Pop Art...

Kesimpulannya, sem ni berlalu dengan baik kalau nak dibandingkan dengan sem lepas...
Tapi, aku rindu kehidupan sem lepas laa...