Sunday, April 4, 2010

Perjalanan mencari 'ism'

"Amna, painting kau ni, nampak fantasi laa"
"Amna, kau suka main warna ye?"
"ni memang style awak, saya tak bole cakap apa dah..."
"cantik... abstrak ke?"
"kenapa colour kau nampak lain dari yang lain ye?"

Aku dengar macam macam kritikan dan pujian mengenai painting aku. Aku tak buat apa apa selain dari terus membaiki painting tu. Satu hari, seorang senior fine art mengajukan satu pertanyaan yang buat aku berfikir sampai sekarang...
"kau, guna ism apa?"

Sekarang, perjalanan mencari 'ism' pun bermula...

Aku terangkan pada senior tu, serba sedikit pasal ciri ciri painting aku. Dia pun jawab "macam romanticism". Ooo... romanticism... ingatkan expressionism.... kemudian, ada seorang member aku kata, dia menggunakan impressionist!

Terdetik pulak kat hati aku untuk tahu apa perbezaan impressionist dan expressionist. Dari niat asal untuk tahu apa ism dalam painting aku, kini aku lebih teringin nak kaji ketiga tiga 'ism' ni... romanticism, impressionist, expressionist.

Aku tanya beberapa orang pasal 'ism' 'ism' ni... kebanyakan daripada diorang, bagi huraian pasal impressionist. Jarang dapat jawapan pasal expressionist. Orang yang bagi jawapan yang paling aku suka, ayah aku sendiri! aku pergi library, cari buku expressionis. kenapa susah sangat nak cari buku pasal ni??? Susah payah mencari, rupa rupanya buku buku tu boleh didapati kat~ rumah aku sendiri....


ni 'The Wanderer' karya George Grosz.

Aku suka sangat karya ni... masa aku buat painting, aku banyak belajar daripada sini...
Aku tanya seorang senior aku, karya ni guna 'ism' apa? dia kata ini exprssionism..
Tapi, walaupun aku belajar daripada painting ni, belum tentu painting aku pun katogeri expressionist kan?

Jadi, perjalanan mencari 'ism' aku belum berakhir... Walaupun macam tu, dalam perjalanan ini saja, banyak benda aku belajar... ramai orang aku kenal.... Mungkin, kalau perjalanan ini panjang lagi, lagi banyak la benda aku dapat! Perjalanan ni, sedarkan aku... ye, aku budak baru belajar... dan masih banyak yang perlu dipelajari...

No comments:

Post a Comment