Saturday, May 1, 2010

Karya itu...

Aku dapat satu tugasan. Lecturer aku suruh kelas aku, masing masing mengkaji tentang seorang artist Malaysia. Selepas itu, kami dikehendaki membuat satu karya berdasarkan karya artist yang kami kaji.

Aku diberikan artist Din Omar, dan karyanya ialah 'Antara Dua Hidangan'. Lecturer aku cakap, tiru sama ada teknik dia, atau ideanya. Aku pilih untuk tiru idea. Jadi, karya aku juga berkisar tentang pertembungan dua hidangan.... Cuma, teknik aku... walaupun aku tetap guna teknik kolaj seperti Din Omar, tapi dari segi cara sapuan berus, penggunaan warna, semua lain!

Apabila karya aku siap, aku tertanya tanya... apa taraf karya aku? Kalau aku tiru karya seorang artis, dah tentulah takkan dapat tandingi artis tersebut. Lagipun, ini kan idea dia?

Lecturer aku cakap, tujuan tugasan ini diberikan, adalah untuk kami mencari style masing masing~ oleh itu kami perlu mengkaji style artis Malaysia dulu...

Terlalu banyak persoalan yang bermain kat kepala aku sekarang.. mesej dalam karya aku sampai tak? penggunaan warna aku ok tak? apa pandangan orang terhadap karya aku? kalau fikirkan tujuan tugasan ini diberikan, adakah aku dah mencapai tujuan tu?aku dah jumpa style aku ke? Apa style aku? Nak nilai melalui apa? Apa kelemahan karya aku? Kelamahannya adalah pada aku yang tak dapat memahami karya sendiri ke?

Cukup!!! Tak nak fikir lagi... Lagipun, apabila hantar work ni pada lecturer, sudah tentu semua soalan tu akan terjawab. Ye, tunggu lecturer kritik! Tu yang aku harapkan sekarang!

Haha... apa la nasib.. Lecturer suruh kami hantar work ni pada hari exam! Selepas exam tamat, lecterer dah selesai mengambil markah... Walaupun karya aku dah berjumpa lecturer, aku tak sempat jumpa lecturer.... tak dapat dengar pandangan dia...

Penamat cerita ini ialah, karya aku kini tersimpan kat satu sudut di rumah aku... Dia menunggu untuk dikritik, difahami, dinilai, ditafsir.... satu lagi impian yang tak kesampaian ditulis dalam kisah hidup aku... tamat...
ni la work aku tu... kadang kadang, bila tengok, rasa gembira,
kadang kadang rasa benci! tak taw la kenapa....

1 comment: