Wednesday, April 28, 2010

Kucing dalam Kotak...


Depan bilik ku di kolej, ada kucing beranak dalam kotak... Anaknya tiga ekor...
Seekor anaknya yang berwarna hitam asyik memanjat manjat untuk keluar daripada kotak tersebut, tetapi gagal. Namun, dia tak berputus asa dan terus cuba memanjat dinding kotak itu.

Pada suatu hari, kucing hitam itu berjaya keluar dari kotak tersebut. Tidak lama kemudian, kesemua anak kucing turut keluar dari kotak itu. Namun, kucing hitam itu lebih lebih maju berbanding kucing yang lain. Kucing hitam itu berani untuk menjelajah kawasan sekitarnya berbanding kucing lain yang masih berada sekitar ibu mereka.

Setiap hari, aku melihat gelagat kucing hitam ini yang sudah berani masuk ke dalam bilik aku. Aku tertanya tanya.. ketiga tiga anak kucing itu lahir ditempat yang sama, dijaga oleh ibu yang sama, tapi, apa yang menjadikan dia lebih maju berbanding adik beradiknya?

~semuanya kerana keinginannya untuk keluar dari kotak!

Jadi, kita manusia pun sama kan? siapa yang ada keinginan untuk maju, dialah yang akan maju dulu!


2 comments:

  1. cntik gmbr kucing tu~
    bgusnye ko kaitkan ngan kehidupan.
    btw, ko update katne?

    ReplyDelete
  2. dlm uitm.... kisah betul la ni...

    ReplyDelete